Boy Bell Darling Anne
ASAL USUL NAMA BELL NGASRI
Kata Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, namanya ini diberikan oleh ibunya sendiri.
Ketika masih kecil, Bell menyatakan dia akan sentiasa menangis apabila bunyi loceng.
Bagaikan filem Ahmad Albab, nama diberi kerana bayi berkenaan berhenti mengangis jika diketuk pintu.
Tetapi untuk Bell pula, ianya terbalik, apabila dengar bunyi loceng, Bell akan menangis. Akhinry aibunya memanggilnya dengan nama Bell.
“Masa umur dua tiga tahun, masa kecil, saya memang tak boleh dengar bunyi loceng. Kalau dengar je terus melalak.”
“Mak saya kata, pening-pening, dia ni tak boleh dengar bunyi loceng, kalau dengar je terus menangis. Aku bagi nama Bell sajalah.”
“Sejak tu adik beradik, ahli keluarga semua panggil saya dengan nama Bell. Mak saya memang suka bagi nama macam mat salleh, Darling, Anne, Bell dan Boy.”
Dalam bidang lakonan pula, Bell Ngasri berkata mulanya memang guna nama sebenar iaitu Nasrizal Ngasri. Tetapi ada seorang editor meletak namanya Bell.
“Belakang tabir, semua orang produksi panggil nama saya Bell tetapi kalau kat drama ke apa, letak nama penuh Nasrizal Ngasri.”
“Ada satu hari tu, masa saya umur belasan tahun, awal 20an, ada seorang editor ni tak tahu nama sebenar saya, dia tanya, nak letak nama apa dia ni. Apa nama Bell. Dia cuba hubungi saya, hubungi emak saya, tapi tak dapat.”
“Lepas tu di letak je terus Bell Ngasri, dan sampai sekarang nama tu melekat.”
ASAL USUL NAMA BOY, DARLING DAN ANNE
Bell kemudian bercerita tentang asal usul nama adik beradiknya yang lain.
Untuk abangnya Boy Ngasri, yang merupakan pelakon untuk drama Opah, abangnya itu merupakan anak kedua, yang juga anak lelaki sulung.
“Boy sebab dia anak lelaki pertama, jadi ibu panggil dia boy.”
Bagi nama Darling, sebab masa kecil mak Bell amat sayang, dan manjakan adiknya itu. Untuk Anne Ngasri pula, ramai yang tak tahu, sebutan sebenarnya ialah end bukannya Anne.
“Darling ni sebab masa kecil, mak saya sayang sangat dengan dia ni, sebab tu mak saya penggil dia darling je.”
“Cerita tentang Anne pula, ianya bukan Anne atau nama awalan N. Itu bukan sebabnya. Nama Anne tu ialah Ending, sebab mak saya kata tu dah last, lepas ni takde lagi anak.”
“Tapi kalau guna nama ending tak sedaplah, jadi guna nama end saja. Sampai sekarang panggil end, tapi ejaan nama jadi Anne.”
Itulah asal usul nama Bell Ngasri dan juga nama adik beradiknya, memang ramai tak tahu cerita ni, terutama nama Anne Ngasri tu.
New
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://belogsjm.blogspot.com/2023/07/boy-bell-darling-anne.html