Best Betul Pakai Maybelline Fit Me Fresh Tint Spf 50 Vitamin C Makeup Ringan Dan Nampak Natural


MAYBELLINE Fit Me, foundation popular yang ramai guna. Pertama kali saya guna foundation MAYBELLINE Fit Me terus in love sangat dengan kemasan matte nya. Bukan hanya itu, fully coverage menutup segala cela parut jerawat pada muka. 
baca juga : Maybelline Fit Me! Matte + Poreless Liquid Foundation Betul-Betul Fit Me!

Blend elok dengan kulit muka. Masa tu memang terlajak laris. Pula tu banyak pilihan kod yang ada ikut kesesuaian berjenis-jenis tona warna kulit. Lepas tu cuba juga Superstay 24H Full Coverage Foundation, tapi hanya cuba 1 botol je sebab lepas tu PKP. Tak keluar dan tak makeup. tahu-tahu expired dah!
Terbaru, MAYBELLINE Fit Me hadir dengan Fresh Tint SPF 50 + Vitamin C pula. Baru tak baru sangatlah. Saya beli pun dah lama sebenarnya, tahun lepas kot. Baru sekarang nak review. Pek pun dah lama penuh dengan cacat cela. Haihh..bukan kerja lambat sangat kan.

Hadir dalam botol platik petak yang comel. Pek yang saya suka sangat. Jimat ruang dalam beg dan senang bawa masa travel. 


Bukan jenis pump, tapi jenis picit dengan muncung yang tirus. Senang juga jenis macam ni, boleh kawal liquid yang keluar. Pastikan sebelum picit keluar tu goncang dulu botolnya. Biar sekata keluarnya.



Saya guna kod 05 untuk jenis warna kulit Fair dengan Medium Yellow Undertone. Tesktur dia ringan dan mudah blend. 


Selepas blend pada kulit, nampak sekata je.  Warna kulit pun tak jauh beza. Nampak natural dan sangat ringan macam tak make up. Itu yang saya suka tu. Sapu nipis-nipis cover sikit-sikit pun okay dah. Apa yang bestnya lagi, selepas sapuan fresh tint kulit akan nampak lebih cerah disebabkan oleh kandungan vitamin C
Masih nampak natural kan. Nampaklah cerah sikit

Kesimpulannya, saya suka pakai Fit Me Fresh Tint ni. Tak suka makeup tebal sebenarnya. Walaupun Fit Me Fresh Tint tak cover segala cacat cela pada muka, its okay janji ringan dan tak menebal pada kulit muka. 
Pakai dalam waktu yang lama pun tak ada masalah. Malah, pakai dalam jangka masa yang lama pun dia elok terletak tanpa bercapuk bila berpeluh dan masih nampak cerah gitu. Dah pakai Fit Me Fresh Tint, tak perlu dah pakai foundation dan tak perlukan sunscreen juga sebab ada SPF50. Bagus kan? 
Lepas pakai mosturiser pakai Fit Me Fresh Tint terus. Cepat bersiap kalau nak keluar rumah tu. Tapi kalau nak betul-betul makeup untuk event nikah, bersanding atau dinner tu, kenalah pakai foundation lebih sesuai lah.

Jenis kulit muka tak banyak masalah, makeup guna Fit Me Fresh Tint ni pun dah okay rasanya. Nak tahu perbezaan antara Fit Me Fresh Tint vs Fit Me Foundation, boleh rujuk dalam gambar di bawah

sumber : Maybelline
Fit Me foundation sebelum ni saya pakai kod 230 tu. Sepatutnya saya beli kod 06 untuk Fit Me Fresh Tint. Tapi masa tu ada keluar 5 kod je tak silap. Jadi saya pilih kod 05 lah lebih kurang. Harga murah daripada foundation.

Saya rasa sesuailah untuk saya yang jenis jarang keluar rumah dan suka makeup ringan. Kalau beli foundation besar tu entah bila nak habis. Silap-silap sampai expired pun tak habis guna lagi. 

Fit Me Fresh Tint ni dermatologist tested, selamat digunakan. Saya beli di Watsons. Boleh dapatkan di drugstore yang lain juga seperti Guardian. Boleh juga survey harga antara dua tu, kalau nak beli lagi murah lah

Saya pernah juga cuba beberapa produk lokal tapi tetap serasi dengan Maybelline Fit Me juga. Kalau dah jodoh tak kemana. Suka juga beli produk makeup jenama Maybelline ni. Jarang tak bagus

Antara produk MAYBELLINE yang saya pernah cuba Eyeliner hyper sharp power blackEraser dark circleSuperstay Matte Ink Un-NudesMaybelline lip polishBeberapa bulan lepas ada juga beli Tattoo Liner 48H Liquid Eyeliner dan Tattoo Brow Ink Pen 36H Pigment Pencil yang viral di TikTok. Tapi tulah, malas betul nak makeup dan review. Dulu rajin makeup dan review. 
Sekarang? Hmmm..malas! Faktor usia mungkin. Lebih suka muka togel, keluar pakai Fit Me Fresh Tint pun rasa yakin dah. Nak buat kening tak pernah nak pandai. Lagi-lagi jenis kening bersepah ni. Aduhaiii..lebih rela tak payah buat kening.  Elok siap kejap, alih-alih tak jadi keluar disebabkan kening je!. Kann...

Kalau rajin baru review, kalau tak ada tu maksudnya kena rasuk dengan hantu malas lah tu. Hiks~


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/07/best-betul-pakai-maybelline-fit-me.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ladang Farm Fresh Upm Serdang Memang Best Place Nak Bawa Famili Dan Anak Anak Berjalan

Ladang Farm Fresh Upm Serdang Memang Best Place Nak Bawa Famili Dan Anak Anak Berjalan

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 251 hits
Assalamualaikum Planning kami nak nak lawat ladang lembu Farm Fresh Milk Malaysia nie memang sebenarnya sejak tahun lepas lagi Mula mula kami satu famili nak berbuka puasa kat sini tapi memanjang full booking je Ladang Farm Fresh UPM Serdan...
Over Mengalahkan Retis Pakai Skirt Pendek Amp Dada Terdedah Aiman Tino Dikritik Tak Pandai Bimbing Isteri

Over Mengalahkan Retis Pakai Skirt Pendek Amp Dada Terdedah Aiman Tino Dikritik Tak Pandai Bimbing Isteri

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 562 hits
Penyanyi dan pelakon Aiman Tino menjadi mangsa kecaman warga maya gara gara satu foto bersama isteri Syarah Haifa telah dimuat naik ke dalam Instagram miliknya Dalam hantaran tersebut isteri Aiman itu dilihat bergaya terlalu seksi ketika me...
Buasir Otak Tv Sebab Apa Pakai Spek Hitam Waktu Malam Be Like

Buasir Otak Tv Sebab Apa Pakai Spek Hitam Waktu Malam Be Like

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 273 hits
Setiap kali orang tanya sebab apa pakai spek hitam waktu malam ft Azri Walter versi animasi Jom tonton animasi ini
6 Cara Aman Pakai Baju Putih Biar Awet Tahunan Putihnya Dipakai Ngampus Atau Jalan Pd Saja

6 Cara Aman Pakai Baju Putih Biar Awet Tahunan Putihnya Dipakai Ngampus Atau Jalan Pd Saja

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 351 hits
Baju putihmu menguning di bagian ketiak Atau masih aja pakai pemutih saat mencucinya Helooo kamu kemana aja
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri