Bola Tenis Gaji Lumayan Yang Ditunggu Anjing Pengesan K9


 
Denti beria-ria sebelum didandan pengendalinya, sementara menunggu arahan menyertai operasi menyelamat di serata negara.PETALING JAYA: Denti dan Frankie, anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat mungkin ‘bergembira’ sebaik menerima ganjaran sebiji bola tenis selepas mengikuti misi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor pada 16 Dis lalu.
Jasa dua ekor anjing itu bersama empat lagi ‘rakan’ dikenali Blake, Groose, Pop dan Lady cukup besar, membantu mengesan 31 mangsa terkorban dalam kejadian itu dengan menggunakan kelebihan deria bau.
Penemuan jasad mangsa yang separuh daripada jumlahnya membabitkan kanak-kanak membolehkan waris mereka mengucapkan selamat tinggal kepada insan tersayang dengan mengadakan upacara pengebumian sempurna.
Kelibat enam ekor anjing disiplin “Cadaver” (mayat) itu menarik perhatian ramai kerana bersama anggota pasukan keselamatan, mereka meredah selut tebal yang terhasil daripada runtuhan tanah – meranapkan sebahagian besar tapak perkhemahan Father Organic Farm.
Anjing pengesan kecil-kecil cili padi dilatih hingga ke standard yang tinggi sehingga boleh beroperasi di darat mahupun lautan, dalam pelbagai jenis suasana.Pengendali anjing pengesan, Thivagaran Yutaman, berkata semua wira berkaki empat itu diberi ganjaran berbentuk bola tenis untuk mereka bermain selepas berjaya melaksanakan operasi.
“Di tempat operasi, kita tak akan bagi apa-apa ‘reward’ (ganjaran). Bila balik dan masa latihan, kita akan bagi ‘reward’,” katanya kepada FMT.
Menurut Thivagaran, anjing disiplin “Cadaver” dilatih untuk menghidu mayat di darat dan air.
“Sebaik anjing pengesan ini disarung ‘vest’ khas untuk SAR darat, dia dah tahu kena cari mayat di darat. Jika disarung jaket keselamatan, dia sudah tahu dia kena cari mayat dalam air.
“Dia akan duduk atas bot, kalau dia akan jumpa apa-apa petunjuk dia akan menyalak atau dia akan kuis air (di kawasan) itu. Kita akan tanda tempat itu dan minta pasukan scuba (penyelam) cari (mangsa),” kata anggota bomba berusia 45 tahun itu.
Penggunaan khidmat anjing K9 itu, kata Thivagaran, membantu mengecilkan kawasan pencarian serta meringankan beban pasukan mencari dan menyelamat.

Macam keluarga sendiri
Menurut Thivagaran, Frankie bukan sekadar ‘rakan sekerja’ malah sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.
Frankie seperti anjing pengesan lain dilayan seperti anak kecil, dimandikan, didandan, dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan setiap bulan dan rawatan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun.
Kerana rasa sayang terhadap Frankie dan tidak sanggup berpisah dengannya, Thivagaran membatalkan hasrat pulang berkhidmat di kampung halamannya di Kedah.
“Saya memang nak habiskan (perkhidmatan saya) di Unit K9. Saya memang minat dengan anjing. Memang saya punya (niat) pindah (balik ke kampung) tapi tak ada hati nak pindah. (Saya) tak nak lepaskan anjing saya,” ujarnya.
Berkhidmat selama 18 tahun di Unit K9, bapa kepada dua orang anak itu sudah mengendalikan dua ekor anjing pengesan bernama Joe dan Frankie. Joe anjing baka jenis Labrador bergandingan bersamanya sehingga ia mati akibat sakit tua.
“(Jaga) Sehingga dia pencen dan tak larat jalan. Kena jaga kebajikan, macam orang tua kita juga. Kalau dia tak boleh jalan, kita kena angkat, mandikan dan bersihkan. Makan pun kena suap”.
Perasaan sama dikongsi seorang lagi pegawai bomba pengendali anjing pengesan, Tony Albert Mani, 29, yang bergandingan dengan Denti sejak empat tahun lalu. Anjing baka Labrador itu kini berusia enam tahun.
“Denti hiperaktif sentiasa nak bergerak dan satu lagi semangat kerja dia sangat tinggi,” kata anak kelahiran Sarawak itu.
Tidak lama selepas berjuang di Batang Kali, Frankie dan pengendalinya bersiap-sedia untuk digerakkan ke Gerik selepas dimaklumkan tentang situasi cemas.Ketika bertugas pada operasi di Batang Kali, Tony memberitahu Denti cukup bersemangat dan dapat mengesan mangsa yang terperangkap dan tertimbus dalam runtuhan tanah.
“Saya rasa puas sebab kita dapat kesan semua mangsa, dapat cari walaupun sudah meninggal (dunia)…namun sedih untuk keluarga mangsa terlibat.
“Dekat luaran nampak kuat, tapi dalaman memang (saya) sedih. Kita nampak botol susu, pampers (lampin pakai buang) budak, selipar, teringat anak-anak dekat rumah. Memang sedih,” kongsinya.
Di sini unit K9 bomba negara diasah dan bersiaga untuk respon kepada pelbagai jenis bencana, seperti mengesan orang tersayang bawah runtuhan bangunan, di hutan dan lautan, atau membantu siasat kebakaran.Ketua Pegawai Operasi K9, Rahmadhana Rusdian.Ketua Operasi Unit Anjing Pengesan K9, Rahmadhana Rusdian memberitahu bilangan anjing pengesan dan pegawai pengendali haiwan berkenaan setakat ini mencukupi namun agak mendesak dalam keadaan tertentu seperti musim tengkujuh.
“Jika ada peruntukan boleh tambah lagi bilangan anjing, jenis pengesan mangsa hidup, siasatan kebakaran, pengesan mayat, dan pengesan orang hilang di belantara; serta bilangan anggota sekali. Elok (ditambah) sebab kena ‘cover’ (jaga) daripada utara, selatan, dan pantai timur,” katanya.
Ketika ini, unit K9 dianggotai sembilan ekor pengesan siasatan kebakaran, enam pengesan orang hilang di belantara, dan dua pengesan mangsa hidup, bagi seluruh Semenanjung Malaysia. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/01/bola-tenis-gaji-lumayan-yang-ditunggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Rider Grab Ratus Ribu Mengejutkan Orang Ramai

Gaji Rider Grab Ratus Ribu Mengejutkan Orang Ramai

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 95 hits
Gaji Rider Grab Ratus Ribu Mengejutkan Orang Ramai Tular di media sosial terkini mengenai seorang rider grab yang menunjukkan beliau berjaya mendapat pendapatan mencecah ratusan ribu Pekerjaan rider grab merupakan pekerjaan yang berkait dal...
Iya Betul Nabi Tak Ada Gaji Pun Dan Tak Juga Makan Gaji Buta

Iya Betul Nabi Tak Ada Gaji Pun Dan Tak Juga Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 132 hits
BOB KELANANGPAPA nak beritahu la kepada sekalian walaun bahawasanya Nabi Muhammad xmakan gaji buta KOH KOH KOH jilaker punya lobai
Menurut Kajian Majoriti Majikan Di Malaysia Sukar Penuhi Tuntutan Naik Gaji Pekerja

Menurut Kajian Majoriti Majikan Di Malaysia Sukar Penuhi Tuntutan Naik Gaji Pekerja

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 122 hits
nbsp Penafian Gambar yang digunakan sekadar hiasanTinjauan gaji tahunan oleh Robert Walters mendapati 60 peratus majikan di Malaysia mungkin bergelut untuk mengekalkan bakat bakat terbaik mereka kerana 48 peratus profesional mengharapkan pe...
Australia Terbuka Siapa Yang Dapat Menantang Favorit Kuat Iga Swiatek Di Melbourne Berita Tenis

Australia Terbuka Siapa Yang Dapat Menantang Favorit Kuat Iga Swiatek Di Melbourne Berita Tenis

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 213 hits
Peringkat 1 Dunia Iga Swiatek tiba di Australia Terbuka sebagai favorit yang luar biasa datang dari tahun 2022 yang sukses dan dominan Pemain berusia 21 tahun dari Polandia mengakhiri tahun dengan dua gelar Grand Slam Prancis Terbuka dan AS...
Rakyat Malaysia Berbelanjan 31 Daripada Gaji Minimum Untuk Sebakul Makanan Asas

Rakyat Malaysia Berbelanjan 31 Daripada Gaji Minimum Untuk Sebakul Makanan Asas

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 209 hits
Rakyat Malaysia yang memperoleh gaji minimum membelanjakan RM405 46 sebulan untuk membeli sebakul barangan makanan asas menurut laporan oleh perkhidmatan beli belah Picodi Laporan itu mendapati pekerja Malaysia dengan gaji minimum membawa p...
Gaji Pekerja Dijangka Naik Sehingga 20 Peratus

Gaji Pekerja Dijangka Naik Sehingga 20 Peratus

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 121 hits
Gaji pekerja di negara ini dijangka naik antara tiga hingga 20 peratus namun bergantung kepada industri dengan industri pertumbuhan tinggi seperti teknologi dan pembuatan yang bakal menyaksikan perubahan lebih besar dalam struktur gaji dala...
Kemenkeu Karyawan Gaji Rp 5 Juta Hanya Bayar Pajak Rp25 000 Per Bulan

Kemenkeu Karyawan Gaji Rp 5 Juta Hanya Bayar Pajak Rp25 000 Per Bulan

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 181 hits
Direktur Jenderal Pajak Kementerian Keuangan Suryo Utomo menegaskan tidak ada perubahan tarif pengenaan pajak terhadap gaji karyawan Rp 5 juta melainkan adanya perubahan lapisan tarif PPh orang pribadi
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan

Umrah Diy Panduan Lengkap Tips Penting