Peti ais dua pintu jenama Sharp model SJD210MD dengan kapasiti 200 liter, dapat harga promosi RM959 di Aeon Bukit Mertajam. Penghantaran ke rumah pun percuma. Kalau beli satu pintu lebih murah, tapi berdasarkan pengalaman memang leceh asyik nak kena defrost dan buangkan air. Penat juga kami keluar masuk kedai-kedai elektrik untuk mencari peti ais model di atas. Semua tempat dah habis, katanya sebelum raya ramai yang membeli. Akhirnya kami pilih beli di Aeon sebab dapat harga promo dan anggaran masa menunggu stok dalam 2 minggu. Alhamdulillah tak sampai 2 minggu dah dapat
Mesin basuh jenama Sharp model ES718X dengan kapasiti 7 kg, berharga RM699. Beli sekali dengan peti ais di Aeon. Ruang menyidai pun terhad, tak boleh basuh sekali banyak. Sebelum dapat mesin basuh ni, beberapa kali juga kami terpaksa ke kedai dobi layan diri berhampiran
Untuk memasak, kami pilih induction cooker jenama Tefal model IH720865 berharga RM198 di Harvey Norman IOI City Mall. Sebenarnya harga tertera lebih tinggi, tapi bila saya buat semakan di laman web jualan online Harvey Norman saya dapati harganya lebih rendah. Saya cuba mintak nak beli di kedai tapi dengan harga seperti di laman web, Alhamdulillah dapat! Ada induction cooker ni senang tak perlu angkut tong gas naik rumah tinggi, cuma pertambahan penggunaan elektrik dan perlu guna peralatan memasak yang sesuai
Beli induction cooker ni dapat percuma periuk jenama Supor seperti di atas. Tapi...kualitinya sangatlah mengecewakan. Sangat nipis. Saya merebus air, ok lagi. Bila saya menumis, terus hangus bahagian tengah walaupun guna tahap kepanasan minima. Selepas tu saya beli kuali dan periuk lain yang lebih berkualiti dan dapatlah memasak tanpa masalah hangus. Cuma hangus duit pulak nak membelinya...haha|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |