Bersediakah Kita Menghadapai Cabaran Baru
Bismillah.
Fuhhh... Bisul di betis saya sudah semakin susut dan saya dapat berjalan seperti biasa. Nampaknya doktor beri saya dua jenis antibiotik berbentuk kapsul untuk di habiskan dan kini ia hanya tinggal beberapa butir sahaja lagi
Memang menyeksakan bila kita di timpa penyakit dari satu ke satu yang lain, dari sembuh yang tu, datang yang lain pula bergilir-gilir. Agaknya kalau Tuhan berikan saya all in one dalam satu masa mungkin saya langsung tak dapat bangun. Syukur... Harapan saya ini adalah penyakit terakhir saya kerana banyak kerja yang saya perlu buat bagi merialisasikan impian tahun 2014 ni
Banyak perubahan dalam dunia perniagaan terutama dalam bisnes online. Strategi yang biasa kita gunakan semakin hari semakin kurang relevan untuk sesetengah produk. Bayangkan saya yang bermula tahun 2007, menimba ilmu dan teknik yang banyak untuk diaplikasikan, kata orang dah overload dah, tapi lihat perubahan yang berlaku kepada teknologi sekarang. Kita terpaksa ikut
Dulu orang tak kisah pakai telefon rumah. Kemudian tak lama sudah hampir semua rumah ada telefon. Kemudian penggunaan kelui atau pager tapi tak lama. Muncul pula penggunaan telefon bimbit atau hand-phone yang menggantikan sama sekali pengguaan telefon rumah. Yang terawal dulu sebesar botol minuman pelajar sekolah. Tak lama lepas tu orang sudah mula ramai pakai handphone dan kini pelajar sekolah pun dah ada telefon bimbit masing-masing yang canggih
Saya dulu menyangkakan kegunaan utama telefon bimbit hanyalah untuk memberi mesej dan bercakap dengan orang jauh. Tapi teknologi juga memaksa kita untuk menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu untuk kemudahan kita hari ini. Kalau tidak pasti kita akan ketinggalan
Ini semua berkait dengan bisnes. Dulu ada rakan yang hanya gunakan forum online, blog, website dan menumpang laman jualan orang lain untuk menghasilkan jualan. Tapi style dan trend masa kini telah membuatkan sesetengah perniagaan dari laman yang dinyatakan di atas tidak dapat menghasilkan pendapatan yang memuaskan kalau tidak kena cara, strategi pasaran dan tekniknya
Beberapa tahun kebelakangan hingga ke hari saya menulis entri ini, facebook adalah ruang bukan sahaja untuk mencari kenalan dan bersosial tetapi sangat bagus untuk perniagaan. Jika kita tak ambil peluang ini sekarang, di masa akan datang adakah kita masih yakin perniagaan menggunakan facebook akan relevan untuk kita di masa akan datang
Jadi rebut peluang yang ada sekarang dan bersedia dengan cabaran untuk strategi perniagaan masa akan datang. Kita mendahului kita akan lebih berjaya
Ok lah.. Saya harap saya dapat menulis lebih kerap seperti sebelum ni. Untuk kali ni saya perlu berhenti seketika untuk meneruskan penulisan saya yang lain..
Adios.
Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan'MEKANIK BISNES INTERNET'.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hairizal.com/2014/02/bersediakah-kita-menghadapai-cabaran.html