Berkualiti Lagu Kerana Lirik
Assalamualaikum semua dan selamat pagi. Pada pagi ini Naim akan mengupas satu tajuk khas berkaitan kualiti lagu berdasar lirik. Kerana lagu zaman sekarang tidak sehebat pada zaman dahulu. Walhal muzik dan sistem ketika itu tak secanggih sekarang. Kerana apa lagu zaman 70-an, 80-an , 90an kekal relevan waktu sekarang asbab lirik yang sangat mendalam dan kena dengan situasi pendengar.
Manakala lagu zaman sekarang lebih 'memandang paras rupa' walhal suara tidak se gah mana tetapi dengan teknologi sekarang boleh editing suara lebih merdu. Dan menjadi masalah apabila menyanyi waktu siaran langsung. Kebanyakkan artis baharu yang menjadi masalah datang dari artis youtube atau viral. Lagu mereka mampu bertahan setahun sahaja. Selepas itu lagu-lagu mereka akan tenggelam terus. Ini Naim melihat beberapa artis youtube. Dan ada artis youtube yang bagus seperti Floor 88 yang lagu mereka yang popular Chikadun.
Jom kita kupas sedikit pasal lagu Chikadun dari kumpulan Floor 88. Lagu ini ada makna tersirat di mana, lagu ini memberi nasihat kepada generasi muda agar tidak terjebak dengan dadah. Lirik terbang ke bulan bukan pakai roket nasa ia memberi gambaran kepada yang mengambil dadah akan menjadi khayal dan tidak sedarkan diri dan bisa mudhrat orang sekelilingnya. Manakala lirik ini pula Zaman aku getah paip tali pinggang , Zaman kamu surat layang duit terbang. Ia memberi maksud generasi dahulu jika bersalah di sekolah di rotan oleh guru dan di balik ke rumah pasti di tambah dengan tali pinggang dan paip getah. Jika zaman sekarang jika kena rotan oleh guru pasti guru akan di beri saman oleh ibu bapa tersebut. Itu serba sedikit maksud lirik dari lagu Chikadun.
Itu serba sedikit dari kumpulan baharu zaman 2019/2020. Kita kembali zaman 80/90an yang lagu bergenre ROCK. Jika kita sebut ROCK mesti kita mengimbau kembali kumpulan yang ada nama besar di tanah air seperti XPDC, WINGS, BPR dan banyak lagi. Jom kita layan lagu Rock dari kumpulan XPDC yang bertajuk Titian Perjalanan.
Lihat pada komen di channel di atas ada yang masih layan lagu Rock ini kerana apa? kerana lirik lagu tersebut. Jika kita perhatikan setiap bait-bait lirik ia berkisar kehidupan seorang manusia adalah kita semua yang bernyawa. Sejauh mana perjalanan kita di atas dunia ini, kita akan kembali kepada Tuhan yang ESA.
Sebenarnya banyak lagu yang ada maksud tersirat dan tersurat di dalam lagu mereka. Akan tetapi generasi sekarang lebih suka yang mudah dan senang sahaja. Sebab itu generasi kita tidak sedar dari lena yang panjang. Musuh-musuh Islam hantar aplikasi satu ja Tiktok lebih menjurus kepada membuka keaiban seorang wanita. Harga wanita lebih tinggi harga permata akan tetapi sudah lenyap pabila terjebak dengan Tiktok.
Ibarat merelakan diri untuk di makan oleh harimau yang lapar di kandang. Mereka tidak sedar mereka telah membuka pintu-pintu fitnah kepada orang lelaki. Asbab itu generasi sekarang kena di kawal kembali dengan pengawasan ibu bapa dan di terap ajaran agama yang kuat. Agar diri tidak terbinasa dengan dosa dan noda yang kian terhakis di dalam hati manusia.
Akhir sekali, entri ini sekadar pandangan peribadi Naim. Dan Naim melihat kecelaruan dunia sekarang membinasakan generasi sekarang, Takut untuk menghadapi kelak. Itu belum Dajjal turun , jika turun Dajjal rasa mereka akan lari atau terus patut kepada Dajjal? jem kreng. Jom muahasabah diri dan semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.
Lagu ini untuk anda semua....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2021/03/berkualiti-lagu-kerana-lirik.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)