Biar Anak Pakai Baju Mandi Sendiri Barulah Berdikari Dia Akan Yakin Bila Di Luar Tak Manja


Istilah ‘manja’ mempunyai makna yang negatif dalam konteks sosial. Ia boleh ditakrifkan sebagai sikap memberi kasih sayang yang terlalu berlebihan dalam fasa awal mengasuh anak-anak. ‘Anak manja’ sering merujuk kepada anak yang cenderung menunjukkan sikap menuntut perhatian yang berlebihan dan ingin dilayani tanpa memperdulikan orang lain. Sikap ini tidak dapat dibendung oleh ibu bapa kerana keliru antara perasaan sayang anak atau manjakan anak.
children and mother crying first day go to pre-kindergarten school Sikap manja secara alaminya timbul pada usia setahun lebih apabila bayi mula membina hubungan sosial dengan orang-orang di sekitarnya. Sekiranya sikap manja dituruti oleh ibu bapa sehingga usia tiga hingga empat tahun, akan menghasilkan sikap memberontak (tamper tantrums) atau sikap terlalu bergantung (clinging). Pada usia lima hingga enam tahun, jika berlarutan akan mempengaruhi perkembangan emosi, sosial dan juga intelek anak-anak kerana pada tahap umur tersebut anak-anak mula berinteraksi dengan persekitaran yang lebih luas seperti di taska atau tadika.
Faktor penyebab
Umumnya disebabkan corak asuhan daripada kecil yang menyebabkan anak menjadi manja. Ikuti selanjutnya faktor penyebab anak menjadi manja.
1.Terlalu berlebihan sayang anak
Ibu bapa tidak mahu anak merasa ‘susah’ atau beranggapan sepatutnya lakukan segalanya untuk anak. Kemungkinan juga ibu bapa tidak yakin anak mampu melakukan sesuatu dengan sendiri.
2.Kurang tegas dalam mengasuh
Ibu bapa kurang tegas dalam usaha mengasuh atau mendidik anak. Akibatnya sejak kecil kemahuan dan kehendak anak dituruti dan dibiarkan membuat sesuka hati tanpa ditegur. Akhirnya jadilah ‘anak yang tidak mendengar kata’ iaitu ibu bapa menjadi ‘pak turut’ kepada anak-anak mereka.
Sad child from this father and mother arguing, family negative concept.vintage color 3.Pengalaman ibu bapa semasa kecil
Ibu atau bapa pernah diasuh dengan corak asuhan authoritarian (kawalan yang ketat,tidak bertolak ansur atau fleksibel dengan anak). Mereka tertekan semasa membesar, jadi beranggapan untuk anak sendiri, mereka perlu memberikan the best iaitu dengan memanjakan anak mereka.
4.Alasan tiada masa
Ibu bapa yang sibuk beranggapan kekurangan masa berkualiti dengan anak dapat digantikan dengan menurut segala kemahuan anak.
Kesan manja kepada perkembangan
Akibat sering mendapat apa yang dimahukan atau bebas berbuat sesuatu mengikut kehendak hati, anak-anak menjadi:
1.Kurang berdikari atau kurang keinginan atau perasaan untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Anak ini akan mengharapkan dan mendesak orang lain untuk mengambil tanggungjawab yang diberi.
2.Sering bergantung kepada orang lain dalam apa sahaja.
3.Tiada atau kurang keyakinan diri menyebabkan kesukaran dalam menonjolkan potensi diri.
4.Kurang keinginan untuk membuat eksplorasi yang akan menjejaskan perkembangan inteleknya.
Bagaimana untuk mengatasinya
Bagi membendung kesan kemanjaan yang akan mempengaruhi jati diri dan hubungan sosial anak-anak apabila meningkat remaja, terdapat beberapa faktor yang ibu bapa perlu ambil peduli.
1.Ibu bapa mesti sedar kesilapan mereka dan beriltizam untuk memperbaiki corak pengasuhan anak.
2.Kedua-dua ibu bapa perlu konsisten dalam mengamalkan ketegasan dalam mengasuh anak-anak.
3.Membimbing anak-anak sedikit demi sedikit untuk bersikap lebih berdikari. Contohnya oleh dimulakan dengan meminta anak menyuap makanan atau memakai baju mereka sendiri tanpa bantuan. Dengan cara ini, anak-anak mula membina kepercayaan bahawa mereka mampu berdikari.
4.Mempercayai dan memberi kepercayaan kepada anak-anak akan kemampuan mereka untuk melakukan sendiri perkara-perkara yang bersesuaian tahapumur mereka. Ibu bapa perlu sabar kerana anak-anak mungkin memerlukan masa untuk boleh membuat sesuatu secara sendiri dengan baik.
5.Memberi peluang kepada anak-anak untuk bersosial dengan rakan sebayanya (contoh menyertai kumpulan bermain; play group) seawal usia dua tahun supaya pengalaman bersama rakan sebaya dapat membentuk kemahiran bersosial yang positif.
The post Biar Anak Pakai Baju & Mandi Sendiri Barulah Berdikari. Dia Akan Yakin Bila Di Luar & Tak Manja appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/biar-anak-pakai-baju-mandi-sendiri-barulah-berdikari-dia-akan-yakin-bila-di-luar-tak-manja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Si Kecil Sentiasa Nak Mainan Dan Baju Baru Salah Satu Tanda Dia Anak Manja

Si Kecil Sentiasa Nak Mainan Dan Baju Baru Salah Satu Tanda Dia Anak Manja

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 379 hits
Anak meraung menjerit dan bergolek sakan di mall gara gara permintaannya untuk membeli mainan baru tidak dipenuhi pernahkah anda melihat situasi tersebut atau melaluinya sendiri Adakah itu dinamakan anak manja Sayangkan anak Tiada ibu mahup...
Video Auratku Maruahku Lisdawati Terharu Anak Umur 10 Tahun Minta Pakai Tudung

Video Auratku Maruahku Lisdawati Terharu Anak Umur 10 Tahun Minta Pakai Tudung

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 542 hits
Lisdawati antara pelakon yang masih kekal dalam industri sejak dahulu lagi Kemunculannya menerusi drama di kaca televisyen masih berjaya mencuit hati peminat peminat drama drama tanah air Pelakon yang masih segar diingati itu masih lagi akt...
Jangan Tengok Anak Orang Lain Lihat Dulu Kelebihan Anak Sendiri Baru Kita Bangga

Jangan Tengok Anak Orang Lain Lihat Dulu Kelebihan Anak Sendiri Baru Kita Bangga

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 311 hits
Biasanya ibu bapa tak nampak kekuatan atau kelebihan lain pada anak kerana apa yang mereka nilai adalah pencapaian dari akademik semata mata Malah masyarakat pun akan membandingkan antara anak dia dan anak orang lain melalui cara yang sama ...
Janda Dua Anak Memyewa Hotel Berkhalwat Bersama Adik Sendiri

Janda Dua Anak Memyewa Hotel Berkhalwat Bersama Adik Sendiri

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 1047 hits
Kami menemui seorang wanita yang berpakaian lengkap dalam bilik berkenaan sebelum mereka mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram manakala wanita itu mendakwa dia berstatus janda Pemeriksaan di bilik kedua pula menemui seorang lelak...
Pakai Baju Sporty Ketat Saat Kunjungi Korban Banjir Dita Soedarjo Ngaku Salah Kostum

Pakai Baju Sporty Ketat Saat Kunjungi Korban Banjir Dita Soedarjo Ngaku Salah Kostum

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 327 hits
Nama Dita Soedarjo mendadak menjadi perbincangan hangat di dunia maya Hal ini terkait postingannya di instagram
Ingin Perbaiki Mood Pakai Baju Dengan 6 Warna Ini

Ingin Perbaiki Mood Pakai Baju Dengan 6 Warna Ini

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 303 hits
Kenakan baju dengan warna warna berikut untuk memperbaiki suasana hati yang buruk
Tak Susah Pun Buat Pizza Sendiri Untuk Anak Ringkas Je Rasa Sama Macam Kedai

Tak Susah Pun Buat Pizza Sendiri Untuk Anak Ringkas Je Rasa Sama Macam Kedai

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 329 hits
Selain nasi roti dan aneka mi pizza antara makanan yang cukup disukai anak anak kecil kita Bentuk dan rupanya yang berbeza ditambah dengan aneka sayuran di atasnya membuatkan kanak kanak mudah tertarik dengan pizza Namun menyediakan pizza t...
Didik Anak Kena Adil Tak Boleh Yang Besar Je Mengalah Risau Dengki Sesama Sendiri

Didik Anak Kena Adil Tak Boleh Yang Besar Je Mengalah Risau Dengki Sesama Sendiri

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 308 hits
Sikap ibu ayah membeza bezakan anak ditakuti boleh menjadi punca mereka jadi dengki satu sama lain Didik lebih dari seorang anak jangan sampai ibu ayah membeza bezakan mereka tanpa sedar Sikap tersebut kalau dibiarkan boleh menjadi punca ke...
Kalau Anak Suka Main Air Bagi Dia Masa Mandi Bagus Untuk Perkembangan Tumbesaran Anak

Kalau Anak Suka Main Air Bagi Dia Masa Mandi Bagus Untuk Perkembangan Tumbesaran Anak

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 396 hits
Mandi sememangnya rutin wajib yang dilakukan oleh semua orang termasuk anak kecil Di sebalik fungsinya untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran rutin mandi sebenarnya memainkan peranan penting terhadap perkembangan tumbesaran anak ...
Jetblue Fined 2 Million For Chronic Delays

Kadir Jasin Najib Bukan Curi Milo Atau Roti Benggali

Hmpv Situasi Terkini Tanda Gejala Pencegahan Rawatan

What Is Brics Good For

Susulan Titah Agong Kpn Bagi Amaran Jangan Sertai Sebarang Perhimpunan

2 Maut Kereta Terhumban Dalam Gaung

Virus Seakan Covid 19 Hmpv Mula Menular Di China Kenali Gejala Dan Cara Pencegahannya

Kenyataan Media Umno Pas Gagal Tipu Umno


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia


Bau Ketiak Sebab Cara Atasi Tips Kekal Segar Sepanjang Hari

Petronas Gerik

Kenapa Menjadi Pendengar Yang Baik Menjadi Rahsia Kejayaan Sesebuah Hubungan

5 Mitos Berkaitan Vaksin Hpv

Warga Asing Rempuh Mati Penunggang Motosikal Di Lampu Isyarat Direman

Lelaki Hentikan 57 Kipas Berpusing Guna Lidah