Bn Tidak Mampu Menang Pru15
Sejarah politik di Malaysia dengan jelas menunjukkan tiada parti mampu memerintah Malaysia tanpa bergabung. Kerajaan pertama ditubuh di Malaysia (Malaya ketika itu) pada tahun 1955 selepas piihan raya prakerdekaan diadakan ialah melibatkan UMNO, MCA dan MIC dalam gabungan yang dikenali Perikatan.
Parti-parti lain yang berada di luar gabungan tidak mampu mencabar Perikatan untuk mentadbir negara. Kecuali di peringkat negeri, Pas mampu mengatasi Perikatan di Kelantan.
Lanskap politik negara mengalami perubahan besar apabila berlaku Tragedi 13 Mei 1969 yang beberapa tahun kemudian terbentuknya Barisan Nasional (BN) yang turut disertai oleh beberapa parti yang menjadi pembangkang ketika PRU Ke 3 (1969).
Pas yang memilih keluar dari BN menjelang Pilihan raya Negeri (1978) kalah di Kelantan.
Sejarah gabungan parti pembangkang bermula pada PRU Ke 8 (1990) yang dinamakan Gagasan Rakyat yang melibatkan Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46), DAP, PRM dan IPF. Gabungan pembangkang di Kelantan yang hanya melibatkan Pas dan Semangat 46 berjaya menumbangkan BN.
Sejak dari itu, Pas berjaya mengekalkan kuasa di Kelantan selama 29 tahun biarpun tanpa Semangat 46 yang meninggalkan Pas pada PRU Ke 10 (1999).
Gagasan Rakyat pada PRU Ke 9 (1996) biarpun gagal menumbangkan BN, ia tetap menjadi pencabar yang kuat apabila menguasai 30 kerusi.
Gagasan Rakyat terus bertahan sehingga PRU Ke 10 (1999) dan mampu memenangi 45 kerusi. Gagasan Rakyat merundum pada PRU 11 (2004) dengan hanya memenangi 19 kerusi dan 1 kerusi dimenangi bebas. Ketika itu BN dipimpin Tun Abdullah Badawi memenangi 199 kerusi daripada jumlah keseluruhan 219 kerusi.
Selepas PRU Ke 11 (2004) Barisan Alternatif (BA) nama baru bagi gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP, Parti Keadilan Nasional dan PRM.
Selepas bebas dari penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjelajah ke seluruh tanahair untuk membina kekuatan BA dalam menghadapi PRU Ke 12 (2008).
Menjelang PRU Ke 12, BA ditukar kepada Pakatan Rakyat (PR). Usaha gigih Anwar itu membina kekuatan PR dan buat pertama kali dalam PRU Ke 12, BN hillang kuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, dan Kelantan. Anwar Ibrahim muncul sebagai tenaga yang menyatukan parti-parti pembangkang pelbagai kaum dan agama itu.
Pada PRU Ke 13 (2013), biarpun gagal menawan Putrajaya, sekali lagi PR mencabar BN dengan hebat apabila berjaya menguasai 89 kerusi. Akhirnya PR berjaya menawan Putrajaya selepas PRU Ke 14 (2018).
Pas yang meninggalkan PR sebelum PRU Ke 14. Namun, di peringkat negeri, Pas mampu kekal berkuasa di Kelantan dan merampas Terengganu.
Pasca PRU Ke 14, BN kehilangan keanggotaan sehingga hanya tinggal empat parti. Jika hanya gabungan empat parti berkenaan, BN dijangka berhadapan kesukaran untuk kembali berkuasa.
BN dan Pas sedar jika bergerak berasingan, usaha untuk menumbangkan PR tidak mungkin berlaku pada PRU15.
Justeru, Pas yang berseteru dengan UMNO sejak puluhan tahun lalu memilih atau menyambut salam bergabung. Kerjasama UMNO Pas membentuk Muafakat Nasional (MN).
Apabila kerajaan PH runtuh, kemudian terbentuk kerajaan gabungan Perikatan Nasional (PN) yang bersifat sokongan Ahli Parlimen terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Lanjutan tertubuhnya kerajaan gabungan PN, Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pas membentuk kerjasama melalui Parti Perikatan Nasional (PPN) yang membentuk gabungan parti seperti BN. PPN kemudian turut disertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).
UMNO yang dominan dalam BN telah membuat keputusan tidak akan bersama dengan PPBM pada PRU15 dan sekaligus tidak akan menyertai PPN.
Selain UMNO, BN kini disertai MCA, MIC, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Makkal Sakti Malaysia (PMSM).
Dari segi jumlah keahlian, jumlah ahli BN lebih banyak berbanding PPN. Jumlah ahli UMNO sahaja melepasi angka 3.3 juta. Ahli MCA lebih satu juta dan MIC pula keahliannya melebih setengah juta. Dengan kata lain, BN sebenarnya mempunyai ahli lebih 5 juta orang.
Secara matematik, BN mampu menang pada PRU15. Namun, banyak pihak meramalkan BN tidak akan berjaya untuk membentuk kerajaan Pusat pada PRU15, melainkan UMNO turut berkerjasama dengan PPBM yang bermakna turut berkerjasama dengan PPN.
Politik sukar diramal. Jadi, menang atau tidak BN pada PRU15 terlalu subjektif untuk diramalkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://biroteguhnegara.blogspot.com/2021/04/bdg.html