Breena Beauty Purrfect Lash Mascara Purrfect Line Precision Eyeliner
Salam,Dah lama tak sembang pasal makeup. Harini ai nak review 2 produk dari Breena Beauty iaitu Purrfect Lash Mascara & Purrfect Line Precision Eyeliner. Breena Beauty ni sudah berada di pasaran semenjak 2015, nah dah nak masuk tahun ke 5, 2020 ni. Produk-produk yang dikeluarkan juga dah ada banyak. Masa mula dulu, Breena Beauty bermula dengan Berus Makeup, dan Nova memang ada set-set berus Breena ni dah lama. Ha.. produknya memang puas hati, dan bagus secara jujurnya. Pengasasnya seorang Blogger juga Sabrina Tajudin. Selalu juga Nova ke blog beliau untuk membaca review-review yang menarik. So, berbalik kepada dua produk yang Nova nak review ni ... ah jom..
Pertama Breena Beauty Purrfect Lash Mascara berwarna hitam. Fomula adalah rumusan Kolagen, Minyak Vitamin E & Argan. Kalau dirujuk pada laman webnya di sini : Mascara
"The blackest black mascara. Voluminous & lengthening. It has a curved shape brush for maximum volume effect. Last up to 8 hours and easy to remove with warm water."Kalau di translate, bunyi dia macam ni, Mascara berwarna hitam pekat, Memberikan volum dan memanjangkan bulu mata. Berus yang melentik untuk memaksimakan kesan volum. Tahan sehingga 8 jam dan mudah ditanggalkan dengan air suam. ha, tahan 8 jam tu katanya
So, kita apply dulu senang ke tak
Mula, kita kapit dulu bulu mata kasi lentik
Ha lepastu sapu la dengan lembut dan gemalai. Awas jangan comot. haha 😏
Ya, begitu mudah ya nak apply, yang ni Nova apply 2 kali sahaja, lapisan kedua dia kasi panjang dari bulu mata asal. Yang bagusnya, dia tak melampau sangat memanjangkan, sedang elok sahaja dan sesuai sangat nak pergi kerja atau bersiar-siar. Formula dia rasa ringan dan tak bergumpal. Ya. simple sahaja, mudah dan senang. Tak exagerate lebih-lebih. Tapi kalau ualls nak pergi dinner elokla apply 10 kali kali labuh bulu mata sampai ketiak. hahaha gurau-gurau
Nah awak, kita kasik closeup. ok kan? Tapi wak, bulu mata kita memang naturally panjang sampai ketiak. haha so pakai 2 kali dah booom ke dabooom dah
So, mascara ni lulus dan sangat rekomen untuk anda proceed beli! Yang penting tahan 8 jam uolls.
Harga RM 45.00 sahaja
Next is Purrfect Line Precision Eyeliner warna hitam juga. Ai is very tak suka pakai eyeliner. Sumpah sebab nak lukis garisan tu kadang jadi kadang kelautan hindi. Ikut mood, kalau elok tu cantek terletak je dua-dua kalau mood tak elok, kiri kanan macam laki bini bergaduh. haha 😋
So, yang kedua ni kita lukis la.. mood macam ada elok sikit
Ai buat garisan nipis je sebab nak keluar shopping mall je pun. Hek hek elok je awak. Cantek pulak kita lukis. Senang pun senang.
Cun pulak kita lukis malam ni. Memang terus suka jatuh hati. 💗
Harga RM 29.00 je awak. Murrr!
Kita suka dan rekomen juga yang ni.
Oh lupa, ikutkan keterangan produk, eyeliner berasaskan air dan berpigmen yang datang dengan tip berus yang fleksibel untuk aplikasi yang tepat. Tahan sehingga 8 jam dan mudah dikeluarkan dengan air suam. Eyeliner ini tidak diformulasikan dengan paraben atau alkohol. ha gittew.
Nah gambar kita dengan produk. Masa ni tak pakai mascara n liner lagi
So, dua-dua Nova suka dan korang nak juga ke? Bolehla dapatkan di sini ya!
https://www.breenabeauty.com/
IG : https://www.instagram.com/breenabeauty/
Ha, kalau nak usha benda lain pun boleh juga tau ada eyeshadow, makeup sponge, liquid lipstick dan lain-lain. Pergila pergila website dia.
Ok.. tu jerla nak kongsi.. tq sudi singgah.. kalau suka komenla di bawah ye.. apa yang suka sangat tu, haha okla bye.
http://feeds.feedburner.com/NovaLeezaMyDiary
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://novaleeza.blogspot.com/2019/12/breena-beauty-purrfect-lash-mascara.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+NovaLeezaMyDiary+(NOVA+LEEZA+%7C%7C+My+Diary)