Bermalam Di Hotel Legend Inn Taiping


Bermalam di Hotel Legend Inn Taiping.  Minggu lepas ada macam-macam aktiviti berjalan.  Dah lama akak tak diminta menghadiri training luar kawasan tiba-tiba nama naik pulak.  Yang bestnya macam tau-tau saja akak nak ke Taiping. Terus laju-laju setuju untuk hadir.  Oleh kerana en hubby pun tak ada  aktiviti yang perlu diselesaikan, akak ajaklah sekali temankan akak bermalam di Taiping.  
Kali ni bawa Amira juga sekali memandangkan dia dah habis asasi dan sedang menunggu penempatan di IPTA.  Pilihan penginapan kali ini ialah di Hotel Legeng Inn, Taiping.  Dah lama sebenarnya plan nak cuba bermalam di sini, baru kali ni tercapai.  
Hotel ini terletak di tengah pekan Taiping, bersebelahan dengan masjid dan berdekatan dengan Medan Selera Larut Matang.  Jadinya untuk mencari makan memang tidak sukar.  Boleh jalan kaki sahaja.
Hotel lama jadinya korang tak bolehlah high expectation.  Tapi akak tengok ramai juga yang menginap di sini. Selesa untuk bermalam merehatkan badan.

Akak ambil bilik biasa dengan 2 katil single.  Buat tempahan di Booking.com sehari sebelum sampai.  Mungkin di tengah minggu, harga pun hanya  RM97 semalam, plus tax semua jadi RM117 sahaja. Biliknya luas yer.   Bilik ni tak sound proof sangat so korang still boleh dengar lah bunyi luar.  Masa kami dalam bilik adalah juga dengan bunyi ketuk-ketuk daripada bilik sebelah tapi kami abaikan sahaja, anggaplah bilik sebelah memang ada orang yang menghuni.  

Orang perempuan ni, benda pertama yang dicari sebaik sahaja masuk bilik hotel ada iron dan iron board.  Bila nampak tegantung dalam almari..baru senyum panjang. Walaupun dah jadi kebiasaan akan bawa pakaian yang tidak perlu iron, tapi  masih lagi sakan pastikan 2 benda ni ada dalam bilik hotel


Bilik mandi biasa sahaja. Masih menggunakan tirai untuk asingkan antara tempat mandi dan sinki.  Okay lah simple, sesuai dengan usia hotel ini sendiri


Ada tv, meja kerja dan meja bersiap yang ada cermin besar di hadapannya.  Kami dapat bilik yang mengadap sekolah.  Oh ya! Bersebelahan dengan hotel ini juga adalah sebuah sekolah menengah convent.  Jadinya kalau kami selak tirai, nampaklah anak-anak yang sedang belajar di dalam kelas.  

Hadapan hotel di waktu malam.  Pekan Taiping ni malam tidaklah sesibuk mana, suasana pun sunyi awal.  Parking hotel ini agak banyak juga. Kalau nak yang free gunakan petak yang line kuning.  Kalau dah penuh, boleh je parking mana-mana petak berbayar.  Nak bayar parking samada korang beli kupon atau nak mudah download saya app Park@Perak.  Parking berbayar bermula daripada jam 8 pagi sehingga 6 petang sahaja


Di sini ada pilihan sarapan tapi bayar semasa nak masuk ke dewan makan.  menu simple tapi okay lah dengan harga RM8 seorang. Ada hidangan nasi lemak, rendang ayam, maggi goreng, mee goreng, roti bakar, moi serta salad dan buah-buahan.  Ada air manis panas dan sejuk.  Pilihan akak pagi tu adalah nasi lemak dengan rendang ayam. Tak pasti samada setiap pagi menu yang sama ataupun tukar-tukar.  Dek kerana nak ke tempat training, akak terus bayar untuk sarapan di hotel sahaja.  Kalau korang bercuti, bolehlah santai-santai cari makan di luar



Suasana pagi depan hotel.  Pemandangan memang cantik mengadap Bukit Maxwell atau Bukit Larut.   Pada akak, kalau korang bercadang untuk datang bercuti di Taiping, hotel ini bolehlah masuk dalam senarai pilihan. Selesai makan semua, jom ke tempat training.  En hubby dan amira lepas hantar akak, teruskan explore Taiping di waktu pagi sebelum check out

Jom datang Taiping sempena Tahun Melawat Perak 2024





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2024/07/bermalam-di-hotel-legend-inn-taiping.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemenkumham Buka Suara Soal Pegawai Diduga Pesta Sabu Bareng Wanita Di Hotel

Kemenkumham Buka Suara Soal Pegawai Diduga Pesta Sabu Bareng Wanita Di Hotel

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 147 hits
Beredar sebuah video yang memperlihatkan seorang pria diduga pegawai Kemenkumham tengah berpesta sabu dengan seorang perempuan di sebuah kamar mandi hotel
Four Points By Sheraton Hotel In Kubu Raya

Four Points By Sheraton Hotel In Kubu Raya

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 145 hits
BloggerBorneo com Looking at a building that is nearing the final construction process in the roundabout area in front of GAIA Mall Kubu Raya you can see and know that it is a hotel Still remember a few months ago in 2023 groundbreaking was...
Suami Serah Diri Di Balai Polis Selepas Tamatkan Riwayat Isteri Dalam Bilik Hotel

Suami Serah Diri Di Balai Polis Selepas Tamatkan Riwayat Isteri Dalam Bilik Hotel

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 147 hits
Seorang suami serah diri di balai polis selepas membunuh isterinya di dalam bilik sebuah hotel terletak di Jalan Pejabat Pos batu Gajah hari ini Menurut laporan lelaki berkenaan hadir ke kaunter aduan Balai Polis Batu Gajah kira kira pada j...
Pelakon Legend Buat Comeback Drama Thriller Di Viu Buat Ramai Teruja

Pelakon Legend Buat Comeback Drama Thriller Di Viu Buat Ramai Teruja

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 174 hits
Masyarakat Malaysia ni kalau nak tengok satu satu drama atau filem tu mestilah nak tahu sama ada ianya berbaloi untuk ditonton ataupun tidak Mana tidaknya kalau cerita tu tak best dah buang masa kita pergi menonton Lagi lagi kalau cerita th...
Penuh Haru 300 Jemaah Safari Wukuf Kembali Bergabung Dengan Kloter Di Hotel Mekkah

Penuh Haru 300 Jemaah Safari Wukuf Kembali Bergabung Dengan Kloter Di Hotel Mekkah

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 147 hits
Sebanyak 300 jemaah haji yang mengikuti safari wukuf lansia dan disabilitas nonmandiri telah kembali bergabung dengan kloternya di Mekkah
Staycation Di Moxy Putrajaya Hotel

Staycation Di Moxy Putrajaya Hotel

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 199 hits
Hi Korang Seriously setelah penat bekerja berminggu minggu tanpa cuti dan rehat yang secukupnya kak lily dan kengkawan pun mencheck in kan diri di Moxy Putrajaya Hotel Kalau korang nak tau yang MOXY Putrajaya Hotel ini terletak betul betul ...
Pengalaman Menginap Di Artwork Hotel Ipoh Untuk 2 Hari 1 Malam

Pengalaman Menginap Di Artwork Hotel Ipoh Untuk 2 Hari 1 Malam

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 258 hits
Assalamualaikum Rajin sangat ke Ipoh nie kenapa yer Ada tak yang bertanya macam tu Yelah hujung tahun lepas dah ke Ipoh siap staycation 4 hari 3 malam Awal tahun 2024 pun ke Ipoh lagi Sebenarnya kami di Ipoh disebabkan adik no 3 Fiza berkah...
Berstaycation Di Santa Grand Signature Kuala Lumpur Hotel

Berstaycation Di Santa Grand Signature Kuala Lumpur Hotel

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 269 hits
Hi Korang Hotel ini terletak secara strategik berdekatan dengan Stesen LRT Dang Wangi di sepanjang Jalan Ampang dan dalam jarak berjalan kaki ke Pusat Beli belah Suria KLCC dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Untuk info korang Santa Grand Sig...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam