Berturut Turut Kematian Dalam Keluarga
BERTURUT-TURUT KEMATIAN DALAM KELUARGA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. AWAL PAGI gelap sangat. Mungkin sisa suasana hujan di malam hari. Allahu. Sejuk. Nyaman sangat-sangat. Sungguh. Bangkit awal. Siap-siap tunggu azan subuh. Macam biasa. Selesai salam pertama bertalu-talu whatsapp masuk dalan chat group. Hati mula rasa tak sedap. Biasanya gitulah. Lagi bila tahu ada saudara mara yang memang sedang sakit. Dengar bunyi telefon ke.. whatsApp ke.. tak kiralah, mesti terus laju degup jantung.
Selesai salam. Selesai doa. Terus capai telefon dulu. Nah, betul. Allahuakbar. Longlai lutut. BEZA 10 HARI. Seminngu lebih yang lepas, adik ipar babah meninggal. Isteri adik babah. Biras mama. Malam tadi biras babah. Suami kepada maklong PC. Maklong ni kakak mama, pula yang meninggal. Setelah beberapa hari berada dihospital. Lama juga mengalami masalah oksigen yang tidak stabil.
Bila meninggal di hospital kalau tak ada masalah, insyaAllah segera pengurusannya. Alhamdulillah. Betul. Urusan pengebumiannya hari ini cepat. Awal pagi jenazah telah selamat disemadikan. MasyaAllah. Syukur sangat-sangat. PC terlambat. Bila sampai kubur semua dah siap. Tapi indahnya bila berada di tanah perkuburan ni setelah semua orang balik, akan ada satu rasa. Rasa yang diri sendiri je boleh rasa tapi susah nak jelaskan. Allahu.
Keluarga PC, baik belah babah atau belah mama. Sedang berada dalam situasi yang kurang stabil. Emosi. Mulai 2022. Sehinggalah hari ini. Kami saling mendoakan. Minta Allah swt sentiasa kuatkan semangat satu sama lain sama-sama dan masing-masing. Masing-masing tahu hakikat yang hidup berhujung mati. Setiap yang hidup pasti berpenghujung kematian. Namun naluri manusiawi, rasa sedih yang mendalam sukar diketepikan. Sukar dibuang. Sungguh!. Rasa sedih ditinggalkan itu tetap dan sentiasa ada!. Bezanya keterlaluan atau tidak.. itu sahaja.
Semua yang telah kembali ke pangkuan Ilahi, telah selesai tanggungjawab di dunia. Meneruskan satu kehidupan baharu. Fasa seterusnya hingga nanti berkumpul dan bertemu di mahsyar kelak. Semoga paklong tenang di sana. Dikumpulkan dalam kumpulan para solihin. Mendapat rahmatNya. Allahumaamiin.
NOTA PC : belajar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2023/09/berturut-turut-kematian-dalam-keluarga.html