Bicara Akademik 2022
Hari ni seharian berada di sekolah anak anak menghadiri hari terbuka dan bicara akademik
Penat boleh tahan jugalah.
Mula mula kelas moq dulu,Lepas tu kelas abang
Kat kelas Moq, agak lama juga MY dalam tu berbicara tentang Moq,MY akui akan kekurangan Moq, Tapi dia ada juga ada kelebihannya
Dari segi akademik Moq mungkin banyak kekurangan,Tapi, sebagai anak, Moq sangat patuh, jujur dan rajin
Tak pernah merungut kalau kena mandikan adik, Lap meja makan,Menyapu atau buang sampah
Kemudian pergi kelas budak dalam gambar atas ni,Cikgu kata dia sangat kuat bercakap dalam kelas hingga mengganggu rakan lain
Adoii... Cikgu kata dia takde masalah akademik, Tapi tak elok sebab rakan lain terganggu
Haishh.. macam macam korang ya
Tunggu ayah jemput la sebab hujan lebat yang amat sangat
Mula mula plan ayah pergi satu kelas, Mamanya satu kelas,Tapi pagi tu hujan lebat yang amat sangat,Sampai takde parking, Berpayung pun basah
Jadi ayah drop kami je
Pukul 10 pergi sekolah rendah pula
Tapi ayahnya dah pergi kerja
Hujan masih lebat
Mula mula kepas Aril
Tapi jumpa sekali jalan je,Cikgu bagi secara statistik aje
Kalau nak detail boleh jumpa kemudian
Lepas selesai perjumpaan lepas Aril,Terus Aril bawak ke kelas adik kembarnya
Ni kat kelas Ucid,Kelas Ucid adalah dalam 3 orang je sebelum giliran MY. Cikgu kata Ucid ni pandai,Tapi kuat menjawab dan bagi alasan
Boleh jawab soalan,Tapi malas buat kerja
Buat separuh lepas tu main
Berborak tak berhenti henti
Kelas anak dara sorang ni,Mama Yan lupa nak ambil gambar masak sekolah pagi
Kelas dia paling ramai parents beratur
Sampai kreng lutut MY beratur kat koridor luar kelas tu. Lama pulak tu setiap satu perjumpaan
Dah la kaki seluar MY tu basah kena hujan,Sejuk kaki
Semua perjumpaan untuk sesi sekolah kebangsaan habis jam 12
Terus laju laju jemput adik Mijan
Pukul 2 sambung ambil result sekolah agama pula
Tapi,MY ambil result Ucid je
Kelas Sarah, selepas 45 minit menunggu, Masih belum sampai giliran MY,Sebab MY bawa Mijan sekali petang tu,Dia dah start bosan dan dah mula kacau orang,Akhirnya,MY balik je
Malas nak buang masa
Kepala pun dah mula sakit
Makin sakit,Bila mula mula tu,Ada orang nak pinjam duit
MY kata okay
Jimpa di sekolah agama pukul 2.30 gitu
Dia kata lepas dia hantar anak dia sekolah agama,Dia datang sekolah agama tempat MY
Jam 2.30 MY pun tunggu la dia depan sekolah tu,Takde pun
Sekali call dia boleh kata dia lupa
Adoi...dia yang nak meminjam,Kita yang kena mencari dia
Buat orang tertunggu tunggu
Tak senonoh betul
MY mula geram
Silakan duduk dalam senarai "blocked contact"
Malas la nak cara
Life is simple
Orang hormat kita,Kita hormat orang
Orang tak hormat kita,Bye bye ajelah
Kalau boleh elak, MY akan elak untuk berurusan lagi
Okay..
Malam ni kita tidur kasi Salonpas kat betis
Lenguh woiii..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2022/09/bicara-akademik-2022.html