Betulke Ini Cerita Sebenar Kenapa Musa Didakwa Dibawah Akta Money Laundry
Musa didakwa oleh peguam negara yang dilanik kerajaan PH berhubung pengubahan dana di luar negara yang berlaku antara 2004 hingga 2008.
Kes Musa ini tidak pernah didakwa di luar negara walaupun pindaan dana itu berlaku di luar negara dan bukan dalam Malaysia.
Malah, pihak anti-rasuah Hong Kong (ICAC) telah berkali-kali menjawab kerajaan Malaysia termasuk kerajaan PH Malaysia bahawa tiada kes yang boleh didakwa ke atas Musa mengenai pindaan dana ini. Sehingga awal tahun ini, ICAC masih tetap dengan pendirian tiada unsur kesalahan rasuah berhubung kes Musa walaupun berulang-kali ditanya oleh pihak SPRM dan pendakwa raya kerajaan PH
Peguam negara sendiri mengaku dia adalah lantikan politik masa dia letak jawatan selepas kerajaan PH
"Jawatan sebagai AG (Peguam Negara) adalah menerusi lantikan politik yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad." kata Tommy
"4 March 2020: Tommy Thomas letak jawatan kerana perubahan pemerintahan politik"https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/661842/tommy-thomas-letak-jawatan-kerana-perubahan-pemerintahan-politik
Tommy juga pernah kata dia tidak akan derharka pada PH
May 18, 2020: "I would have betrayed the trust the prime minister and the Pakatan Harapan government had reposed in me,” he said
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/05/18/i-wouldnt-have-agreed-to-discharge-for-riza-says-former-ag/
Surat-surat berhubung nyah beku akaun bank taikun developer yang telah terdedah baru-baru ini juga membuktikan Tommy bertindak berdasarkan arahan Guan Eng serta PM7 dan bukanlah neutral
Selepas jawatan Ketua Menteri Musa Aman dirampas oleh PH selepas PRU14 walaupun dia telah angkat sumpah, Musa Aman telah mencabar keputusan Yang Dipertuan Negeri Sabah melantik Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri 48 jam selepas Musa angkat sumpah untuk jawatan yang sama
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah menetapkan keputusan kes ini pada 7 November, 2018
"7 November keputusan siapa Ketua Menteri yang sahhttps://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/490440/7-november-keputusan-siapa-ketua-menteri-yang-sah
Tapi DUA HARI SEBELUM keputusan hakim untuk kes tersebut yang akan menentukan siapa adalah Ketua Menteri Sabah yang sah, SPRM, pihak berkuasa atas sebab-sebab yang hanya mereka ketahui, telah membuat keputusan untuk menangkap dan mendakwa Musa Aman
"05 Nov 2018: Former Sabah chief minister Musa Aman charged with 35 counts of corruption"https://www.channelnewsasia.com/news/asia/former-sabah-chief-minister-musa-aman-arrested-macc-10898334
Ini jelas menujukkan ‘Political persecution’ dan pendakwaan berniat jahat
Fakta ini, diperkukuhkan lagi apabila, pada 5 Mac, 2019, Timbalan Pendakwa Raya telah melalui penyataan bertulis fakta yang memihak kepada pembelaan yang mengesahkan keputusan yang dibuat oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani bahawa tiada kes ke atas Musa Aman
Walaupun Musa didakwa pada 5 Nov 2018, kes dia tidak pernah melepasi fasa pengurusan kes dan tidak pernah dibicara sehari pun sehingga kini kerana ia telah ditangguh berulang kali oleh pendakwa raya dengan alasan mereka sedang menunggu bukti baru
Malah Mus telah dibebaskan untuk 5 daripada dakwaan ke atasnya pada 18 Oktober 2019 masa kerajaan PH kerana pendakwa raya gagal mendapat bukti baru.
"Justice Collin Lawrence Sequerah had earlier rejected the prosecution’s application, led by Datuk Umar Saifuddin Jaafar, to withdraw the five charges not amounting to acquittal. Umar applied for the discharge not amounting to acquittal, as there are “still pending evidence over the remaining charges.”
"18 Oktober 2019: Musa Aman acquitted of five out of 35 corruption charges"https://www.theedgemarkets.com/article/musa-aman-acquitted-five-out-35-corruption-charges
Keputusan untuk mendakwa Musa masa kerajaan PH adalah berdasarkan bukti-bukti dan hasil siasaan sama yang telah dipertimbangkan oleh Abdul Gani mantan Peguam Negara, Tun Abd Majid bin Dato' Haji Tun Hamzah, mantan Ketua Bahagian Pendakwaan, Tan Sri Abu Kassim Mohammad, mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, dan Datuk Seri Mustafar Ali mantan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM.
Keputusan untuk tiada kes untuk didakwa masa itu juga dipersetujui oleh seluruh Panel Penilaian Operasi SPRM.
(Entah apa telah terjadi kepada Panel Peniliaian Operasi SPRM yang merupakan check and balance untuk menilai keputusan SPRM untuk dakwa atau tidak mendakwa kes berprofil tinggi. Panel ini diperkenalkan pada tahun 2009 masa saya jadi PM tetapi selepas PRU14, panel ini seperti tidak berjalan lagi di bawah kerajaan PH.)
Secara tambahan, pihak pembelaan juga telah memfailkan Afidavit baru dari mantan Peguam Negara Abdul Gani Patail yang mengesahkan kes ke atas Musa Aman adalah tidak berasas
Berhubung ini, saya rasa ada perlunya untuk PAC atau badan yang bebas untuk meneliti kes-kes yang didakwa atau digugur masa Tommy jadi Peguam Negara untuk menilai sama ada keputusannya masa itu ada unsur campurtangan politik dan jika dia pernah bertindak berdasarkan arahan yang haram
Apalah terlalu mudah untuk Tommy untuk membuat keputusan nak dakwa sesiapa walaupun bukti langsung tak cukup atau tiada asa tetapi ia amat menyusahkan dan membebankan sesiapa yang dituduh oleh dia
NajibRazak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2020/06/betulke-ini-cerita-sebenar-kenapa-musa.html