Beri Peluang Belia 18 Tahun Jadi Pengundi Dulu Sebelum Calon


Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Nak jadi pemimpin yang baik, calon mesti ada tahap ilmu yang tinggi


BANGI– Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berpendapat bahawa hak mengundi belia berumur 18 tahun perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum meletakkan mereka sebagai calon pilihan raya.
Beliau berkata, adalah lebih baik jika mereka dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sebelum menjadi calon, sekali gus merasai sendiri pengalaman berpilihan raya dan berdemokrasi.
“Lebih penting, beri mereka peluang untuk menumpukan perkara lebih utama dalam hidup seperti menyambung pengajian dan mencari pekerjaan untuk menyara kehidupan diri serta membantu keluarga,” katanya dalam artikel yang disiarkan Berita Harian, hari ini.
Katanya, untuk menjadi pemimpin yang baik, calon mesti mempunyai tahap ilmu yang tinggi dan mempunyai pengalaman mengenai kehidupan.
“Di beberapa negara, seseorang calon hanya boleh bertanding apabila mencecah usia 25 tahun dan pernah membayar cukai pendapatan.
“Ini bagi memastikan calon benar-benar bersedia, matang serta mempunyai tanggungjawab sebagai seorang warganegara,” katanya.
Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan mana-mana parti politik yang bertanding dalam PRK Tanjung Piai pada 16 November ini boleh meletakkan calon berusia 18 tahun sejajar dengan Pindaan Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan yang diwartakan pada 10 September lepas.
Namun, Azhar berkata, pengundi berusia 18 tahun tidak boleh mengundi dalam PRK berkenaan kerana pelaksanaannya masih belum dikuatkuasakan.

Mengulas lanjut, Mohd Izani yang juga pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) menegaskan, walaupun had umur calon telah diturunkan kepada 18 tahun, ia bukan bermakna parti politik perlu memilih seramai mungkin calon muda serta-merta, semata-mata kerana pindaan Perlembagaan.
“Sehingga kini, tidak ada sebuah parti politik pun mengeluarkan kenyataan dan memberikan jaminan akan meletakkan calon berusia 18 tahun. Malah baru-baru ini, ada pemimpin sebuah parti politik memberi sindiran bahawa memilih wakil rakyat bukan memilih pengerusi kelab.
“Sudah tentu parti politik mengutamakan calon yang mempunyai pengalaman dan kematangan hidup untuk menjadi wakil rakyat secara berkesan. Tahap pendidikan yang tinggi, iaitu sekurang-kurangnya ijazah pertama perlu dimiliki mana-mana calon untuk memimpin masyarakat yang semakin terpelajar dan kritikal,” katanya.
Justeru, beliau berpandangan bahawa jika rakyat mahu melihat calon berusia 18 tahun, ia perlu berlaku secara organik dan tidak melalui tekanan. 
“Pilihan raya bukan sekadar memilih wakil rakyat yang diberi elaun, tetapi pemimpin dan suri teladan yang boleh dijadikan contoh serta ikutan masyarakat,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/beri-peluang-belia-18-tahun-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elizabeth Tan Rancang Kahwin Tahun Depan Tapi Tiada Calon

Elizabeth Tan Rancang Kahwin Tahun Depan Tapi Tiada Calon

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 526 hits
Nak Kahwin 2020 Tapi Tiada Calon Lagi Elizabeth Tan Rancang Kahwin 20 2 2020Penyanyi dan pelakon jelita Elizabeth Tan mengakui dia merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada 20 Februari 2020 iaitu tarikh yang dianggap cukup cantik bagi...
Spr Nafi Dakwaan Pilihan Raya Negeri Di Perak Nasihatkan Media Rujuk Dulu Sebelum Sebar Berita

Spr Nafi Dakwaan Pilihan Raya Negeri Di Perak Nasihatkan Media Rujuk Dulu Sebelum Sebar Berita

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 324 hits
Berita yang tular di media sosial mengenai dakwaan Pilihan Raya Negeri akan diadakan di negeri Perak tidak lama lagi adalah tidak benar Terkini satu kenyataan media dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia tentang penafian dakwaan...
22 Perkara Yang Patut Anda Fikirkan Dulu Sebelum Berhenti Kerja Untuk Buat Bisnes Sepenuh Masa

22 Perkara Yang Patut Anda Fikirkan Dulu Sebelum Berhenti Kerja Untuk Buat Bisnes Sepenuh Masa

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 378 hits
Ramai antara kita sebenarnya bercita cita mahu bekerja sendiri Sepertinya sekarang juga mahu berhenti kerja dan buat bisnes sepenuh masa Kita
Kalau Tiga Tahun Lagi Calon Pkr Tak Merasalah Jadi Pm

Kalau Tiga Tahun Lagi Calon Pkr Tak Merasalah Jadi Pm

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 273 hits
Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR Kalau sekarang campur lagi 3 tahun dah masuk PRU 15 lah Tak merasa lah calon PKR jadi PM kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Reaksi itu diberikan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu dialog di New ...
Macam Tak Yakin Dengan Calon Jer Kena Tunggu Ph Dulu Umum

Macam Tak Yakin Dengan Calon Jer Kena Tunggu Ph Dulu Umum

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 190 hits
Pendapat mengenai prestasi MCA pada pilihan raya kecil sebelum ini bakal menjadi penentu kepada Barisan Nasional sama ada mengekalkan calon parti komponen itu pada PRK Tanjung Piai atau digantikan dengan UMNO Setiausaha Agung UMNO Tan Sri A...
Sebelum Tidur Suami Isteri Kena 0 0 Dulu Baru Terang Nur Menerangi Rumah Tangga

Sebelum Tidur Suami Isteri Kena 0 0 Dulu Baru Terang Nur Menerangi Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 626 hits
Berselisih pendapat dalam perkahwinan adalah normal Setiap pasangan pasti pernah bermasam muka kerana masalah masalah yang melanda Pun begitu sangat penting untuk suami isteri saling bermaafan dan melupakan perkara itu supaya rumah tangga k...
2 Hadiah Tahun 2020 Khas Kepada Pengundi Ph Rafizi Help Berikan Formula Pada Guan Eng

2 Hadiah Tahun 2020 Khas Kepada Pengundi Ph Rafizi Help Berikan Formula Pada Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 429 hits
Selain ekonomi yang semakin merosot ada dua lagi hadiah PRU menanti Raykat pada 1hb Januari 2020 1 Hadiah petrol naik selepas diapungkan 2 Cukai digital 6 ke atas pembelian dalam talian Tarif air naik itu juga dijadualkan untuk tahun depan ...
Meski Punya Calon Sendiri Pks Solo Buka Peluang Usung Gibran Di Pilkada 2020

Meski Punya Calon Sendiri Pks Solo Buka Peluang Usung Gibran Di Pilkada 2020

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 260 hits
Peluang Gibran Rakabuming Raka untuk ikut meramaikan Pilkada Solo 2020 mendatang masih terbuka Setelah Partai Golkar membuka kesempatan kini giliran Partai Keadilan Sejahtera yang memberikan peluang untuk putra sulung Presiden Joko Widodo t...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign