Betul Ke Wujud Ibu Melahirkan Tuan



Betul ke Wujud Ibu Melahirkan Tuan?
Terpanggil nak kupas topik tentang apabila ibu melahirkan Tuan atau lebih tepat lagi bila anak-anak menjadi Tuan kepada ibu dan bapa. Dalam agama Islam sendiri memang ada hadith sahih tentang hamba wanita yang melahirkan tuannya. Bila semakin banyak ibu melahirkan tuan juga merupakan tanda-tanda yang kiamat juga semakin hampir. Takutnya.

Sedih tapi itulah kenyataan yang pahit untuk ditelan. Saban hari semakin parah pula wabak ini merebak. Kalau dulu, sekadar ditayangkan di dalam televisyen tapi sekarang memang dah banyak berlaku depan mata.

Bagi aku personally sebagai seorang ibu, aku dah pernah saksikan beberapa kisah benar bila anak menjadi tuan. Merasakan diri “tuan” dan perlu dituruti setiap permintaannya. Entah, mungkin penilaian dan cara didikan aku terima berbeza jadi ianya salah di kaca mata aku. 



Salah Satu Tanda-Tanda Kiamat
Dalam satu hadith Rasulullah bersabda:

“Jibril bertanya: Khabarkan kepadaku tentang hari Kiamat. Nabi SAW menjawab: Tidaklah yang ditanya itu lebih mengetahui daripada yang bertanya.

Maka Jibril bertanya lagi: Khabarkan kepadaku tentang tanda-tanda kiamat. Maka Nabi SAW menjawab: (Antara tandanya ialah) apabila seorang hamba wanita melahirkan tuannya”. (Sahih Muslim [8])

Sesungguhnya gerun bila hadith di atas ni dibaca berulang kali. Akan berlaku lah kehancuran manusia bila sifat hormat, sifat malu dan kasih sayang terpisah dari jiwa. Dunia kita ini semakin tua, Tuhan juga dah ingatkan kita adalah umat di akhir zaman yang akan berdepan kiamat. Hari kehancuran bumi.

Dimana Silap Dan Apa Punca?
Sebelum aku berceloteh lebih panjang, mencari dimana silap dan mengetahui punca ibu melahirkan tuan ni lebih elok kita fahami dulu maksud ibu melahirkan tuan. Satu persamaan ibu-ibu yang telah menjadi hamba kepada anak-anak mereka adalah mereka tidak sedar anak telah menaiki takhta. Sebab itu sewenang-wenangnya si anak memberi arahan, meminta tu dan ini serta tak segan nak menderhaka.

Ibu bapa boleh memberikan pilihan kepada anak-anak tapi bukan membiarkan mereka membuat keputusan.

Menurut penjelasan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad AlBakri, tentang hadith yang aku kongsikan di atas tadi memberi kiasan akan berleluasanya perbuatan derhaka dan layanan kasar terhadap ibu bapa oleh anak-anak, sepertimana layanan kasar tuan terhadap hambanya.

Tidak adil jika mengatakan ibu bapa adalah punca dan silap ini terjadi kerana kelemahan dalam didikan mereka sepenuhnya. Aku yakin setiap ibu bapa akan cuba beri yang terbaik dalam membesarkan anak-anak.

Apa yang banyak berlaku sekarang ialah bila anak-anak naik lemak bila tanggungjawab yang seharusnya anak-anak pikul tapi terus menerus digalas oleh ibu bapa. Anak-anak dengan mudahnya menjadikan ibu bapa sebagai orang gaji dan mengerah tenaga atas tiket kasih sayang.

Kita ambil contoh tugas harian, mengemas rumah. Anak-anak cenderung hanya melihat tanpa menghulurkan bantuan apabila ibu melakukan tugasan. Semakin seronok bila si ayah membenarkan sahaja perlakuan ibu menjadi hamba. Seringkali aku dengar alasan bila si ibu tak benarkan anak turut serta adalah supaya anak tak penat dan hilang fokus untuk belajar.

Alahai mudah betul ya. Jadi kepantangan aku yang garang macam ibu singa, membiarkan anak-anak terlepas dari tanggungjawab mereka. Aku bukan kejam. Aku masih ada timbangrasa. Setiap kali ada kesempatan apa aku cuba buat adalah libatkan anak seberapa kerap.
Sambil buat kerja rumah bersama sambil aku titipkan nasihat kenapa pentingnya tahu buat kerja rumah. Entah esok lusa aku dipanggil Tuhan jadi anak aku dah ada kemahiran untuk meneruskan kehidupan. Tak tahu apa bahagian dia, dengan siapa dia akan hidup jadi aku nak anak-anak aku bersiap sedia.

Trend Ibu Menjadi Hamba

Berlainan pula dengan layanan anak yang dah besar dan bekeluarga. Perasan tak trend ibu menjadi hamba? Jadi hamba tapi secara senyap-senyap. Dalam diam anak ambil kesempatan. Selalu jadi bila ibu yang semakin berusia diperguna anak untuk menjaga anak-anak mereka.

Sepatutnya di penghujung usia, ibu dah sepatutnya cuci tangan dalam bab mendidik tapi anak-anak sewenangnya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak terhadap ibu masing-masing. Atas alasan lebih percayakan nenek menjaga cucu sendiri. Jarang sangat nenek nak tolak pelawaan jaga cucu sebab nenek sunyi.

Kasihan kan? Kadang kita tak sengaja. Kita fikir, bila ibu menjaga cucu adalah perkara biasa. Mungkin lepas ni boleh difikirkan semula. Beri peluang ibu berehat dan tumpukan masa beribadah kepada Tuhan di hujung usia. Biar ibu buat apa yang ibu tak sempat buat kerana besarkan kita. 

Tanda-Tanda Anak Sudah Mula Menjadi Raja
Anak yang buat semua keputusan. Gagal berkata Tidak kepada permintaan anak-anak.Over Protective atau terlalu melindungi anak-anak.Terlalu percayakan anak. Anak dapat semua apa yang dinginkan. Pantang dengar anak menangis pasti anak dapat apa yang dia mahu. Telefon pintar menjadi peneman anak setiap masa.







Kesimpulan

Tolonglah hargai dan sayangi ibu bapa selagi ada peluang. Banyak orang dekat luar sana yang sanggup buat apa sahaja untuk kembalikan ibu bapa mereka yang leih awal menghadap Pencipta. Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Layanlah dia seperti permaisuri kerana ibu memang layak sebab pengorbanan yang dibuat membesarkan kita memang tidak terkira.

Hari ni kita berlaku zalim pada ibu kita, ingatlah satu masa nanti bila kita berada di tempat ibu kita kelak baru kita faham. Setiap tindakan akan ada balasanya. Peringatan ini juga untuk diri aku yang kadang-kadang lupa nak hargai ibu sendiri. Sibuk dengan dunia. Berjumpa lagi di lain entri. Salam sayang dari aku untuk korang.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/02/betul-ke-wujud-ibu-melahirkan-tuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Seorang Ibu Melahirkan Secara Caesar Di Tengah Ancaman Virus Corona

Kisah Seorang Ibu Melahirkan Secara Caesar Di Tengah Ancaman Virus Corona

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 258 hits
Senyumperawat com Seorang wanita Tionghoa yang diduga menderita coronavirus dengan aman melahirkan bayi laki laki di The post appeared first on
7 Kado Manis Berfaedah Untuk Ibu Habis Melahirkan Bunda Senang Bayi Tentu Ikut Riang

7 Kado Manis Berfaedah Untuk Ibu Habis Melahirkan Bunda Senang Bayi Tentu Ikut Riang

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 384 hits
Yang kasih kado untuk si bayi pasti udah banyak Tapi untuk sang mama pasti masih jarang kan Tag teman kamu yang butuh ini sekarang
Polis Sahkan Terima Laporan Ibu Bapa Bawa Keluar Anak Hidap Simptom Koronavirus Dari Wad

Polis Sahkan Terima Laporan Ibu Bapa Bawa Keluar Anak Hidap Simptom Koronavirus Dari Wad

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 539 hits
Bapa kanak kanak itu berdegil tidak mahu kuarantin anak dan meninggalkan hospital tersebut Ekoran daripada tularnya laporan polis mengenai seorang kanak kanak lelaki warga China berusia dua tahun yang dibawa keluar dari sebuah hospital di J...
Ibu Bapa Warga China Tak Benar Anak Dikuarantin

Ibu Bapa Warga China Tak Benar Anak Dikuarantin

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 315 hits
JOHOR BAHRU Seorang kanak kanak berusia dua tahun yang juga suspek coronavirus telah dibawa keluar ibu bapanya daripada dikuarantinkan di Hospital Sultanah Aminah di sini semalam Tindakan yang mewujudkan kebimbangan di kalangan masyarakat i...
M Taufik Sebut Juni 2020 Status Jakarta Jadi Ibu Kota Bakal Tamat

M Taufik Sebut Juni 2020 Status Jakarta Jadi Ibu Kota Bakal Tamat

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 237 hits
Dia mengingatkan harus jelas bagaimana nasib Jakarta ke depan Taufik meminta semua partai tidak hanya Gerindra untuk membicarakan nasib Jakarta Apakah bakal menjadi daerah khusus ekonomi dan perdagangan
Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Ingin Berjaya

Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Ingin Berjaya

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 488 hits
Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Kita Berjaya Rupanya belum habis isu tentang anak perempuan kena bertanggung jawab pada ibu sekali pun tak bekerja kita patut tahu bahagiakan hati orang tua Itulah yang cuba disampa...
M Taufik Sebut Juni 2024 Status Jakarta Jadi Ibu Kota Bakal Tamat

M Taufik Sebut Juni 2024 Status Jakarta Jadi Ibu Kota Bakal Tamat

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 201 hits
Dia mengingatkan harus jelas bagaimana nasib Jakarta ke depan Taufik meminta semua partai tidak hanya Gerindra untuk membicarakan nasib Jakarta Apakah bakal menjadi daerah khusus ekonomi dan perdagangan
5 Cara Mudah Bagi Ibu Hamil Untuk Hilangkan Masalah Morning Sickness

5 Cara Mudah Bagi Ibu Hamil Untuk Hilangkan Masalah Morning Sickness

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 296 hits
Hal ini biasanya muncul pada ibu hamil karena sejumlah perubahan pada tubuh termasuk hormon meningkatnya indera penciuman serta sistem pencernaan yang lebih sensitif Sejumlah hal ini bisa membuatmu merasa mual selama kehamilan
10 Ilustrasi Ini Gambarkan Beda Perlakuan Ibu Dan Nenek Saat Hadapi Anak Anak Bikin Kangen Nenek

10 Ilustrasi Ini Gambarkan Beda Perlakuan Ibu Dan Nenek Saat Hadapi Anak Anak Bikin Kangen Nenek

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 263 hits
Di hadapan nenek kita sebagai cucu ibarat raja atau ratu yang bakal dilayani dengan spesial Di hadapan ibu beda cerita
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids