Boleh Kita Bincang Nanti Najib Jawab Rm27juta Masuk Akaunnya


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdu Rashid
Diterbitkan: Sep 27, 2024 1:00 PM
Boleh kita bincang kemudian? Itu jawapan Najib Razak ketika perbicaraan kes saman AS$1.18 bilion yang difailkan SRC International terhadap bekas perdana menteri

Jawapan itu terpacul apabila Najib disoal balas oleh peguam plaintif, Lim Chee Wee mengenai RM27 juta yang masuk ke dalam akaun AmBank miliknya yang berakhir dengan nombor 880.

Peguam itu merujuk kepada penyata bank yang menunjukkan kemasukan dana pada 26 Disember 2014, yang berasal dari Ihsan Perdana Sdn Bhd dengan tujuan yang dinyatakan sebagai 'program CSR'.

Lim: RM27 juta yang dikreditkan ke dalam akaun 880 anda, anda tiada bukti dokumentasi untuk menunjukkan RM27 juta ini bukan wang SRC atau KWAP (Kumpulan Wang Persaraan)?

Najib: Can we deal with that later? (Boleh kita bincang kemudian?)

Difahamkan bekas menteri kewangan itu ingin merujuk perkara berkenaan dengan pasukan peguamnya daripada firma guaman Shafee & Co terlebih dahulu.

Saman sivil SRC di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini mengenai dakwaan penyelewengan pinjaman AS$1.18 bilion yang diterima SRC daripada KWAP antara tahun 2011 dan 2012.

Kebetulan, Najib kini sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak Ogos 2022 berhubung kes jenayah berasingan yang melibatkan dana RM42 juta dari SRC, yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).
Dalam kes mahkamah jenayah tersebut, dia disabitkan atas tuduhan menerima RM42 juta sebagai ganjaran kerana memastikan dua jaminan kerajaan untuk dua pinjaman KWAP berjumlah RM4 bilion kepada SRC.

KWAP berada di bawah Kementerian Kewangan manakala Najib juga pernah menjadi penasihat emeritus kepada SRC.

Perbicaraan di hadapan hakim mahkamah sivil, Ahmad Fairuz Zainol Abidin akan bersambung pada 9 Oktober.

Sepanjang perbicaraan saman ini, antara lain Najib menyatakan rasa hairan mengapa ahli lembaga pengarah SRC tidak mengesahkan kepadanya mengenai transaksi tersebut dan salah satu akaun banknya untuk "tanggungjawab sosial korporat" (CSR).
Di bawah pengurusan baru, SRC memfailkan saman ini pada Mei 2021, mendakwa Najib melakukan pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa, mendapat manfaat peribadi daripada dana syarikat dan menyelewengkan berbilion ringgit.

SRC juga memohon pengisytiharan mahkamah bahawa defendan bertanggungjawab terhadap kerugiannya kerana didakwa melanggar tugas dan amanah, serta untuk Najib membayar balik RM42 juta.

Plaintif juga memohon perintah mahkamah agar Najib bertanggungjawab terhadap kerugian AS$1.18 bilion yang dialami oleh syarikat itu dan membayar balik AS$120 juta yang didakwa mengalir ke akaun banknya.

Tindakan sivil terhadap Najib ini berkaitan dakwaan penyelewengan sebahagian daripada RM4 bilion - RM3.6 bilion atau AS$1.18 bilion mengikut kadar tukaran asing antara 2011 dan 2012 - dalam bentuk pinjaman yang diterima oleh syarikat itu dari KWAP antara 2011 dan 2012.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/boleh-kita-bincang-nanti-najib-jawab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Jawab Panggilan Telefon Untuk Lapor Bekerja Serta Ayat Yang Boleh Digunakan

Cara Jawab Panggilan Telefon Untuk Lapor Bekerja Serta Ayat Yang Boleh Digunakan

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 433 hits
Menerima panggilan untuk melapor diri bekerja adalah detik penting dalam perjalanan kerjaya seseorang Cara anda menjawab panggilan tersebut mampu memberi kesan pertama yang besar kepada majikan Oleh itu sangat penting untuk menjawab dengan ...
Pendakwa Tidak Pernah Buktikan Duit Yang Masuk Akaun Ds Najib Dari 1mdb

Pendakwa Tidak Pernah Buktikan Duit Yang Masuk Akaun Ds Najib Dari 1mdb

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 640 hits
Pendakwa Tidak Pernah Buktikan Duit Yang Masuk Akaun DS Najib Dari 1MDB Bukti dokumen yang berwibawa menunjukkan wang yang masuk ke akaun bank Najib Razak adalah daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi Tania Scivetti peguambela DS Najib me...
Anak Perempuan Boleh Jadi Asbab Mak Ayah Masuk Syurga

Anak Perempuan Boleh Jadi Asbab Mak Ayah Masuk Syurga

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 424 hits
boleh jadi asbab mak ayah masuk syurga Dalam Islam kedudukan anak perempuan diangkat tinggi dan diberi keistimewaan yang besar Rasulullah SAW telah mengajarkan umatnya untuk menghargai dan memuliakan kerana mereka boleh menjadi asbab kepada...
Dua Anak Bukan Dari Benih Suami Isteri Selamba Jawab Tak Sengaja

Dua Anak Bukan Dari Benih Suami Isteri Selamba Jawab Tak Sengaja

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 359 hits
nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp Gambar sekadar hiasanTerbaru tular di TikTok nbsp ceo of selfie n
Soal Jawab Pencen Sspa Serta Faedah Persaraan Sspa

Soal Jawab Pencen Sspa Serta Faedah Persaraan Sspa

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 459 hits
Soal Jawab Pencen SSPA Serta Faedah Persaraan SSPA Persoalan berkenaan pencen dijawab dalam soal jawab pencen SSPA oleh admin Jabatan Perkhidmatan Awam di Admin tersebut menerangkan dengan terperinci soal jawab yang sering ditanyakan berken...
How Will Najib S Role In 1mdb Be Recorded In History

How Will Najib S Role In 1mdb Be Recorded In History

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 227 hits
History it is said is always written by the winners The loser is obliterated and the winner writes the history books Malaysians have seen how past events have been distorted or revised Historical events and personalities have been omitted a...
Najib Hadir Ke Mahkamah Dengan Kerusi Roda

Najib Hadir Ke Mahkamah Dengan Kerusi Roda

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 276 hits
bharian com myNAJIB Razak FOTO Arkib NSTP Kuala Lumpur Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini mengalami sakit lutut kanan yang teruk hadir perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad hari ini denga...
Selamat Tinggal Terima Kasih Kepada Semua Insan Yang Terlibat Memudahkan Urusan Di Selangor Klcc

The Twenty Rules Of Chandeliers

Kecepatan Terkecoh Ikan Tercepat Di Lautan

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti

Bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia

Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

Kehilangan Besar Buat Sabah Amp Negara Pm Anwar Ziarah Keluarga Allahyarham Bung Moktar

Chelum Burak Alon Lupeng Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Klien Lama Datang Semula Menyiapkan Templat Baru Untuk Blog Hiburan

Nak Cari Bisnes Modal Bawah Rm200 Cuba Buat Sabun Handmade Sendiri

Relik Menarik Dari Pompeii Dua Temuan Menakjubkan Yang Mengungkap Kisah Lalu

Pemulihan Dalam Kolam Menyegarkan Kembali Selepas Perlawanan

Mca Takkan Pilih Sertai Pn Ka Siong Dedah Masyarakat Cina Sukar Terima Pas

Iesf Wec Malaysia Juara Kejohanan Dunia Iesf 2025 Dua Tahun Berturut Turut