Betapa Cepat Masa Terbang


times square
lagi banyak aku dengar lagu, lagi banyak benda yang otak aku cuba korek. entahla. kenapa entah. ada benda yang nak hilang dari aku ke? banyak sisa kenangan tiba - tiba muncul. iza yang dah hilang berapa tahun tiba - tiba muncul. iza yang pernah aku kenal 2008 sampai 2009 di smk seri tanjong, kawan sekelas. 2010 dia pindah sekolah sebelah, mungkin atas sebab kitorang ni semua kawan tak guna tak boleh bimbing dia. hahaha. 
bulan lepas dia tegur aku dekat facebook. sebelum tu pernah jumpa dia lepak dekat mid valley 2016/2017 macam tu. tak ada gambar, sebab dia haramkan aku ambil gambar dengan dia. dia nak jadi silent dari dunia kot. mungkin dulu aku paling dekat dengan dia. 
sebab iza, aku terus teringat akid. sebab aku baru je cerita pasal akid dekat orang yang baru aku kenal. akid pun baru je view status aku dekat instagram. terus aku dm dia tanya, dah taknak kawan dengan aku ke? sebab last aku jumpa dia, masa dia perform teater sekuntum mawar merah. itu last, 2018 bulan september. bermakna dah setahun! 

2011 Vokasional Shah Alam

aku dah cuba korek gambar aku dekat segenap media sosial. dekat seluruh cakera yang aku ada dan ini je aku jumpa. gambar sekolah langsung tak jumpa. aku rasa dah hilang. sumpah aku rasa menyesal setiap kali aku tengok gallery facebook aku yang lopong. ni punca gara - gara cikgu yang suruh padam gambar sebab kan sihir. hmm. tak ada kenangan lagi. nasib baik ada dua tiga gambar aku print. ada lah juga simpan. jadi entri ini adalah entri aku mengenang tentang kau. incase aku meninggal atau lupa ingatan, sekurangnya aku ada tinggalkan kenangan dan sedikit cerita tentang perjalanan kita

aku kenal kau 2011 di vokasional. kau kata kau pindah sekolah sebab nak mulakan hidup baru. so ya. hahaha. perjalanan kita bermula dari situ. kita kongsi banyak benda. apa yang kita suka buat, apa yang kita suka baca, total sama. apa yang aku minat, kau pun minat. kau tak pernah kisah susah dengan aku. 

zaman sekolah adalah zaman paling annoying. blog aku dan kisah kau menyebabkan kita wanted. keluar masuk bilik disiplin. cikgu jeling. hahahaha. mungkin punca semua tu datang dari aku, aku minta maaf akid. sebab kan blog aku, kau terseret sama. masa ni budak outsider boleh kira dengan jari. semua budak jeling - jeling kita bila lalu sebelah. yelah, diorang monopoli sekolah. 
kita ni macam anak tiri je masa tu. aku rasa semua cikgu meng - anak angkat kan budak asrama. penulisan aku tak dapat tempat duduk dalam majalah sekolah. padahal setiap tahun, siapa je rajin hantar penyertaan, tapi tetap aku punya kena potong. percayalah, aku ada secebis dendam dekat sekolah tu. dendam yang aku sekadar simpan tak akan memakan sesiapa pun. 
untuk cikgu yang bagi aku peluang 'hidup' dalam sekolah tu, terima kasih. 
masa ni kau ulang alik naik bas rapid. kadang - kadang bapak kau hantar. kadang - kadang aku yang hantar kau dekat ktm. kadang - kadang aku ikut sekali kau naik bas kita pusing satu shah alam, mereput dalam bas sampai tertidur - tidur. sebabkan hari jumaat kau malas solat, kau cepat - cepat lari nak balik. setiap kali tu lah, cikgu tahan balik lambat beberapa minit. tau - tau bas dah lalu. kena tunggu sejam. alih - alih cikgu panggil suruh kau masuk. kadang kau buat hati keras buat bodoh. hahahah

sumpah hodoh muka aku!aku lupa, aku mana boleh buat duck face. sebab dia jadi dog. hahahhahaha. masa ni zaman aku pakai nokia c3 dengan samsung s3 mini. sebab tu gambar taknak barai lagi. sebabkan dua telefon tu, ada juga la kenangan gambar kan akid. 
lepastu bila dah habis sekolah, aku dengan cyra rajin datang rumah kau dekat subang jaya. hujan - hujan pun photoshoot. sebab masa tu, kau pakai samsung. gambar boleh tahan lawa. jadi telefon kau jadi mangsa untuk jadi 'dslr'. kebetulan masa tu, kau pun rajin edit video dan gambar. 

Habis Sekolah
aku sangka, habis sekolah kau akan tinggalkan aku macam tinggalkan sekolah. ternyata tak. kau masih ada dengan aku. aku rajin datang subang jenguk kau. kita jalan kaki redah panas dengan lintas jalan besar untuk pergi sunway pyramid. itulah tempat yang selalu kita jumpa kan akid. kadang - kadang duduk dekat chatime beli air harga rm7, lepak sampai petang. ada banyak cerita nak kongsi. tak pernah habis. 
memang sunway tu jadi saksi kita kan akid. aku tak tahu, kenapa harini kesedihan dan kenangan aku obvious sangat. ada yang sedang cuba ganggu fikiran aku weyh. 
sebab kau ada banyak masa lapang, kau rajin temankan aku pergi sana pergi sini. ada masa kau nak kan hijau, jadi kita habiskan masa dekat taman botani negara shah alam. ada banyak pokok warna hijau. paling aku ingat, sebab kan kau beriya nak buat video kita. sampai jatuh basikal masa kau nak record aku naik basikal. video tu mana tah. hahaha, aku kira tu aib. jadi aku tak cari. ada lah tu dekat mana - mana terselit. semoga tak hilang dalam simpanan. 

lepas kau habis sekolah, aku tak ingat apa jadi. tapi 2013 aku masuk uitm 1 sem. aku rasa lepas beberapa bulan atau tahun depannya kau pulak masuk uitm course yang kau paling suka. aku tak ingat course apa. tapi berkaitan seni. mungkin bawah fakulti filem, teater. dari sekolah aku nampak kau punya potensi boleh pergi jauh. 
kau suka edit video. lepastu kau ada kamera untuk record. lepastu tak ada laptop pula. macam - macam lah jadi. 
lepastu kau cakap kau suka teater. sampai ke sudah kau tak pernah menjerumuskan diri dalam teater. asyik kau je yang tarik orang untuk jatuh cinta dengan teater. bila entah kau yang duduk atas pentas. 
2015: Radikal Pesta Buku dan Seni
masa tu aku nak pergi event radikal dekat petaling jaya tak silap. sumpah tak ingat tahun berapa. yeayy aku jumpa poster event tu dekat blog: radikal pesta buku dan seni. aku suka benda macam ni tapi bukan semua orang boleh terima. datang dari jauh semata - mata nak tengok pesta buku, ni semua buang masa - kata orang sekeliling aku. kau je yang boleh layan apa aku nak, apa aku suka. 


waktu petang dekat event tu, hujan. lama gila kita lepak dekat texas chicken nak tunggu hujan berhenti. balik dari event tu, kita lepak dekat times square/ sunway. aku pun tak ingat dah. jarang orang nak realisasikan apa aku nak. orang selalu demand tentang siapa yang nak duduk sebelah dia, ternyata bukan aku. kau lain akid. 


Rumah Api, Save Pekan Ampangmasa ni aku nak sangat jejak rumah api. aku nak tahu apa ada dalam tu. katanya pekan ampang akan dirobohkan. masa ni ada event solidariti. aku ajak akid pergi. akid okayyy nak teman aku. kita lepak sini sampai malam kan akid. lepastu kau bawa aku makan dekat kedai femes di pj. aku lupa nama dia. 

tempat - tempat yang aku nak pergi, selalu annoying! hahhaha. aku tahu, aku pelik. tapi dah suka nak buat macammana kan? 

aku rasa, sejak 2015/6 aku dah jarang jumpa kau. sebab kau dah mula sibuk dengan kerja kau. kau jarang lepak. adalah kau lepak, tapi dengan kawan kerja. 

Konsert Simple Plan KL 20162016masa ni aku menang contest konsert simple plan. sumpah aku tak ada kawan nak bawak, sebab aku ada dua tiket. aku contact kau. kau sudi teman aku. terima kasih akid. 

kita have fun dekat konsert tu sampai suara aku hilang habis. aku jerit - jerit lepas stress

 Cyra Kahwin
nasib baik masa cyra kawin, kau datang. masa ni memang aku dah lama sangat - sangat tak jumpa kau. aku rasa nak peluk kau weyh. aku lupa, kau laki. hahahahha. semua orang tahu macammana akrabnya kita. aku jadi akward bila bertahun - tahun tak jumpa kau, tiba - tiba kau ada depan aku. aku kelu. aku jadi malu nak borak. sampai tak tahu nak borak apa. 
tapi sebab ada kawan - kawan kelas yang lain, semua nya jadi tak ada apa - apa pun. aku dan kau berbual macam biasa. sekejap sangat kita jumpa. bukan aku sorang yang nak tahu perkembangan kau. semua orang berebut nak berbual dengan kau. ahahha, takkan aku nak jeles pulak. 
2018: Teater Sekuntum Mawar Merah
dari hari terakhir aku jumpa kau, sehinggalah wujud teater sekuntum mawar merah. itukali kali pertama aku jumpa kau semula selepas sekian lama 'kita hilang'. aku cuma tengok kau perform dan aku balik. kita tak ada berbual apa - apa langsung. entahlah kid. hahhaa. 
aku rasa aku ni tak normal. aku selalu sedih kan benda yang tak patut sedih. aku rasa aku tak nak jadi besar. makin aku dewasa, makin aku hilang semua

tuhan tak tahu ke aku ni sunyi! 
buat akid, entri ini adalah entri kenangan. aku harap gambar kat sini takkan pernah hilang sampai bila - bila dan melekat terus. aku harap, kau juga sama. tak kan hilang terbang, macammana kenangan terbang tinggalkan aku dan kita. terima kasih juga sebab kau sudi pinjamkan jiwa waktu aku tak ada apa - apa. 
terima kasih, sebab kau sudi untuk wujud dalam hidup aku selama beberapa tahun. aku harap hari terakhir aku dekat sini, kau masih lagi kawan aku yang paling dekat :) emosinya aku tulis entri ni :'( 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2019/11/betapa-cepat-masa-terbang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarhus Sunnah Hisab Allah Itu Begitu Cepat Sekadar Masa Tidur Qailulah

Syarhus Sunnah Hisab Allah Itu Begitu Cepat Sekadar Masa Tidur Qailulah

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 473 hits
Hisab Allah itu berapa lama Ternyata begitu cepat Inilah yang disebutkan dalam bahasan Syarhus Sunnah Imam Al Muzani rahimahullah Posting ditampilkan lebih awal di
Hampir Give Up Masa Ayah Meninggal Dunia Gadis Ini Akhirnya Berjaya Capai Ijazah Kelas Pertama

Hampir Give Up Masa Ayah Meninggal Dunia Gadis Ini Akhirnya Berjaya Capai Ijazah Kelas Pertama

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 352 hits
Dalam kesibukan para graduan berkongsi detik bahagia bersama keluarga tercinta wanita ini berkongsi kehilangan orang tersayang Setiap manusia di muka bumi ini akan menerima ujian hidupnya Tuhan Maha Adil apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Parfum Pria Terbaik Dan Terlaris Sepanjang Masa

Parfum Pria Terbaik Dan Terlaris Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 304 hits
Parfum memegang peran cukup penting dalam kehidupan masyarakat modern sehingga tak sedikit produk parfum yang bermunculan Namun ada beberapa parfum Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Jokowi Masa Pacul Dan Cangkul Impor Impar Impor Senangnya Kita Setoplah

Jokowi Masa Pacul Dan Cangkul Impor Impar Impor Senangnya Kita Setoplah

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 168 hits
Mantan Gubernur DKI Jakarta itu mengakui bahwa harga barang barang impor ada yang lebih murah Namun apabila pemerintah masih terus menerus impor ruang untuk menciptakan lapangan kerja akan hilang
Ambillah Seberapa Banyak Masa Dengan Anak Anak Di Waktu Mereka Masih Perlukan Kita Tataplah Wajahnya

Ambillah Seberapa Banyak Masa Dengan Anak Anak Di Waktu Mereka Masih Perlukan Kita Tataplah Wajahnya

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 328 hits
Peranan seorang ayah sebagai ketua keluarga sangat penting Jika ayah mengambil berat apa yang berlaku setiap hari dirumah pasti keluarga tersebut menjadi sebuah keluarga yang harmoni Penglibatan ayah dalam mendidik dan menjaga anak anak jug...
Tips Mudah Menghitung Masa Subur Wanita Dengan Siklus Haid Normal

Tips Mudah Menghitung Masa Subur Wanita Dengan Siklus Haid Normal

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 377 hits
Apabila Anda yang saat ini sedang menantikan buah hati pasti akan sangat ingin mengetahui kapan waktu yang tepat Anda dalam masa subur Terlebih bagi Anda yang memiliki masa haid yang teratur akan sangat mudah bagi Anda untuk mengetahui kapa...
Daftar Menteri Untuk Masa Jabatan 2019 2024

Daftar Menteri Untuk Masa Jabatan 2019 2024

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 351 hits
Indonesia memiliki 34 Kementerian dengan 4 diantaranya Kementerian Koordinator Untuk masa jabatan tahun 2019 2024 Presiden Joko Widodo dan Wakil Presiden KH Ma ruf Amin nama kabinet yang dipakai adalah Kabinet Indonesia Maju Dan daftar peja...
Chevron Siap Bantu Pertamina Dalam Masa Transisi Peralihan Blok Rokan

Chevron Siap Bantu Pertamina Dalam Masa Transisi Peralihan Blok Rokan

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 198 hits
Senior Vice President Policy and Government and Public Affairs Chevron Wahyu Budiarto mengatakan Chevron dan Pertamina telah melakukan komitmen kerjasama untuk masa transisi peralihan operator Blok Rokan ke Pertamina
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities