Bertaubatlah Sesiapa Samakan Allah Dengan Makhluk 6 Perbuatan Syirik Manusia Kerap Lakukan



Bertaubatlah Sesiapa Samakan Allah Dengan Makhluk! 6 Perbuatan Syirik Manusia Kerap Lakukan
BARU-baru ini, tular di media sosial seorang pengasas produk makanan terkenal mengeluarkan kenyataan bahawa Tuhan itu tidak dapat dilihat dan halus, maka individu tersebut menyimpulkan bahawa tuhan itu makhluk halus.
Meskipun sudah memohon maaf atas keterlanjurannya itu, namun individu tersebut berdepan dengan pelbagai kecaman dan kritikan daripada pengguna media sosial yang kecewa dengan kenyataan dikeluarkan.
Mengulas mengenai isu itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan kenyataan yang dinyatakan oleh individu tersebut amatlah berat.
Malah tegas Zulkifli, perbuatan itu boleh menjejaskan akidahnya serta menjebakkan dirinya ke lembah kesyirikan, apatah lagi sekiranya perbuatan tersebut dilakukan dengan sengaja
Zulkifli berkata, perbuatan syirik merupakan dosa yang amat besar disisi Allah SWT.
Firman Allah: (Maksudnya): “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

Meskipun sudah meminta maaf, usahawan ini teruk dikecam netizen atas keterlanjuran katanya.
Malah katanya, Allah tidak akan mengampun dosa sesiapa yang bertemu denganNya dalam keadaan melakukan syirik kepadaNya.
“Walaupun begitu, Allah SWT mengampunkan dosa orang musyrik apabila dia sempat bertaubat kepada Allah SWT sebelum dia meninggal dunia dan bertemu denganNya dalam keadaan yang beriman.
“Perbuatan yang zahirnya menunjukkan bahawa seseorang itu mensyirikkan Allah SWT itu merupakan perbuatan yang berdosa.
“Walaubagaimanapun ia tidak mengeluarkan seseorang itu daripada Islam secara pasti, kerana masih terdapat keraguan padanya sama ada dia melakukannya dalam keadaan jahil, tidak sedar dan tidak beriktikad seperti yang disangka,” katanya.
Zulkifli yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, Imam al-Sanusi dalam kitabnya al-Muqaddimat membahagikan syirik kepada enam jenis:
1. Syirik istiqlal: Menetapkan adanya dua tuhan atau lebih yang berlainan seperti akidah Majusi seperti Hormazd dan Yazdan (Ahura Mazdan dan Aingra Mainyu)
2. Syirik tab’id: Menyatukan Tuhan daripada beberapa oknum seperti akidah Triniti agama Kristian.
3. Syirik taqrib: Beribadah kepada sesuatu selain daripada Allah SWT dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia seperti menyembah malaikat, bulan, bintang, matahari dan lain-lain.
4. Syirik taqlid: Beribadah kepada Allah kerana mengikut orang lain sebagaimana yang disebutkan dalam Surah al-Zukhruf ayat 23.
5. Syirik asbab: Menyandarkan satu kesan terhadap sebab tertentu yang bersifat adat seperti berpegang bahawa manusia kenyang kerana makan, dan bukan Allah SWT yang mengenyangkannya. Ini seperti syiriknya ahli falsafah dan naturalis.
6. Syirik aghrad: Beramal kerana selain daripada Allah SWT untuk mendapat pujian dan sanjungan manusia iaitu riyak.

Sebaik-baik pendosa, adalah mereka yang bertaubat kepada Allah SWT. Bagi syirik istiqlal, tab’id, taqrib dan taqlid kata Zulkifli, seseorang itu dikira kufur secara ijmak. Bagi syirik aghrad, ia dikira maksiat dan tidak kufur secara ijmak.
Manakala bagi syirik asbab, ia memerlukan perincian. Jika ia disandarkan kepada sebab tertentu semata-mata, maka dia dikira kufur secara ijmak.
“Jika dia meyakini bahawa ia memberi kesan melalui daya yang dijadikan oleh Allah kepada makhluk, dia dikira fasiq dan ahli bid’ah,” jelasnya.
Allah sebagai al-Khaliq Sementara itu, Zulkifli menjelaskan Al-Khaliq berasal dari perkataan khalaqa, yang bermaksud mengukur, mencipta, membentuk atau memperhalus.
Al-Khaliq juga merupakan kata nama fa’il kepada perkataan khalaqa yang menjadikannya kata seimbangnya khaliq yang membawa maksud “menciptakan sesuatu yang baru”, “menciptakan daripada tidak ada”, “menciptakan tanpa satu contoh terlebih dahulu” atau “menciptakan sesuatu yang baru daripada sesuatu yang telah ada.”
Menurut al-Qamus al-Muhit, “Al-Khaliq” merupakan sifat bagi Allah SWT yang bermaksud, mengadakan sesuatu, ataupun menciptakan sesuatu tanpa ada contoh daripada yang sebelum ini, serta yang menjadikan sesuatu daripada tiada”.
Menyatakan Tuhan itu makhluk yang dicipta atau adanya sesuatu yang lain yang mencipta Allah SWT adalah bercanggah dengan sifat al-Khaliq (Pencipta) yang ada pada Allah SWT. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu.
Firman Allah SWT lagi: (Maksudnya): “Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
“Sekiranya individu yang menyebut kenyataan bahawa “Tuhan itu makhluk halus” dengan niat untuk menyamakan Allah SWT dengan makhluk, hendaklah dia segera bertaubat kepada Allah SWT.
“Sesungguhnya Allah SWT merupakan (Maha Pencipta) yang menciptakan segala yang ada di alam ini. Manakala semua selain Allah adalah makhluk yang Allah sendiri menciptakannya. Maha Suci Allah dari disifatkan sebagai “makhluk halus”,” ujarnya.
Tambahnya, Allah itu wujud tanpa menyamai sesuatu pun di alam ini sama ada jisim ataupun sifat jisim.
“Jisim pula terbahagi kepada dua, iaitu jisim kathif dan jisim latif. Jisim Kathif pula adalah jisim yang dapat dilihat seperti manusia, binatang, bulan, batu dan lain-lain manakala jisim latif adalah jisim yang halus dan tidak dapat dilihat dan dirasai dengan tangan seperti cahaya, elektrik, roh, malaikat, jin dan seumpamanya.
“Sesungguhnya Allah SWT adalah Maha Pencipta yang menciptakan segala yang ada di alam ini manakala semua selain Allah adalah makhluk yang Allah sendiri menciptakannya. Maha Suci Allah dari disifatkan sebagai ‘makhluk halus’,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Zulkifli turut menasihati kepada semua yang ingin menyampaikan sebarang perkongsian yang melibatkan agama atau yang melibatkan kesucian Allah SWT, hendaklah berhati-hati dengan setiap patah kata yang disebutkan serta merujuk kepada mereka yang lebih arif dalam urusan ini.
“Namun sekiranya perkataan tersebut tidak disengajakan, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Sebagai manusia, sudah pasti akan ada salah silap dalam tindak tanduk dan tutur kata.
“Inilah hakikat dan lumrah seorang manusia yang penuh dengan kekurangan, kelemahan, dan ketidaksempurnaan. Ingatlah bahawa sebaik-baik pendosa, adalah mereka yang bertaubat kepada Allah SWT,” katanya.
Bertaubatlah Sesiapa Samakan Allah Dengan Makhluk! 6 Perbuatan Syirik Manusia Kerap Lakukan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Lagu ciptaan Faizal dirakam semula bintang pop China Jebat JD, pegawai polis disiasat dedah maklumat tangkapan Long Tiger Banjir serentak mulai Jumaat ini dijangka di Pantai Timur Shahidan sindir yang minta i-Citra tak turun pun bantu Rider Terbang Dilanggar Honda CR-V (Video) Lelaki dikecam susahkan pengusung keranda (Video) Curi RM25 juta: Pegawai kanan SPRM ditahan di penjara Hugo Maradona meninggal dunia setahun selepas Diego Jual kereta terpakai dengan harga RM1 Isteri Atu Zero Geram Servis AirAsia Teruk? Suri rumah dicabul dekat parkir kereta Tamarind Square Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan

The post Bertaubatlah Sesiapa Samakan Allah Dengan Makhluk! 6 Perbuatan Syirik Manusia Kerap Lakukan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/12/29/bertaubatlah-sesiapa-samakan-allah-dengan-makhluk-6-perbuatan-syirik-manusia-kerap-lakukan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadits Arbain Nawawi 23 Hakikat Perbuatan Manusia

Hadits Arbain Nawawi 23 Hakikat Perbuatan Manusia

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 416 hits
Sungguh beruntung menjadi seorang muslim Semua ibadahnya memiliki keutamaan Bahkan seluruh perbuatan baiknya mendatangkan pahala Hadits Arbain Nawawi 23 menjelaskan hakikat perbuatan manusia tersebut Arbain Nawawi adalah kitab Imam An Nawaw...
Aku Harap Anwar Tak Perlu Ziarah Lah Kot Sebab Manusia Ni Tak Tahu Nak Hargai Persahabatan Dan Tak Kenal Kawan

Aku Harap Anwar Tak Perlu Ziarah Lah Kot Sebab Manusia Ni Tak Tahu Nak Hargai Persahabatan Dan Tak Kenal Kawan

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 201 hits
Tun Mahathir dimasukkan ke IJNOleh MALAYSIA DATELINE December 17 2021Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dimasukkan ke Institut Jantung Negara bagi tujuan pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan pemantauan lanjut Dalam satu kenyataan...
Rosyam Nor Pegang Watak Ketua Kartel Perdagangan Manusia Dalam Filem G Storm

Rosyam Nor Pegang Watak Ketua Kartel Perdagangan Manusia Dalam Filem G Storm

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 811 hits
Bukan sahaja gah di persada seni Malaysia pelakon filem dan juga merangkap penerbit drama tempatan Rosyam Nor bakal hadir dengan filem Hong Kong pertamanya G Storm G Storm merupakan sebuah filem yang berada dalam francais Storm yang sebelum...
10 Sebab Bayi Kerap Menangis Yang Mungkin Ibu Ibu Tak Tahu

10 Sebab Bayi Kerap Menangis Yang Mungkin Ibu Ibu Tak Tahu

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 215 hits
10 Sebab Bayi Kerap Menangis Yang Mungkin Ibu Ibu Tak Tahu nak nak kepada ibu muda yang tidak mempunyai pengalaman dalam menjaga anak kecil Dah hampir 7 tahun jugaklah kisah kerap berjaga malam sediakan susu dan anak menangis tengah malam P...
Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk

Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 206 hits
Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk Ini Penjelasan Pakar Dengan cuaca yang panas panas rembang di negara kita ini paling best kalau boleh minum air sejuk Hilang rasa haus dan terus rasa badan segar Bila lihat ramai yang sukakan dan mi...
Kawalan Ke Atas Manusia Sudah Bermula Step By Step

Kawalan Ke Atas Manusia Sudah Bermula Step By Step

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 225 hits
Teori ini pernah didedahkan kini ke arah ITU Ia bermula dengan tujuan murni untuk KESIHATAN Besok kau undi siapa pun aku tahu
Rosaknya Alam Akibat Manusia Dan Tiadanya Tanggungjawab Serta Perancangan Yang Jitu

Rosaknya Alam Akibat Manusia Dan Tiadanya Tanggungjawab Serta Perancangan Yang Jitu

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 240 hits
Asalamualaikum Penulisan Pagi Banjir kali ini meliputi terlalu banyak tempat kawasan bandaraya kawasan berbukit kawasan kampung dan tempat tempat yang biasa menerima banjir setiap tahun Di selangor kali ini banjir berlaku sungguh mengerunka...
Makhluk Asing Mungkin Mendiami Awan Planet Zuhrah Saintis

Makhluk Asing Mungkin Mendiami Awan Planet Zuhrah Saintis

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 218 hits
Oleh KOSMO LONDON Sekumpulan saintis percaya bahawa penghasilan gas ammonia di awan Planet Zuhrah berkemungkinan memberi petunjuk bahawa terdapat kehidupan luar biasa yang mendiami planet itu lapor akhbar Daily Star semalam Gas tidak berwar...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep