Biar Parlimen Berlangsung Hingga Habis


SELEPAS kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, ada pihak mahukan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dipercepatkan dengan mengambil kira beberapa pertimbangan.
Antaranya supaya momentum kemenangan BN dapat dikekalkan. Ini pada saya adalah pemikiran orang politik yang sentiasa mahu menang dan menjadi dominan

Bagi saya ini semua tidak perlu kerana kita tidak tahu apa yang boleh berlaku dalam PRU15. Tambah lagi dengan kemasukan begitu ramai pengundi baharu.

Usahlah kita menjadi seperti peribahasa Melayu, mendengarkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Sebaliknya manfaatkan sepenuhnya kuasa sedia ada di tangan untuk melakukan apa yang terdaya dengan sebaik mungkin bagi memulihkan negara

Berilah masa secukupnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengemudi bahtera kejayaan ini sehingga ke penghujungnya, iaitu bila penggal Parlimen berakhir pada awal 2023

Ini kerana sudah banyak kebaikan dan pembaharuan yang beliau bawa kepada negara dalam tempoh singkat ini

Kami ahli-ahli akademik melihat Ismail Sabri sebagai seorang pemimpin jujur dan ikhlas bila Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) ditandatangani, butirannya benar-benar dilaksana

Memang benar jangka hayat MoU tersebut akan berakhir pada 31 Julai 2022. Ini kerana sehingga tarikh itu sahaja kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen

DUA PARTI
Tetapi walaupun ia sudah berakhir, semangat MoU itu harus dikekalkan sehingga ia semacam akan menjadi normal baharu dari segi kerjasama yang terjalin antara kerajaan dan parti-parti pembangkang

Biarlah satu-satu penggal Parlimen itu berlangsung sehingga habis, baharulah PRU15 diadakan untuk mendapatkan mandat baharu yang segar kepada seorang Perdana Menteri lain, sama ada Ismail Sabri atau seorang pemimpin lain dari parti yang sama atau dari parti lain

Untuk menjadikan politik negara lebih stabil, kami ahli-ahli akademik yang berpandangan serupa berpendapat selain pengenalan akta antilompat parti, satu langkah besar yang boleh diambil ialah menjadikan tarikh PRU sebagai suatu perkara yang tetap.

Kita perlu ambil contoh daripada perlembagaan negara yang lebih maju seperti Amerika Syarikat, malah negara jiran kita, Indonesia juga yang memperuntukkan pemilihan Presiden di negara mereka wajib secara automatik dilangsungkan pada tarikh tertentu.

Jika peruntukan begini dapat dimasukkan ke dalam perlembagaan negara kita maka akan hilanglah ketidaktentuan dan politiking berlebihan dalam negara sekali gus boleh menjadikan semua pihak dapat fokus kepada kerja masing-masing sehinggalah tarikh PRU tiba

Dari sudut budaya politik pula, saya membaca yang kita sebenarnya menuju ke arah sistem dua parti yang sentiasa akan ada persaingan antara dua pihak.

Dan saya rasa ia adalah baik untuk negara kerana memberikan pilihan serta semak dan imbang kepada rakyat dan kerajaan.

Apa yang paling penting dalam suasana kita masih menghadapi banyak masalah dalam negara ialah pengekalan kestabilan politik supaya pemulihan ekonomi yang sedang berjalan pesat sekarang tidak terencat dan setakat ini kestabilan politik mampu diberi oleh Ismail Sabri.

Oleh: PROF. EMERITUS DATUK DR. WAN HASHIM WAN TEH


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/02/biar-parlimen-berlangsung-hingga-habis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Mahu Kerajaan Bn Perak Kekal Hingga Pru Tidak Perlu Diadakan Prn Seperti Melaka Dan Johor Mujahid

Ph Mahu Kerajaan Bn Perak Kekal Hingga Pru Tidak Perlu Diadakan Prn Seperti Melaka Dan Johor Mujahid

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 178 hits
February 15 2022 Pakatan Harapan Perak mahu pentadbiran kerajaan negeri yang kini dipimpin Barisan Nasional terus kekal sehinggalah Pilihan Raya Umum diadakan kelak Pengerusi PH Negeri Datuk Seri Mujahid Yusof berkata pentadbiran yang ada k...
Branding Hingga Pendanaan Umkmlab Perluas Ekosistem Dengan Rilis 8 Fitur Layanan

Branding Hingga Pendanaan Umkmlab Perluas Ekosistem Dengan Rilis 8 Fitur Layanan

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 159 hits
Melalui 8 fitur layanan terbaru ini UMKMLab perluas ekosistemnya agar lebih impactful dalam membantu dan mempermudah UMKM yang ingin memulai bisnis
Kebijakan Moneter As Hingga Konflik Rusia Ukraina Pengaruhi Hasil Lelang Sun

Kebijakan Moneter As Hingga Konflik Rusia Ukraina Pengaruhi Hasil Lelang Sun

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 185 hits
Kementerian Keuangan menyebut perkembangan ekonomi global turut berpengaruh terhadap hasil lelang Surat Utang Negara Seperti kebijakan moneter Bank Sentral Amerika Serikat The Fed dan konflik antara Ukraina dan Rusia
Bakar Al Quran Lelaki Direjam Hingga Mati Dan Mayat Digantung Pada Pokok

Bakar Al Quran Lelaki Direjam Hingga Mati Dan Mayat Digantung Pada Pokok

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 163 hits
AHLI keluarga dan penduduk tempatan mengusung keranda jenazah seorang lelaki yang direjam hingga mati di daerah Khanewal AFP MULTAN Sekumpulan individu dilaporkan merejam seorang lelaki hingga mati kerana didakwa merosakkan kitab suci al Qu...
Tiketapasaja Com Gelar Promo Tiket Motogp Selama Februari Diskon Hingga 35 Persen

Tiketapasaja Com Gelar Promo Tiket Motogp Selama Februari Diskon Hingga 35 Persen

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 157 hits
Menariknya selama hari kasih sayang di Februari tiketapasaja com dan BRI memberikan harga promo hingga 35 persen jika membeli dengan kartu debit atau kredit BRI
3 Petinggi Pt Adonara Dituntut 5 5 Hingga 7 Tahun Penjara Terkait Kasus Tanah Munjul

3 Petinggi Pt Adonara Dituntut 5 5 Hingga 7 Tahun Penjara Terkait Kasus Tanah Munjul

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 176 hits
3 Petinggi PT Adonara Dituntut 5 5 hingga 7 Tahun Penjara Terkait Kasus Tanah Munjul Tiga petinggi PT Adonara Propertindo Rudy Hartono Iskandar Anja Runtuwene dan Tommy Adrian dituntut hukuman pidana 5 5 hingga 7 tahun penjara terkait kasus...
Kerajaan Melaka Buka Pengambilan Terkini Februari 2022 Gaji Rm1 205 Hingga Rm9 585

Kerajaan Melaka Buka Pengambilan Terkini Februari 2022 Gaji Rm1 205 Hingga Rm9 585

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 233 hits
Kerajaan Melaka Buka Pengambilan Terkini Februari 2022 GAJI RM1 205 hingga RM9 585 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman peng...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024