Bleep Test Experience
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Salah satu amali yang mencabar untuk subjek Sains Sukan tingkatan 6 ialah bleep test. Apa yang Hana tau bleep test ni biasanya dilakukan sebagai saringan dalam kemasukan tertentu seperti ujian kecergasan guru IPG, dan course yang ada subjek sains sukan utuk permohonan UPU. Jadi dengan itu Hana nak share pengalaman peribadi Hana dalam menghadapi ujian bleep test. Manalah tau boleh bagi inspirasi kat siapa-siapa yang bakal hadap bleep test ke? ngehehe (Inspirasi ke pengajaran? :P)
Untuk amali Bleep Test Sains Sukan Sem 2, dia ada pre-test (ujian yang dilakukan tanpa persediaan latihan) dan post-test iaitu (ujian sesudah melakukan latihan persediaan). Masa pre-test Hana mampu capai level 1 sahaja. Huh! such a shame to me since kawan-kawan Hana ramai ja yang mampu capai sampai level 5. Tu perempuan lah.. kalau lelaki takyah sembang semua level-level 7 ke atas. Haihh baru pre-test dah tunjuk power! hahaha :P. Terfikir jugak masa tu "masa post-test nanti dah boleh standby popcorn kot!. Ya lah... buat penghilang bosan sambil tunggu diaorang habis test" Ngehehe.
So, since Hana rasa stamina Hana teruk sangat during pre-test, maka Hana pun bertekad untuk naikkan level masa post-test!
Mula-mula tu bukan main tak sabar-sabar rasa nak balas dendam hahaha tapi alih-alih hentahlah.... rasa macam tak ada masa nak prektis :'). Seingat Hana masa tu jadual hujung minggu Hana packed dengan assignment Sejarah dan Pengajian Am. Homework bagai tu takyah mention lah... hahaha.
Kesimpulannya, sumpah Hana tak prektis langsung dalam tempoh masa lebih kurang 2 minggu yang diberikan. Tapi... tapi... Hana steady gila buat prektis last minute di malam hari sebelum ujian bleep test tu hahah. Malam tu Hana training naik turn tangga dari tingkat atas rumah Hana sampai ke tingkat bawah. Itu ja inisiatif yang Hana terfikir supaya otot-otot kaki tak terkejut bila kena push berlari esoknya! Tapi tu lah, mampu buat berapa round ja :'). Haihh lah..., sebab penat balik sekolah pun tak habis lagi. So sekejap ja lah Hana mampu prektis untuk malam tu. Dan sebabkan Hana tak rasa usaha malam tu memadai jadi Hana sambung prektis lagi esoknya. Awal jugak Hana bangun masa tu lebih kurang pukul 4 kot. Hahaha pagi-pagi buta lagi sis dah main lari-lari kat tangga :P. Sib baik 'member dari alam lain' tak join sekaki. Hahaha.
Tiba di tempat kejadian, Hana ambik turn group terakhir bagi pelajar perempuan. So it went like these...
Level satu - pass dengan steady-nya siap boleh gelak and wink dekat cheerleaders tak berbayar yang gigih sorak kat tepi. hahah
Level dua - first point was ok, but in the middle rasa kaki dah mula kebas. So tiada lagi gelak ketawa dan muka steady terukir di wajah. Yang ada hanyalah kerutan padu yang terserlah di dahi. Fuh urat-urat perut pun dah start rasa sakit.
Level tiga - hah! sebut ja level tiga terus Hana tersujud kat finish line tu. Hahaha dengan tak terdayanya nak bangun tiba-tiba rasa badan kena kerumun oleh member-member lain. Mashaallah tau-tau ja diorang dah angkat Hana ke tepi gelanggang. Hana mengah gila-gila... peluh habis satu badan... nak cakap pun tak mampu tapi yang pasti Hana sedar apa yang jadi masa tu, which proved Hana actually tak pengsan pun hahaha. Tapi tu lah diaorang siap bukak kasut Hana... longgarkan tudung Hana... kipas-kipas sikit kasi sejuk... fuhhh terasa diri begitu berharga hahahahah (ingat iklan produk Loreal ke weh? :P)
Maka sejarah pun tercipta. Budak sains sukan pengsan masa buat amali. hahaha Hana... Hana... tak habis-habis nak memviralkan diri sendiri...
But yeahhh at least Hana capai target Hana hahaha puasnya hati dapat balas dendam. Alhamdulillah... cikgu siap puji sebab ada peningkatan :')
Tapi tu lah... dalam pada hati berbunga-bunga, cikgu puji, kawan puji, crush pun impressed tiba-tiba.... boleh pulak jatuh terpeleot masa tengah on the way nak pergi toilet hahahhah. Ya ampuuun Hana!! baik bungkus je lah muka tu guna paper bag. hahaha T^T
So agak-agak berapa banyak pengajaran yang korang dapat dari experience Hana kali ni?! ngehehe. >_< For me, elakkan practice last minute and make sure banyakkan latihan untuk tingkatkan stamina. Plus, during the test sebolehnya cuba push diri selagi mampu. Don't worry, kalau pengsan pun nanti ramai ja boleh tolong angkut. Hahaha :P keh.. keh.. keh.. gurau ja.
Sorry, lampiran peristiwa ditiadakan pada entry ini sebab... banyak gambar yang dah ter'delete dari gallery phone... heeee :D *eleh cakap je lah gambar ko berlari tak senonoh hahahah* Tetiba pulak ada suara hati menyampuk! :P Ok bye!! ^_~P/S : Stay safe everyone!! Pelihara nyawa tu wajib tau! :')
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://thepolarishana.blogspot.com/2020/03/bleep-test-experience.html