Bila Najib Dapat Dnaa


 Ramai mahu penjelasan AGC berhubung kes Najib Razak membabitkan SRC International Sdn Bhd yang didakwa berlarutan lama.
“Ini kes lain. RM27 juta. Hari tu RM42 juta yang dia dah kena jel. Ini kes pendakwa tak dakwa-dakwa sebab tak bersedia.” Begitulah kata seorang kawan lama saya kepada kawan-kawannya yang bengang apabila Najib Razak dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM27 juta, melibatkan dana syarikat SRC International Sdn Bhd.
Seperti dikatakan kawan saya itu, kes ini berbeza daripada satu lagi kes membabitkan Najib dan SRC International yang melibatkan dana berjumlah RM42 juta. Dalam kes itu, beliau telah disabitkan bersalah atas tujuh kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram pada Julai 2020. Akibatnya, Najib telah dipenjara.
Namun begitu, kawan-kawan si kawan saya masih bengang. Walaupun mereka sedar bahawa DNAA bermaksud Najib masih boleh didakwa semula sekiranya timbul bukti baharu atau apabila pihak pendakwaan telah bersedia sepenuhnya, yang bengang tetap bengang.
Lebih bengang lagi apabila kawan saya berkata, “Pendakwa tak dakwa-dakwa.” Ini merujuk kepada hujahan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, K Muniandy, bahawa kes itu telah berlarutan terlalu lama manakala pihak pendakwaan pula dianggap tidak bersedia untuk memulakannya.
Bernama melaporkan hakim berpandangan pendakwaan masih belum bersedia kerana belum memperoleh dan mengumpulkan dokumen-dokumen penting untuk dijadikan bahan bukti. (Menurut Shafee Abdullah, peguam Najib, pihak pendakwaan mahu mengumpul lebih 500 dokumen penting.)
Kata Hakim Muniandy lagi, kes terhadap Najib telah tergantung selama enam tahun sejak 2019 tanpa sebarang keterangan saksi dikemukakan. “Penantian yang terlalu lama untuk perbicaraan menjadi suatu beban berpanjangan kepada tertuduh dan menafikan haknya untuk mendapat penyelesaian sewajarnya serta tepat pada masanya,” katanya. Maka, demi keadilan, beliau membuat keputusan untuk melepas tanpa membebaskan Najib.
Enam tahun memang suatu masa yang panjang. Namun, ternyata bagi pihak pendakwaan, tempoh itu masih belum mencukupi. Memang diakui, untuk mengumpul lebih 500 dokumen bukanlah perkara mudah — angka itu sendiri cukup besar. Tetapi persoalannya, adakah Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mempunyai sumber atau kakitangan mencukupi untuk menyiapkan bahan-bahan penting bagi tujuan pendakwaan? Jika itu masalahnya, apa yang telah dilakukan selama ini untuk mengatasinya?
Seperti disebut tadi, memang ramai yang kecewa — bukan terhadap hakim, tetapi terhadap kelewatan pendakwaan. Kata bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli: “Saya tidak faham mengapa pihak pendakwa raya mengambil masa begitu lama untuk menyiapkan dokumen yang diperlukan untuk memulakan kes.” Beliau turut menggesa kelemahan itu dijelaskan pihak pendakwa raya.
Reaksi bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, pula lebih keras. Beliau menggesa reformasi menyeluruh terhadap AGC. Menurutnya, pejabat tersebut sudah terlalu lama beroperasi tanpa akauntabiliti dan rakyat semakin letih dengan apa yang disifatkannya sebagai ‘pendakwaan cacat’ yang kini telah sampai ke kemuncaknya.
“Rakyat Malaysia sedang memerhati — dan mereka marah,” kata Zaid.
Rafizi pula berkata: “Ramai rakyat Malaysia tidak mahu melihat kes (Najib) ini berlalu begitu sahaja hanya kerana kegagalan pendakwa (yang mewakili kerajaan) menyiapkan dokumen bukti untuk dibawa ke mahkamah berhubung satu skandal (SRC International) yang telah pun menyaksikan sabitan bersalah sebelum ini.”
Oleh itu, beliau mahu pihak pendakwaan mengesahkan bahawa AGC akan memfailkan semula pertuduhan secepat mungkin dan menyediakan dokumen sewajarnya supaya kes dapat diteruskan segera.
Saya bersetuju. Seperti yang dinyatakan, DNAA — dilepas tanpa dibebaskan — membolehkan pertuduhan dikemukakan semula. Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan rasmi daripada AGC.
Sementara itu, menurut peguamnya, Najib “tetap sangat gembira” meskipun perlu kembali ke penjara selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusannya semalam. Kata Shafee, anak guamnya gembira kerana jumlah kes yang dihadapinya kini semakin berkurangan.
“Dia sangat gembira, kini dia boleh tumpukan perhatian kepada (kes) 1MDB sahaja,” kata Shafee.
Namun yang bengang tetap bengang. I’m sure there are many of you guys.
Nota kaki : Lewat petang semalam, Pejabat Peguam Negara mengeluarkan kenyataan berikut. - FMT
Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/06/bila-najib-dapat-dnaa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib

Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 164 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mencampuri sebarang urusan berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tiga pertu...
Aliran Slams Najib S Dnaa Urges Reforms To Restore Public Trust

Aliran Slams Najib S Dnaa Urges Reforms To Restore Public Trust

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 121 hits
Aliran has expressed dismay over the High Court s decision to grant former prime minister Najib Abdul Razak a discharge not amounting to an acquittal in the SRC International Sdn Bhd money laundering case In a statement the civil society gr...
Burden To Be A Vip Now Shafee Says Over Najib S Dnaa

Burden To Be A Vip Now Shafee Says Over Najib S Dnaa

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 113 hits
It is a burden to be a VIP nowadays said Shafee Abdullah the lawyer to former prime minister Najib Abdul Razak ADSHe said Najib would have been granted a discharge not amounting to an acquittal as early as two years into the SRC Internation...
Gst Sank Najib S Bn Sst May Capsize Anwar S Madani Psm

Gst Sank Najib S Bn Sst May Capsize Anwar S Madani Psm

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 135 hits
PSM reminded Prime Minister Anwar Ibrahim how the goods and services tax contributed significantly to BN s downfall warning that the Madani government may face the same fate over its sales and services tax expansion ADSIn a statement today ...
Anwar S Avocado Najib S Quinoa What S The Difference Asks Muda

Anwar S Avocado Najib S Quinoa What S The Difference Asks Muda

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 133 hits
Muda questioned what difference is there between Prime Minister and Finance Minister Anwar Ibrahim when compared to Najib Abdul Razak in light of the impending sales and service tax expansion Entering the fray on the discourse over the tax ...
Payung Besar Najib Antara Pembebasan Prinsip Dan Ancaman Sebenar

Payung Besar Najib Antara Pembebasan Prinsip Dan Ancaman Sebenar

papar berkaitan - pada 15/6/2025 - jumlah : 146 hits
Payung besar ekonomi lebih penting tetapi payung besar politik lebih utamaKita Keluar Sekejap Najib Antara Pembebasan Prinsip dan Ancaman Sebenar Pening kepala bila melihat mentaliti sesetengah penyokong najib yang masih tak faham realiti p...
Do You Want Me To Become A Dictator Pm Asks Dnaa Critics

Do You Want Me To Become A Dictator Pm Asks Dnaa Critics

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 93 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim criticised those who seem to ask him to interfere in decisions made by the judiciary particularly when individuals get a discharge not amounting to an acquittal When someone gets a DNAA one group lashes out at t...
Ex Macc Boss Bossku S Dnaa Is A Failure Of Prosecutorial Governance That Demands Immediate Reform

Ex Macc Boss Bossku S Dnaa Is A Failure Of Prosecutorial Governance That Demands Immediate Reform

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 119 hits
THE recent decision by the Kuala Lumpur High Court to grant a discharge not amounting to acquittal to in the SRC International money laundering case has reignited urgent concerns regarding the integrity professionalism and accountability of...
High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 190 hits
Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is pictured at the Kuala Lumpur High Court Complex on June 20 2025 Picture by Yusof Mat IsaFormer prime minister Datuk Seri Najib Razak was granted a discharge not amounting to an acquittal in hi...
Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Mayat Ibu Anak Perempuan Ditemui Reput Jiran Tercium Bau Busuk

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Monolog Jiwa Disebalik Senyum 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pokok Susu Nabi Atau Ara Tanah Banyak Manfaat Untuk Kesihatan

Packaging Lipmatte Dengan Insert Custom Kemas Selamat Eksklusif

Bersiaran Dari Thailand

Jpj Lanjutkan Tempoh Bayaran Saman Kadar Rata Rm150

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun

Siri Oppo Reno14 Rasmi Mediatek Dimensity 8450 Bateri 6 200mah Harga Dari Rm1 399