Blog Cik Matahariku Capai Views Luar Biasa Sebanyak 6 Ribu Views Dalam Tempoh 2 Jam
As SalamViews Blog Cik Matahariku Cecah 6 Juta Dalam Tempoh 2 Jam-Wow sangat kann.haha.Tapi itulah yang berlaku pada petang semalam.Alkisahnya, semasa melihat views yang "jarang-jarang berlaku" ni saya tak ambik port sangat sebab tengah busy mengedit blog sendiri.Kira masa tu blog tengah under construction.Saya ingat mungkin widget detect pelawat yang saya pasang tu ada problem.
Bila petang-petang sikit lepas Asar gitu, saya terpandang kat dashboard Blogger, awat views hari ni lebih banyak dari semalam, then saya check daily views.Ha, macam nilah rupa grafnya.Den pon terkejut juga ( baca sebagai gembira dan teruja sangat ).kiki
nampak tak graf yang dah macam muncung dugong tu. Blog ini mencatat bilangan views luar biasa pada petang tadi sekitar jam 2 hingga 4 petang. Bila saya selidik, saya dapati kebanyakan post yang sedang di views ialah resepi masakan-Boleh tahan jugak depa dok pakat cari resepi time cuti-cuti ni kan.heh
Sebenarnya, sejak bermula cuti sekolah hingga hari keempat kita dok kuarantin dalam rumah ni, saya sibuk mengedit blog dan memilih template-template yang pelbagai untuk disesuaikan dengan minat dan citarasa saya,
Kalau korang perasan, saya sedang dalam usaha nak "tukar angin" template Blog yang saya dah guna sejak 2-3 tahun kebelakangan ini.Kebetulan cuti panjang, sebab bila kita yang tak berapa pandai edit blog ni buat-buat pandai, maka ko tanggunglah akibatnya sendiri. Jenuh dan pening oii nak edit coding bagai tu kan
Harapnya pilihan template baru ni saya boleh guna sampai 2-3 tahun akan datang nanti.aamin
Eh, tak habis lagi story mory pasal pageviews tu.Korang boleh tengok total views untuk mingu ini sahaja mencatatkan tarffic yang agak luar biasa bagi Blogger Marhein macam saya ni.heh.
Jumlah views di blog ini semalam ialah 36 ribu views
Berdasarkan graf, memang views semalam agak tinggi berbanding daily atau weekly views yang blog ini perolehi
Apapun bersyukur banyak-banyak sahajalah ya.Orang lain bila cuti, tak tahu nak buat apa kan selain main game, main phone, makan dan tido, kita yang geng-geng blogger ni ada jugak Blog yang boleh diusahakan.kann?What is your oppinion guys
Saya ada sebut peningkatan views di Blog ini semalam ada kaitan dengan resepi-resepi yang banyak saya kongsikan dalam blog kan? Korang boleh juga cuba mana-mana resepi yang ada dalam blog ini sebab saya bukan setakat kongsi resepi, tapi saya kongsikan juga step by step atau cara-cara saya membuat atau menyediakan resepi masakan tersebut.hehe.
Pau sambal gebus dan sedap antara kuih kegemaran rakyat Malaysia yang suka pedas. Saya kongsikan cara membuatnya step by step dalam blog
Saya taip post sambal sedap dan gebus ini sekitar tahun 2017, kini selepas 3 tahun post ini masih relevan dan berada di first page enjin carian dan top three rangking.Alhamdulillah.Marilah kita menulis dengan lebih bijak dan berkesan.yeahh:)
Yup, saya tahu blog lain pun banyak buat macam tu.Saya pula ada target dalam berkongsi resepi masakan yang saya post dalam blog.Tips saya jika berkongsi resepi masakan ialah :
Pilih tajuk yang akan berada di first rangking search di Google.Biasanya saya taip dulu nama makanan atau masakan yang saya akan post dalam blog.Misalnya saya taip "karipap kentang".Saya akan jumpa banyak versi resepi karipap kentang yang dikongsikan dalam blog lain.Its okey.Kita tulis dan post cara kita.Camno tu?Tulislah dengan TEKNIK SEO yang berkesan.InshaAllah.Post kita walaupun dipublish lambat dari post resepi orang lain, tapi dengan penulisan SEO, maka kita akan dapat merebut rangking "karipap kentang"dalam first page enjin carian. Ha, cubalah! Pasal inti karipap kentang pun saya jadikan ia satu post dengan tajuk tersendiri
Tentu ramai peminat karipap kentang yang suka inti kentang macam ni kann.pheww:)
Rahsia dan tips buat kentang rangup pun ada petuanya.Saya juga ada buat satu post tentang petua buat karipap rangup.Cubalah search di Google:)
Ah, peminat karipap ni macam-macam tau.Kita pun tahu, manalah kita dapat puaskan hati semua orang kan.Bagi saya, saya suka karipap yang agak "mengerutu" macam ni walaupun mereka yang pakar kata karipap ini digoreng dalam keadaan minyak yang panas atau terlebih sukatan minyak semasa menguli dohnya.Tapi saya tahu ada peminat karipap yang memang cari kulit karipap yang macam ni.haha
Yup, apapun dengan hanya post pasal karipap, ia boleh jadi bahan eksperimen saya tentang penulisan seo saya dalam berblog.Semoga anda akan suksess juga ya
Jika post resepi pertama sudah sukses, buatlah entri follow up yang berkaitan dengan post resepi yang pertama.Misalnya saya ada banyak atau beberapa kali post tentang resepi "karipap kentang" dengan tajuk yang berbeza. Boleh klik post di bawah :Resepi Inti Karipap kentang Homemade Yang Berempah dan SedapPetua Mudah Buat Karipap RangupCara buat Karipap Rangup dengan Inti Kentang SedapResepi karipap inti sardin yang mudah dan sedapOrait, dua tips ini saya rasa dah cukup berkesan untuk menaikkan traffic di blog korang.Yang penting, buat dulu.Usahakan hingga berjaya dan sehingga nampak hasilnya ya!
Eh, apa kaitan views blog, dengan entri karipap ni.Apa makna semua ni.haha.Cuba check payment Adsense Korang.Suka tak dapat payment dalam USD? Masyuk kann.It is part of the point.(kenyit mata sikit!)
Alhamdulillah, sampai sini dulu.Jumpa lagi.InshaAllah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/03/blog-cik-matahariku-capai-views-luar.html