Boxset Sherlock Untuk Si Dia


Hari kedua di pesta buku, sekadar santai-santai sahajalah berjalan luangkan lebih masa di satu-satu reruai. Semalam sudah marathon semua penerbit dan kedai buku yang ada.
Hajatnya ke PTS Pavilion cari Gadis Boneka Hadrah, siri kedua dalam Kronikel Empat Bahtera. Siri satu Puteri Naga Tiberius khabarnya sudah habis terjual. Laku keras, lagi-lagi bila ada yang banding seperti membaca Game of Thrones.
Lama di sudut Penerbit X, nampak seorang perempuan belek-belek siri Sherlock Holmes. Set kotak ada diskaun 30% daripada harga asal RM200 lebih. Sekejap dia berada di situ, kemudian ke rak belek buku sebuah-sebuah. Sesekali dia jeling kembali ke meja.
Saya faham sahajalah keinginan nak beli buku tapi terpaksa tarik nafas kecewa. Perasaan sama bila lihat Kombo Salina di reruai Nuha tadi. Seperti bila nampak Set Kotak Blues Untuk Aku di reruai Bekazon, bila tengok deretan Apresiasi Sasterawan Negara, bila belek-belek buku yang menjentik jiwa. Bukan masalah harga tapi siapa nak mengangkut kotak naik pesawat balik Sarawak? Kamek datang jalan kaki pakai KTM Komuter-KLIA Transit.
Bila dah lama-lama geram pula tengok dia ralat nak beli atau tidak sambil berlegar-legar di situ tanpa keputusan.
“Nak ambil boxset ni ke?” Terpinga sambil cari suara siapa. Zaman pakai mask kadang-kadang tak perasan siapa bercakap sebab tak ada komunikasi visual.
“Kalu nak, ambillah saya bayar.” Saya cakap bila dia pandang.
“Err tak apalah.” Dia berlalu tanpa ambil satu pun buku.
Baru offer nak bayar dah ditinggalkan. Muka penjenayah agaknya. Macam mana nak follow saranan cari jodoh Tuan Ahmad Saifuddin Amran kalau begini?
Telah dirakamkan di Facebook
The post Boxset Sherlock untuk Si Dia first appeared on AkuDarahAnakMalaysia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://blog.akudarahanakmalaysia.net/2022/06/boxset-sherlock-untuk-dia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=boxset-sherlock-untuk-dia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Satu Kesulitan Tidak Mungkin Menang Melawan Dua Kemudahan Tetap Optimis

Nostalgia Bedak Sejuk

Lima Gandingan Makanan Hebat Untuk Pemakanan Sihat Dari Susan Bowerman

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Experience The Bee Heat Ac Difference Experience Superior Comfort

Dua Lelaki Warga Asing Empat Lari 70 Meter Sahaja