Bila Panic Tetiba





Saya ni tak pernah lagi ada pengalaman
Tetiba kereta tak boleh start.

macam biasa la bulan² puasa ni nak kena bergerak pantas.
Lewat seminit je highway LDP jammed kebabom sampai tak bergerak
Nama aje 9km jarak dari rumah ke PFCC puchong,
Tapi average perjalanan saya tiap pagi petang 45minit dari rumah ke pejabat.
Bila cuti-cuti perayaan aje, boleh la dapat merasa 10minit masa perjalanan.

Petang Selasa kelmarin, dengan bersemangat le saya nak cepat-cepat masuk kereta.
Tetiba tak boleh start. Ah sudah!
Masa nak tekan remort kereta tu pun tak boleh start juga.
Nasib baik picit-picit banyak kali Berjaya unlock kereta.
Bila time nak start enjin lansung senyap tanpa hidup enjinnya.
Cuba banyak kali oii.. memang tak hidup. Call suami.. line pulak sangap kat basement parking ni
Dah keluar kereta dah, terasa macam nak naik ground floor untuk buat call suami.
Tapi saya cuba Tarik nafas dalam².
Try lagi sekali masuk dalam kereta sambal taip je mesej bagitau kereta tak boleh start.
Message wassap pun pending. Osah bijak sangat la kan
Time ni la semuanya tak okey.
Padahal basement 1 je pun.. dengan line celcom kiok. Data Internet WEBE aka UNIFi pun bodoh
Semua takde connection.
Baru tahu betapa bahaya nya bangunan parking PFCC ni kalau jadi ape-ape emergency.
Lansung tak dapat di hubungi.
Masa tu dah memang give up la.. memang takde la de en suami tu nak datang rescue petang-petang bulan puasa ni.
Memang dah hati ni give up sangat-sangat dah.
Try start kereta lagi sekali. Eh! Dah boleh..
Hadouuuuuii!!.. bila dah boleh start je.. desup terus balik rumah.
Ingat dah ok. Rupanya hari esok nya sampai-sampai opis dia start balik tak boleh lock kereta.
Picit..picit.. berkali-kali baru lah dapat lock kereta.

Tengahri tu keluar kejap pergi service centre suruh check ape masalah yang terjadi.
Sekalinya orang yg expert benda tu pukul 4 petang baru ada untuk checking2.
Pukul 4 keluar gi ambil kereta. Sedang elok la en suami balik pukul 4
Tunggu dia jemput la gi service centre. Takyah ai peluh-peluh jalan kaki naik lrt L

Huiii.. panic sangat-sangat bila jadi bende² yang tak di ingini macam ni
Serious saya tak suka jadi macam tu.
Yang Saya tau bila jadi macam ni, memang nak kena call en suami aje la.
Ada dulu, tayar kereta pancit.. telefon en suami.. dia yang datang gi tampal tayar tu.

Scaryyy ow benda macam ni untuk saya.
Itu je nak cerita, nak cerita pasal pengalaman panic saya je ni. hahahaha..
Nak tepek gambar makanan masak bulan-bulan poser ni tak dan saya nak ambik gambar bagai.
Siap masak, hidang kat meja, pastu makan bila dah masuk waktu. pastu kemas basuh pinggan.
pastu naik atas solat, iron baju lipat baju packing baju anak sekolah
rutin sama je tiap hari. takde best nya pun. hari-hari cyclenya sama je

Rasa nya sama je kot tiap tahun time bulan puasa ni,
memang tiap hari sampai ke raya menu berbuka dan sahur saya adalah nasi putih beserta lauk
saya, suami dan anak-anak sejenis pemakan nasi putih berlauk
oleh itu memang tiap hari lah tugas saya masak lauk untuk buka dan sahur
tapi as usual en suami tu jenis suka shopping pasar ramadhan
dah tahu lauk yang dia beli tu nanti jadi membazir.. dia tetap gak beli ayam panggang tiap hari
alasannya lauk back up takut saya tak larat nak masak.. alolololo so sweet laki ai
kalau dah kita dah masak kan,  dah tentu la lauk yang di masak cukup portion budget nya sampai ke sahur
kesudahannya ayam panggang yg di beli tu tak di makan terus ke tong sampah jawapnya

cuba gak hari tu pergi berbuka puasa kat sushi king sempena semua harga sushi sepinggan RM3.18
lepas makan sushi tu, keluar kedai je..masing-masing pening tahan nak muntah
perut bloated nya la.. nasi sushi hangin la.. macam-macam la salah menyalah
tak semena-mena masa tu jugak masuk watson beli minyak angin sorang sebotol

itu je lah cerita awal ramadhan saya
insyaallah kalau datang rajin lagi, ada la entry pot pet celoteh saya..
gambar tak banyak ada sekarang ni.
sebab empunya diri dah gemuk satu hal anak-anak pula memang terus buat muka tak semenggah bila snap-snap sepesen je dengan abahnya.. bila kita main boh je gambo dorang yg muka tak sudah masing-masing dimarahnya pulak kita ni nanti. baik tak usah ambik gambar dah sekarang
makanya memang entry tak bergambar je la sekarang ni ya.












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zulieta.com/2018/05/bila-panic-tetiba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cops Arrest Mysterious Woman Causing Panic In Penang Village

Cops Arrest Mysterious Woman Causing Panic In Penang Village

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 200 hits
A Facebook post showing the woman loitering in the locality GEORGE TOWN Police today arrested a woman who had appeared to have painted herself blue and was regularly spotted loitering around a village near Kepala Batas over the past week No...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter

Asthma

Colorado Springs Family Law Your Trusted Partner For A Secure Future

Mahalini Dah Peluk Islam

Repressive Laws Killing Press Freedom Say Activists

Friction Over Candidate Threatening Ph S Kkb Campaign