Bom Atom Atau Bom Hidrogen Letupan Mana Paling Kuat


Terdapat dua jenis bom nuklear iaitu bom atom dan bom hidrogen, manakala contoh terbaik penggunaan bom atom apabila lebih 200,000 orang terbunuh apabila Amerika Syarikat (AS) menggugurkan bom atom di Hiroshimo dan Nagasaki, Jepun semasa Perang Dunia Kedua pada 1945.


Kemusnahan akibat bom atom itu di dua bandar tersebut sangat dashyat sehingga memaksa Jepun untuk menyerah kalah.

Menurut beberapa pakar nuklear, bom hidrogen mempunyai potensi 1,000 kali ganda lebih kuat berbanding bom!

Seorang profesor kejuruteraan nuklear dari Universiti California, Berkeley, AS, Edward Morse berkata, bom hidrogen menyebabkan letupan lebih besar, yang bermaksud gegaran, letupan, kepanasan dan radiasi daripada letupan bom hidrogen mempunyai jangkauan lebih besar daripada bom atom.

Bom atom yang digugurkan di Nagasaki membunuh semua orang dalam radius 1.6 kilometer, manakala jangkauan bom hidrogen adalah sehingga lapan hingga 16 kilometer persegi. Dalam erti kata lain, bom hidrogen membunuh lebih ramai orang.

Pengarah Universiti Institut Keselamatan Nuklear Tennessee, Howard Hall pula menggelar bom hidrogen sebagai “pembunuh bandar” yang boleh membunuh antara 100 dan 1,000 kali ganda berbanding bom atom.

Menghasilkan Gempa Bumi

Ujian bom hidrogen bawah tanah oleh Korea Utara pada tahun 2016 yang lalu telah membuka mata dunia termasuk kuasa besar terhadap senjata itu yang dikategorikan sebagai paling berbahaya

dengan kuasa ledakan melebihi 1,000 kali ganda berbanding bom atom.

Ternyata, senjata berskala besar itu sangat berbahaya dan memberi ancaman kepada seluruh penduduk dunia.

Kemudian, dalam ujian nuklear keenam yang dilakukan oleh Korea Utara pada tahun 2017, ia benar-benar mencapai tahap melampau sehingga menyebabkan berlaku gempa bumi di Kilju, Hamgyong, utara Korea Utara.

Letupan tersebut didakwa lapan kali lebih kuat berbanding bom atom yang digugurkan Amerika Syarikat (AS) di Hiroshima semasa Perang Dunia Kedua 1945.

Bom yang digugurkan di Hiroshima sekuat 15 kiloton, manakala di Nagasaki pula dianggarkan sekuat 20 kiloton.

Norsar, pertubuhan pemantau gegaran gempa menyatakan, ujian bom nuklear Korea Utara itu berkekuatan 120 kiloton.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan berlaku gegaran berukuran 6.3 magnitud, 10 kali ganda lebih berkuasa berbanding ujian yang dijalankan sebelumnya.

Ujian bom bawah tanah itu dipercayai dilancarkan berhampiran sempadan China dan disahkan oleh Jepun dan Korea Selatan sebagai punca berlakunya gempa bumi.

Berbeza dengan bom atom, bom hidrogen berfungsi dengan gabungan unsur lebih ringan ke dalam unsur lebih berat yang kemudian menghasilkan tenaga.

Kedua-dua jenis bom itu juga daripada kelas berbeza. Bom atom menghasilkan tenaga melalui manipulasi konsep pembelahan nuklear, manakala bom hidrogen terhasil daripada evolusi lanjutan teknologi ledakan termonuklear yang menggabungkan proses pembelahan dan pelakuran nukleus.

Berikutan suhu yang sangat tinggi diperlukan bagi membolehkan tindak balas, bom hidrogen yang terhasil turut dikenali sebagai bom termonuklear.

Bom hidrogen turut mempunyai komponen bom atom pada bahagian tengahnya dalam kedudukan struktur dikelilingi litium deuterida iaitu unsur kedua besar digunakan dalam pembuatan bom berkenaan.

Berdasarkan sejarah, bom hidrogen pertama diledakkan Amerika Syarikat pada tahun 1952 di kepulauan Eniwetok di Lautan Pasifik, disusuli ledakan kedua pada tahun berikutnya oleh Soviet Union (kini dikenali Rusia).

Selain dua kuasa besar itu, Britain, Perancis dan China turut bertanggungjawab dalam pembuatan bom hidrogen sehingga kelima-lima negara itu mendapat gelaran Kelab Nuklear iaitu kumpulan negara yang berupaya menghasilkan senjata nuklear.

Soviet Union pula menghasilkan bahan letupan termonuklear digelar `Tsar Bomba' atau Maharaja Bom yang sehingga kini memegang rekod ledakan bom paling kuat dengan kuasa letupan 57 megaton TNT.

Dengan kuasa ledakan itu, bom berkenaan jauh lebih dahsyat jika dibandingkan dengan bom nuklear `Little Boy' yang mengandungi kira-kira 50 kilogram uranium yang digugurkan di Hiroshima, Jepun pada 6 Ogos 1945 dan bom `Fat Man' (enam kilogram plutonium) yang digugurkan ke atas Nagasaki pada 9 Ogos tahun sama.

INFO:

Ujian bom hidrogen mengikut tahun dan lokasi:
1952 - Amerika Syarikat di Eniwetok, Lautan Pasifik.1953 - 1961 - Soviet Union di Teluk Mityushikha, Kepulauan Artik.1957- 1958 - Britain di Pulau Christmas, Kiribati dan Pulau Malden di Lautan Pasifik.1968 - Perancis di Kepulauan Fangataufa, Lautan Pasifik.1967 - China di Taklamakan and Kumtag dalam wilayah Xinjiang, China.2016 - Korea Utara di Kilju County, Korea Utara.
Apa Itu Bom Hidrogen?

Mempunyai daya ledakan disebabkan pelakuran nukleus hidrogen dan dalam istilah sains, bom hidrogen mempunyai ledakan yang sangat kuat menerusi tenaga diperoleh ketika atom hidrogen membentuk helium.

Tindak balas pelakuran atom ini menyamai tindak balas yang berlaku di bintang seperti matahari iaitu ketika tekanan graviti yang memaksa atom hidrogen bergabung.

Antara individu bertanggungjawab mengembangkan bom hidrogen ialah J Robert Oppenheimer yang dikenali sebagai bapa kepada bom atom.

Bila bom hidrogen pertama dicipta?

Selepas Soviet Union berjaya meledakkan bom atom pada 1949, Presiden Harry S Truman mengarahkan projek bom hidrogen dimulakan.

Dengan bantuan pakar matematik kelahiran Poland, Stanislaw Marcin Ulam, telah membantu mencipta model bom hidrogen dikenali dengan rekaan Teller-Ulam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
10 Letupan Bom Nuklear Terkuat Pernah Terjadi Di DuniaBom Atom Senjata Utama Perang Dunia Ke 3
sumber: bharian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/07/bom-atom-atau-hidrogen-mana-paling-kuat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Anggota Sukarelawan Cedera Letupan Bom Di Yala

3 Anggota Sukarelawan Cedera Letupan Bom Di Yala

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 166 hits
3 anggota sukarelawan cedera letupan bom di Yala nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 12 Jul 2019 11 00PM
Inilah Rahsia Untuk Mendapatkan Signal Internet Paling Kuat Di Rumah

Inilah Rahsia Untuk Mendapatkan Signal Internet Paling Kuat Di Rumah

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 689 hits
Cara Untuk Mendapatkan Signal Internet Paling Kuat Di Rumah Ketika kita berada dalam bangunan ataupun rumah selalunya penerimaan isyarat internet 4G ataupun 3G sangat lemah Hal ini berlaku disebabkan gelombang yang membawa isyarat tersebut ...
Lelaki Atau Perempuan Kuat Tido

Lelaki Atau Perempuan Kuat Tido

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 294 hits
Selama ni orang bercakap lelaki kuat tido jadi mungkinsebab tu kot sebuah syarikat pembuat katil di UK telah membuat satu kaji selidik keatas 1 000 orang lelaki dan perempuan UK untuk mengetahui cara2 lelaki dan wanita berehat sebelum tidur...
Stpm Atau Matrikulasi Peluang Mana Lebih Baik

Stpm Atau Matrikulasi Peluang Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 334 hits
Kementerian Pendidikan pernah menegaskan bahawa kerajaan tidak membezakan antara kelayakan pemegang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan matrikulasi untuk kemasukan ke universiti awam sebaliknya ini diputuskan berdasarkan meritokrasi Namu...
Soal Keamanan Lebih Bahaya Mana Facebook Atau Faceapp

Soal Keamanan Lebih Bahaya Mana Facebook Atau Faceapp

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 219 hits
Aplikasi FaceApp dalam beberapa hari terakhir tengah mendominasi media sosial seperti Instagram maupun Twitter Sebab aplikasi besutan pengembang Rusia itu kini hadir dengan kemampuan yang makin baik sehingga tidak terlihat merupakan hasil r...
Mana Satu Yang Benar Dap Atau Pasir Salak

Mana Satu Yang Benar Dap Atau Pasir Salak

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 282 hits
Keputusan mahkamah mengesahkan PASIR SALAK tidak fitnah Dan hasut Kalau tidak fitnah atau hasut ertinya perbuatan DAP ITU adalah benar Ana terkeliru sikit
9 Tanaman Berbentuk Paling Aneh Dan Tempat Untuk Menemukannya

9 Tanaman Berbentuk Paling Aneh Dan Tempat Untuk Menemukannya

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 162 hits
9 Tanaman berbentuk paling aneh dan tempat untuk menemukannya Dua di antaranya adalah Rafflesia arnoldii dan bunga bangkai yang ada di Indonesia
Inilah Sebab Mengapa Orang Lahir 1985 1995 Adalah Paling Unik

Inilah Sebab Mengapa Orang Lahir 1985 1995 Adalah Paling Unik

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 758 hits
Sememangnya semua orang yang dilahirkan pada tahun berapa pun adalah unik Tetapi ada insan yang claim bahawa orang yang lahir 1985 hingga 1995 adalah yang paling unik Berikut adalah sebabnya Fakta Menarik Orang Yang Lahir 1985 1995Mereka la...
Lembaga Survei Inggris Menteri Susi Dan Habibie Tokoh Paling Dikagumi Di Indonesia

Lembaga Survei Inggris Menteri Susi Dan Habibie Tokoh Paling Dikagumi Di Indonesia

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 185 hits
Lembaga survei asal Inggris YouGov merilis hasil riset tentang orang orang yang paling dikagumi di dunia salah satunya dari Indonesia
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025