Biar Anwar Tentukan Hala Tuju Malaysia



Oleh: Edy Noor Reduan
Sebagai PM, Biar Anwar Cerakinkan Agenda Reformasi Cetusannya
1. Sedikit imbasan, calon Perdana Menteri Pakatan Harapan PRU14 ialah Tun Mahathir. Namun pencalonan itu hadir dengan klausa perjanjian bahawa jawatan PM akan diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beliau layak (menjadi Ahli Parlimen).
2. Tidak dapat dinafikan, nama Anwar dijulang untuk PH mendapatkan undi kemenangan selain faktor kebencian terhadap Najib, 1MDB dan faktor kenaikan kos sara hidup yang melampau.
3. Kesengsaraan Anwar merengkok kali kedua di penjara kerana pendakwaan politik menjadi modal untuk meraih undi simpati dari rakyat. Malah logo KeADILan juga yang membawa kemenangan pada PRU14 lalu. Fakta.
4. Tiba-tiba hadir nama Shafie Apdal untuk diangkat sebagai calon PM. Dicadangkan oleh Tun Mahathir hanya untuk menyindir Anwar dengan persoalan jika Anwar menolak Tun, mengapa tidak boleh menerima Shafie sebagai PM?
5. Persoalan yang lebih signifikan ialah, dari mana datangnya nama Shafie ketika nama Anwar dilihat jauh lebih munasabah dari pelbagai aspek untuk memimpin Malaysia.
6. Bukan niat untuk membuat perbandingan antara Anwar dan Shafie, masing-masing ada kelebihan dan kelasnya tersendiri. Namun secara analogi mudah, bagaimana Semporna ingin menjadi juara sebuah perlawanan bolasepak jika perlawanan akhir adalah di antara Port Dickson dan Langkawi?
7. Sebagaimana sempurna dan afdal sekalipun seseorang itu, namun jika namanya dicadang hanya sekadar untuk melampiaskan keberahian politik si tua bagi menghalang agenda yang lebih baik, maka adalah tepat supaya diabaikan terus cadangan itu. Analogi kali ini menghampiri realiti.
8. Saya tidak mahu menyentuh apa jua skandal yang terpalit di bahu Shafie, samada ketika Shafie menjawat Menteri KKLW dari 2009-2015 melibatkan sejumlah RM14.6 Billion dari RM 38.8 billion untuk memajukan Sabah, atau isu kemasukkan RM jutaan ringgit melibatkan artis tempatan. Biarlah mahkamah adil yang menentukan dakwaan ini.
9. Apa yang ingin saya sentuh di sini cuma, Anwar Ibrahim tidak pernah terlibat dalam mana-mana skandal kewangan merompak kekayaan negara biarpun memegang jawatan Menteri Kewangan dan TPM selama 7 tahun.
10. Kebetulan, Najib Razak dan Tun Mahathir ketika ini saling berperang mendedahkan ke’rasuah’an masing-masing. Ironinya, dalam perang pendedahan ini nama Anwar Ibrahim tidak langsung dibangkitkan samada dalam soal rasuah, rompakan atau salahguna kuasa.
11. Berbalik kepada soal cadangan Shafie sebagai PM, andainya ada anggota PH yang menerima cadangan PH Plus sebagai calon Perdana Menteri, saya fikir ia satu kekhilafan terjadual terhadap semangat setiakawan puluhan tahun.
12. Biarlah cadangan itu datangnya dari Tun Mahathir atau Shafie sendiri, janganlah cadangan tersebut disokong oleh mana-mana anggota PH kerana asasnya yang tidak kukuh dan hanya mantik sebuah helah.
13. Pakatan Harapan perlu bersatu hati kembali kepada landasan mengangkat darjat rakyat dengan prinsip islah mastataktu, dan ia telah dibuktikan sukar berlaku selagi ada Tun di situ. Selaku sebuah gabungan yang paling kuat, rakyat pastinya ingin melihat PH bertegas dengan menamakan Anwar sebagai PM seterusnya.
14. Pada hemat saya dengan hujah dan analogi yang dibentangkan, adalah suatu kewajaran untuk memberi peluang kepada Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, dan lihatlah sendiri bagaimana Anwar cerakinkan agenda Reformasi yang beliau cetuskan selama ini.
 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28545

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Status Covid Penentu Hala Tuju Politik

Status Covid Penentu Hala Tuju Politik

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 367 hits
Tun Dr Mahathir berhasrat untuk kembali sebagai PM ke 3 Kini menjadi dan sama dia patut diberi peluang tersebut Sama ia akan diperakui sebagai halatuju baru politik negara terpulang kepada pengumuman baru Dato Dr Noor Hisham Menurut bukan M...
Rakyat Nak Tahu Hala Tuju Negara Apa Perancangan Kerajaan Pn

Rakyat Nak Tahu Hala Tuju Negara Apa Perancangan Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 272 hits
BANGI 4 Zulkaedah 1441H Jumaat Kerajaan Perikatan Nasional perlu ada perancangan 10 hingga 20 tahun untuk meyakinkan rakyat atas kewibawaan kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Penganalisis politik Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik...
Adakah Orang Tua Yang Tiada Parti Boleh Tentukan Arah Tuju Ph Masa Untuk Kita Pertahankan Ph

Adakah Orang Tua Yang Tiada Parti Boleh Tentukan Arah Tuju Ph Masa Untuk Kita Pertahankan Ph

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 290 hits
Nampaknya kita di bawah yang masih sayangkan PH harus menggandakan usaha di dalam pertempuran dengan orang tua yang bernama Mahathir ini Tingkah lakunya semakin melampau dan meloyakan Tindakan beliau mengheret Dap dan Amanah untuk berpakat ...
Survey Adakah Dr Mahathir Dan Anwar Masih Relevan Dalam Politik Malaysia

Survey Adakah Dr Mahathir Dan Anwar Masih Relevan Dalam Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 439 hits
Pakatan Harapan kini berada di ambang kehancuran disebabkan oleh persengketaan yang tidak ada kesudahan antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim Bukan admin simpati apa lagi menyokong Pakatan Harapan tapi dalam sistem demokrasi kita memerlukan ...
Anwar Mahathir Countercoup Hits A Wall In Malaysia

Anwar Mahathir Countercoup Hits A Wall In Malaysia

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 315 hits
They don t really care about their reform agenda anymore The opposition is very much divided They cannot figure out who s going to be their candidate for prime minister Nile Bowie Asia Times Nearly four months after losing power in a backro...
Ambil Semula Atau Biarkan Sehingga Pru 15 Anwar Dan Penyokongnya Berhak Untuk Tentukan

Ambil Semula Atau Biarkan Sehingga Pru 15 Anwar Dan Penyokongnya Berhak Untuk Tentukan

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 200 hits
FRIENDS OF MAZSLEEUsaha ambil balik Kerajaan dan selamatkan negara sebelum semuanya rosak dan segala jerung dibebaskan perlu disegerakan Ada sesiapa ikuti siaran media oleh Anthony Loke semalam Aku kena kutuk macam macam bila aku jangkakan ...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation