Bila Housemate Ko Berperangai Pelik
sumber gambar dari google
Asslamualaikum.
Dah lama rasanya Cik Nor tak bercerita tentang masalah rumah sewa Cik Nor ni. Banyak cerita sebenarnya nak kongsikan disini tapi kengkangan masa membuatkan Cik Nor peramkan dalu ceritanya. hehe. Bukan untuk mengaibkan orang tapi sekarang mahu berkongsi cerita dengan korang semua. huhu.
Ceritanya begini, pagi-pagi biasalah Cik Nor akan bersarapan dahulu sebelum ke tempat kerja. Masak nak keluar bilik terdengar orang buka dapur gas macam nak masak. Cik Nor biar jer lah sebab sebelah lagi boleh guna. Cik Nor nak masak air jer. Korang tahu apa yang housemate masak? span pinggan macam dalam gambar kat atas tu. Siap letak sabun lagi dalam periuk tu. Dah la periuk yang dia buat rebus span cuci pinggan tu housemate lain guna untuk masak makanan. Tidak ke geli orang nak guna periuk tu lagi lepas ni. Nasib la dia tak guna periuk Cik Nor, kalau dia guna memang dalam tong sampah lah periuk tu. Geli arr nak guna. Bila Cik Nor dah nampak apa yang dia buat dalam periuk tu memang tobat la tak sentuh periuk tu
Tapi pelik la, apa motif dia rebus span cuci pinggan tu? Nak kata dia ni pembersih sangat rasanya macam tak. Sebab apa Cik Nor cakap macam tu. Pertama kalau dia basuh kain, bila kain lapik dekat mesin basuh basah dia tak tolong tukarkan. Kalau Cik Nor geli sikit benda basah-basah ni. Nak kena kering selalu tempat tu. Kedua, dia boleh buat tak tahu kalau tengak lantai tu kotor dan berpasir. Buar macam tak ada apa-apa berlaku jer. Ketiga, bila cuci apa-apa kat sinki dapur mesti tinggalkan sisa tanpa membersihnya terlebih dahulu
Cik Nor nak kata pembersih sangat tu tak la sebab dalam bilik Cik Nor bersepah juga. Cuma satu jer perangai Cik Nor, tak boleh tengok ruaang tamu atau pun dapur bersepah. Nak kena kemas juga walaupun rumah sewa. Bila orang masuk rumah kita dan tengok persekitaran, orang dapat agak personaliti kita. Betul tak korang?hehe. Pernah jugaklah exroomate Cik Nor nampak housemate yang pelik tu tadi cuci muka guna besen yang kami selalu buat potong sayur. Terus geli nak guna besen tu walaupun tak tengok dengan mata sendiri
Yang Cik Nor pelik, kenapa dia rebus span cuci pinggan tu? Sedangkan span dia guna seorang diri jer.Bukan guna ramai-ramai macam Cik Nor. Bagi korang, dia ni pembersih atau masalah kecelaruan fikiran?haha.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://norminieza.blogspot.com/2019/04/bila-housemate-ko-berperangai-pelik.html