Biar Betik
Biar betik??? Slang zaman sekarang yang biasa didengar. Biar betik maksudnya biar betul. Dalam lagu Faizal Tahir Ragaman pun ada menggunakan perkataan biar betik. Tapi bukan itu motif entry ni. Nak cerita pasal buah betik.
Dapat sekali dengan Sapodilla, si buah ciku yang mak bagi dari kampung. Tapi betik ni lain macam sikit. Betik mini sebab saiz dia besar sikit daripada penumbuk orang dewasa.
Dalam sebungkus buah ciku, terselit sebiji buah betik mini ni. Kira rezeki dapat makan buah betik yang dah lama tak makan ni.
Buah betik tumbuh kat sekitar rumah je ni. Pokok betik kan senang nak tumbuh. Jenis betik apa pun tak tahu lah. Saiz kecil je tapi dah masak. Elok manis rasa isi buah betik ni.
Pokok BetikPokok betik sejenis tumbuhan yang berasal dari Mexico Selatan yang banyak terdapat di ASEAN. Kini semakin banyak ditanam di negara beriklim tropika. Ada bermacam-macam jenis pokok betik. Dan bentuk saiz pun pelbagai, ada betik panjang, ada juga betik yang sedikit bulat
Sayur betik muda, halwa dan ulam-ulamanSelain buah yang boleh dimakan masak. Buah yang separa masak sedap di buat tumis sayur. Masak pedas-pedas membangkitkan selera makan. Siapa penggemar sayur tumis betik macam Fiza gerenti bertambah makan.
Buah betik muda pun sedap kalau dibuat halwa. Suka juga makan halwa betik, betik tu rangup dan disaluti dengan rasa manis. Lama tak makan halwa betik. Dulu mak cik selalu bila hari raya. Buah jeruk betik pun sedap!
Pucuk betik muda pula di jadikan sebagai ulam. Biasanya dicelur terlebih dahulu dan dimakan dengan sambal belacan. Setakat ni tak pernah lagi suka makan ulam pucuk betik sebab rasa pucuk muda betik tu pahit ya amat walaupun dah celur air panas.
Tak boleh nak hadam rasa pahit pucuk muda betik. Pahit lain macam!
Pucuk muda betik juga boleh dicampurkan dengan beberapa masakan tradisional. Contohnya dicampurkan dalam sambal tempoyak daun kayu. Tapi kalau Fiza buat, tak letak pucuk muda betik ni. Dah tak suka kan
Buah betik dan pucuk muda betik banyak orang jual kat pasar, pasar pagi dan pasar tani. Pasar Tani memang ramai peniaga jual sayur-sayuran dan buah-buahan kampung yang susah nak dapat. Kadang tu harga dia boleh tahan juga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/11/biar-betik.html