Bersihkan Dengan Kerap Mainan Yang Basah Dengan Air Liur Baru Anak Tak Mudah Sakit


Anak kecil terutamanya bayi sering memasukkan jari atau alat permainan ke dalam mulut. Jika alat permainan dan permukaan tempat si kecil bermain tidak bersih, bakteria dan virus pasti mudah berpindah kepada bayi.
Perkara ini sering diambil ringan oleh para ibu bapa. Alat permainan yang kotor boleh meningkatkan risiko jangkitan bakteria dan virus pada kanak-kanak.
Membersihkan alat permainan seharusnya dijadikan rutin kepada para ibu bapa sama seperti membasuh kereta mahupun mop lantai rumah.

Berapa Kerap Anda Perlu Membersihkan Alat Permainan Si Kecil?
– Ia terpulang kepada ibu bapa berapa kerap alat permainan itu hendak dibasuh. Anda tidak perlu menyusahkan diri membersihkannya setiap hari. Namun, adalah baik jika alat permainan anak anda dibersihkan pada masa yang tertentu seperti;
– Apabila alat permainan kelihatan kotor (contoh: makanan tumpah pada alat permainan, atau dibawa main keluar rumah)
– Anak anda baru sembuh daripada sebarang jangkitan seperti selsema atau cirit birit. Dikhuatiri alat permainannya masih dicemari dengan bakteria/virus yang menyebabkan anak anda sakit
– Kanak-kanak lain memasukkan alat permainan anak anda ke dalam mulut mereka
– Setiap hujung minggu/bulan
Kaedah Membasuh Alat Permainan
Alat permainan keras (diperbuat daripada plastik)
Kaedah 1
–    Gosok alat permainan dengan berus dan air sabun
–    Bilas dengan air bersih
–    Keringkan dan lap dengan wet wipe tissue
Kaedah 2
–    Gosok alat permainan dengan berus dan air sabun
–    Rendam di dalam *air yang dicampur peluntur selama 10-20 minit
–    Bilas dengan air bersih dan keringkan
Alat permainan yang mempunyai bateri/diperbuat daripada kayu atau besi/permainan bersaiz besar
–    Lap permukaan luar menggunakan span sabun
–    Kemudian lap menggunakan kain lembap yang telah direndam *air yang dicampur peluntur dan keringkan
*Cara mudah sediakan air campuran peluntur:
Campurkan 1 sudu (15 ml) peluntur untuk setiap 1 liter air.
Peluntur yang telah dicampurkan air pada jumlah yang betul adalah selamat untuk digunakan sebagai cecair pembersih alat permainan. Klorin pada peluntur akan tersejat dengan cepat semasa dikeringkan.

Alat permainan lembut/kapas/kain
Sebilangan alat permainan boleh sahaja dibasuh menggunakan mesin basuh.
Sekiranya ia tidak sesuai dibasuh menggunakan mesin, rendam dengan air sabun, bilas dan keringkan di bawah cahaya matahari.
Permainan yang sukar dibersihkan atau terlalu kotor eloklah dibuang sahaja untuk mengelak pembiakan kuman.
Membiasakan si kecil mempunyai bantal atau selimut busuk juga sebaiknya tidak perlu diamalkan. Ini kerana, kotoran bakteria akan berkumpul pada bantal dan selimut dan ia sebenarnya boleh mengundang jangkitan. Untuk anak yang mempunyai bantal/selimut busuk, basuhlah sekali-sekala terutamanya apabila ia kelihatan kotor.

Tip Lain Menjaga Kebersihan Alat Permainan
Simpan permainan di dalam bekas tertutup yang bersih setiap kali selepas main
Sebaiknya, setiap anak mempunyai permainan sendiri. Kurangkan berkongsi permainan terutamanya patung mainan fabrik
Permainan yang tidak boleh dibasuh seperti plastisin perlu diganti apabila ia sudah lama digunakan kerana bakteria pasti sudah berkumpul di dalamnya
Kotak pasir perlu diganti secara berkala dan ditutup jika tidak digunakan untuk mengelakkan haiwan liar mengotorkan pasir tersebut
Sekiranya ada permainan yang kelihatan kotor, jangan campurkan bersama permainan bersih. Asingkan ia sebelum dibasuh
Jadikan aktiviti membersihkan alat permainan sebagai salah satu rutin kerja rumah. Ibu bapa perlu bijak dan prihatin terhadap kesihatan anak-anak. Kesihatan keluarga bermula daripada persekitan rumah yang bersih.
Sumber: zuriat.my
The post Bersihkan Dengan Kerap Mainan Yang Basah Dengan Air Liur. Baru Anak Tak Mudah Sakit! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bersihkan-dengan-kerap-mainan-yang-basah-dengan-air-liur-baru-anak-tak-mudah-sakit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Si Kecil Sentiasa Nak Mainan Dan Baju Baru Salah Satu Tanda Dia Anak Manja

Si Kecil Sentiasa Nak Mainan Dan Baju Baru Salah Satu Tanda Dia Anak Manja

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 395 hits
Anak meraung menjerit dan bergolek sakan di mall gara gara permintaannya untuk membeli mainan baru tidak dipenuhi pernahkah anda melihat situasi tersebut atau melaluinya sendiri Adakah itu dinamakan anak manja Sayangkan anak Tiada ibu mahup...
Inilah 7 Kebaikan Rendam Kaki Dalam Air Garam Untuk Wanita Yang Kerap Sakit

Inilah 7 Kebaikan Rendam Kaki Dalam Air Garam Untuk Wanita Yang Kerap Sakit

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 908 hits
Inilah 7 Kebaikan Rendam Kaki Dalam Bancuhan Garam Untuk Wanita Yang Kerap Sakit Terbukti merendamkan kaki dalam air panas dicampurkan dengan sedikit garam selain dapat membuat kita menjadi lebih tenang dan ianya juga boleh membersihkan kum...
Kerap Bagi Air Kotak Jajan Doktor Dedahkan Punca Jabatan Pesakit Luar Dipenuhi Kanak Kanak Sakit

Kerap Bagi Air Kotak Jajan Doktor Dedahkan Punca Jabatan Pesakit Luar Dipenuhi Kanak Kanak Sakit

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 539 hits
Anak akan kerap sakit kalau mereka banyak mengambil makanan seperti keropok mi segera air kotak dan junk food Ini kerana kanak kanak akan kehilangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan Makanan seperti ini tidak memberikan sebar...
Kalau Anak Suka Main Air Bagi Dia Masa Mandi Bagus Untuk Perkembangan Tumbesaran Anak

Kalau Anak Suka Main Air Bagi Dia Masa Mandi Bagus Untuk Perkembangan Tumbesaran Anak

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 417 hits
Mandi sememangnya rutin wajib yang dilakukan oleh semua orang termasuk anak kecil Di sebalik fungsinya untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran rutin mandi sebenarnya memainkan peranan penting terhadap perkembangan tumbesaran anak ...
Mana Mak Tiada Sorg Pun Anak Menoleh Bila Mak Ajak Mkn Pada Suapan Terakhir Setitik Air Mata Mak Jatuh Ke Pinggan

Mana Mak Tiada Sorg Pun Anak Menoleh Bila Mak Ajak Mkn Pada Suapan Terakhir Setitik Air Mata Mak Jatuh Ke Pinggan

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 833 hits
Foto sekadar hiasan Jam 6 30 petang Mak berdiri di depan pintu Wajah Mak kelihatan resah Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama Ayah baru balik dari sawah Ayah tanya Mak Along mana Mak jawab Ada di dapur tolong siapkan makan Ayah t...
Master Pasto Spaghetti Segera Kini Perkenalkan Pek Baru Yang Lebih Mudah Dan Fleksibel

Master Pasto Spaghetti Segera Kini Perkenalkan Pek Baru Yang Lebih Mudah Dan Fleksibel

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 787 hits
Assalamualaikum Hi Semua Master Pasto Spaghetti Segera Kini Perkenalkan Pek Baru Yang Lebih Mudah Dan FleksibelSebelum ini Nadhie ada kongsikan tentang spaghetti segera jenama Master Pasto yang mudah dipanaskan dan dimakan begitu sahaja Bol...
Petua Mudah Bagi Mereka Yang Sering Sakit Kepala Atau Sakit Telinga

Petua Mudah Bagi Mereka Yang Sering Sakit Kepala Atau Sakit Telinga

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 502 hits
Petua Mudah Bagi Mereka Yang Sering Sakit Kepala Atau Sakit Telinga Kita semua pernah rasa sakit telinga yang sungguh tak menyenangkan tapi tahukah kekawan semua yg kita boleh kurangkan rasa sakit tu hanya dengan bawang putih dan jugak bole...
Ini Kerajaan Retorik Guna Air Liur Sahaja Jangan Terlalu Berharap Mic

Ini Kerajaan Retorik Guna Air Liur Sahaja Jangan Terlalu Berharap Mic

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 326 hits
KUALA LUMPUR Jelas sekali apabila bab bercakap retorik kerajaan Pakatan Harapan memang menonjol Bagaimanapun apabila tiba masa untuk melaksanakan apa yang telah dijanjikan seperti yang terkandung dalam manifesto mereka juga antara yang pali...
Pelukan Diiringi Dengan Ciuman Di Dahi Buat Anak Tersentuh Hati Mudah Dengar Kata

Pelukan Diiringi Dengan Ciuman Di Dahi Buat Anak Tersentuh Hati Mudah Dengar Kata

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 440 hits
Kuasa pelukan ibu tiada tandingannya Sekeras keras hati anak bila selalu dipeluk dan dibelai oleh ibu pasti akan lembut hatinya Bukan setakat itu saja kasih sayang yang diberikan ubat paling berkesan untuk pastikan perilaku anak sentiasa ba...
Terculik Sana Tertukar Sini

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Menara Kl Masih Milik Kerajaan

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day