Biodata Abdul Wahab Pegawai J Kom


Nama Abdul Wahab kini sedang trending di dalam media sosial kerana itulah berkenaan sebuah video yang dikatakan yang dikaitkan dengan Agus Yusoff. Ramai mencari-cari siapakah Wahab yang sebenarnya dan apakah perkaitannya dengan Agus Yusof serta J-KOM.
Berikutan nama Abdul Wahab sedang naik, terdapat beberapa maklumat berkenaan Abdul Wahab yang merupakan seorang penolong pegawai di J-KOM.
Telegram Informasi Semasa SGO Maklumat Berkenaan Abdul Wahab Biodata Ringkas Abdul Wahab Nama penuhnya adalah Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, beliau ialah seorang penolong pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang berumur 33 tahun. Beliau baru sahaja menjawat jawatan tersebut selama 2 minggu. Untuk maklumat beliau sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki empat orang anak.
Walaubagaimanapun, info lengkap mengenai beliau tidak dapat ditemui dan dijumpai kerana sebab-sebab tertentu.Beliau bukanlah seorang artis, influencer atau apa-apa dalam dunia alam maya.
Penjelasan Mengenai Abdul Wahab di Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Berikutan tular di media sosial mengenai beliau dikaitkan dengan Dr.Agus, bekas pengarah J-KOM berkenaan satu video tular. Penyebaran video tersebut trending di media sosial yang mana ia menjejaskan nama baik belia serta Mohammad Agus.
Walaubagaimanapun, pihak Wahab dan Agus segera membuat sidang media untuk memberi penjelasan sebenar mengenai video yang tular tersebut. Ramai ahli media hadir untuk mendapatkan penjelasan serta menanyakan beberapa soalan berkenaan video tular itu.
Penjelasan Agus dan Wahab Berkenaan Video Tular Sidang Media Agus dan Wahab Pihak Wahab dan Agus telah tampil untuk mengadakan sidang media bagi menjelaskan isu kekeliruan serta kontroversi video yang tular. Demi membersihkan nama dan memberi penjelasan sebenar, menurut Wahab beliau mengaku merekod perbualan video berdurasi selama 3 minit yang telah dikaitkan dengan bekas ketua pengarah JKM iaitu Dr Mohammad Agus Yusoff.
beliau yang selaku seorang penolong pegawai JKM yang baru sahaja bertugas selama 2 minggu menerima arahan daripada “Mr.H”. Menurut Agus pula, beliau mengatakan bahawa Mr.H ini telah menawarkan jawatan tinggi kepada Wahab sekiranya dia berjaya menjatuhkan Agus.
Abdul Wahab Dakwa Dipergunakan Wahab telah berkata penyebaran fitnah tersebut menjejaskan maruah dan juga imej beliau serta reputasi bersama Agus Yusoff. Dia menjelaskan bahawa dia telah diarah oleh individu berpengaruh bagi membuat satu rakaman perbualan video bersama Agus Yusoff untuk mendapatkan bukti bahawa beliau terlibat dengan aktiviti songsang dan juga tidak bermoral.
Arahan itu beliau terima daripada Mr.H. Wahab kini sedar bahawa beliau telah dipergunakan dan tidak lebih sekadar kambing hitam oleh pihak tersebut dalam masa sama menjatuhkan Agus Yusoff. Beliau juga tegaskan bahawa beliau menyangka beliau adalah merupakan sebahagian daripada pihak yang benar yang sebenarnya ingin membersihkan J-KOM daripada segala unsur negatif namun dirinya adalah insan yang dipergunakan di dalam usaha untuk memfitnah Agus Yusof.
Video Tular Antara Abdul Wahab dan Agus Adalah Video Suntingan Menurut Wahab beliau menegaskan bahawa kandungan audio di dalam video tersebut adalah sebenarnya palsu, direka serta tidak benar. Beliau terkejut apabila mendapati rakaman video tersebut juga telah disebarkan oleh penama Facebook Che’gu Bard.
Tambah beliau lagi mengejutkan apabila rakaman video tersebut telah disunting serta diedit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan teknik voice-over untuk menunjukkan seolah-olah Wahab dan Agus Yusof telah terlibat di dalam aktiviti yang jelek serta tidak bermaruah.
Siapakah Mr.H? Ramai netizen sedang mencari-cari siapakah Mr.H yang sebenarnya seperti didakwa oleh Wahab dan Agus Yusoff sebagai dalang utama untuk menjatuhkan mereka berdua. Kini sedang tular di media sosial mengenai tuduhan sosok sebenar Mr.H adalah Muhammad Hakim Ramlee, Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan J-KOM.
Dengan nama yang bermula huruf “H”, Hakim telah dituduh dan dikaitkan dirinya sebagai Mr.H. namun tuduhan ini disangkal oleh Hakim dan mengatakan ini adalah sebagai niat jahat. Beliau juga turut memberi kenyataan bahawa beliau bukanlah Mr.H dan beliau sendiri mengaku tiada kena-mengena diantara mereka berdua yang sedang dalam kontroversi.
Jadi, misteri siapakah sebenarnya Mr.H masih belum dirungkai dan diketahui secara umum. Apa yang kita boleh lakukan sebagai netizen adalah kita perlu menyemak dan memastikan kesahihan sesuatu benda terlebih dahulu kerana isu ini kita patut serahkan kepada pihak berkuasa sahaja. Apabila pihak berkaitan telah memberi klarifikasi dan penjelasan, barulah kita boleh menerima berita tersebut kerana ianya adalah sahih daripada pihak berkuasa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/11/biodata-abdul-wahab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agus Kata Video Diolah Wahab Tuding Dalang Mr H Dari J Kom

Agus Kata Video Diolah Wahab Tuding Dalang Mr H Dari J Kom

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 227 hits
Bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti Mohammad Agus Yusoff dan seorang pegawai agensi itu tampil bersama pada sidang media bagi menjelaskan video tular yang didakwa rakaman perbualan mereka Agus menafikan terlibat dalam perbualan...
Terlibat Kasus Sabu Sabu Dua Pegawai Honorer Di Lumajang Langsung Dipecat Dan Masuk Penjara

Terlibat Kasus Sabu Sabu Dua Pegawai Honorer Di Lumajang Langsung Dipecat Dan Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 252 hits
Mereka sudah kami berhentikan saya tidak perlu adanya asas praduga tak bersalah kata Pj Bupati Lumajang Indah Wahyuni
Seorang Pegawai 6 Anggota Polis Didakwa Curi Barang Suspek Pecah Rumah

Seorang Pegawai 6 Anggota Polis Didakwa Curi Barang Suspek Pecah Rumah

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 239 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis hmetro com myKuala Lumpur Seorang pegawai dan enam anggota polis yang dipercayai bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Selangor ditahan selepas didakwa mencuri barangan milik seorang lelaki pada kelmarin...
Ayah Mirna Salihin Dipolisikan Eks Pegawai Gara Gara Tak Bayar Pesangon Rp3 5 Miliar

Ayah Mirna Salihin Dipolisikan Eks Pegawai Gara Gara Tak Bayar Pesangon Rp3 5 Miliar

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 108 hits
Ayah Mirna Salihin dituduh tak membayar uang pesangon karyawannya sebesar Rp3 5 miliar
Komen Pegawai Mcd Kaitkan Akta Hasutan Cetus Tanda Tanya

Komen Pegawai Mcd Kaitkan Akta Hasutan Cetus Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 208 hits
MalaysiakiniRangkaian restoran francais makanan segera McDonald adalah antara yang terjejas teruk akibat kempen mendesak rakyat Malaysia memboikot syarikat yang didakwa membiayai Israel berikutan serangan berterusan rejim Zionis ke atas Pal...
Cycling 9 Februari 2025

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan