Bereh Boh Kelah Mung


“LOGHAT Ganu (Terengganu) doh sebati dalam kehidupan saya, malah lebih selesa berbahasa Melayu loghat Ganu dalam urusan seharian,” kata Angellyn Tan Pei Ching, ketika ditemui di Kedai Bunga Sayang miliknya di Dataran Austin, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.
Video TikTok Angellyn, 32, memaparkan dia bercakap loghat Ganu menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari lalu sehingga mendapat 52,000 tontonan dan 7,800 tanda suka selain menerima banyak pujian daripada warganet.
Angellyn berkata, dia menggunakan bahasa Melayu loghat Terengganu sejak berusia lima tahun ketika membantu bapanya berniaga barangan alat ganti kenderaan.
“Saya sudah bergaul dengan orang Melayu sejak kecil dan faktor itu menyebabkan saya fasih berbahasa Melayu.
“Zaman persekolahan dan matrikulasi pun banyak membantu saya menguasai Bahasa Melayu sehingga tidak kekok bertutur menggunakan bahasa itu dan memperolehi A1 bagi subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Bukan sahaja boleh berbahasa Melayu loghat Ganu, malah saya menggemari makanan orang Terengganu termasuk budu dan tempoyak,” katanya.
Menurutnya, dia terkilan dengan sikap segelintir orang Melayu yang masih berasa malu dan kurang berkeyakinan untuk menggunakan loghat Terengganu ketika bertutur dalam urusan seharian.
Katanya, mereka sepatutnya bangga dengan loghat sendiri, biarpun mungkin ia agak kasar didengari, namun keunikan lenggok dan cara sebutan itu tiada pada loghat negeri lain.
“Walaupun berbangsa Cina, tetapi saya bangga boleh berbahasa loghat Ganu, orang sekeliling lebih tertarik dengan saya apabila saya bertutur menggunakan loghat Ganu berbanding bahasa baku.
“Saya mempunyai 15 pekerja dan semuanya Melayu iaitu penduduk setempat, sekali gus terdorong menggunakan loghat Ganu dalam urusan seharian.
“Antara perkataan loghat Ganu yang paling saya suka guna dalam urusan seharian ialah, celok molek, bereh boh dan kelah mung,” katanya.
Bercerita mengenai video TikTok dirakam itu, Angellyn berkata, ia dirakam sekadar hiburan di samping memperkenalkan keunikan loghat Terengganu kepada warganet.
Katanya, dia tidak menjangka video berdurasi 46 saat itu menjadi tular dan perhatian warganet termasuk ramai memuji kefasihannya bertutur loghat Ganu.
HM
The post ‘Bereh boh…kelah mung…’ appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/08/bereh-boh-kelah-mung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masuk Percuma Ke Boh Sungai Palas Tea Centre Cameron Highlands

Masuk Percuma Ke Boh Sungai Palas Tea Centre Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 905 hits
Selama beberapa kali melancong ke Cameron Highlands hanya satu lokasi ini sahaja menjadi tumpuan ramai setiap tahun Paling menarik ia adalah tempat paling cantik di kawasan ini Pengalaman kami Masuk Percuma Ke BOH Sungai Palas Tea Centre Ca...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Apa Yang Merosakkan Fungsi Tiroid Tanpa Kita Sedar

Kes Zara Qairina Polis Mcmc Tunggu Maklumat Tiktok Fahmi

Solve Your Conflict Between Yourselves Takiyuddin Tells Umno And Dap

Nasi Berainai Lauk Kari Kambing Di Jamal Salim Restorant Terkenal Di Bandar Baru Keningau

Air Kumbahan Limpahi Hospital

Ideas Beef Jerky Recipe On Pellet Smoker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Hilangkan Mulut Berbau Dengan Bahan Semulajadi

The Parc Nilai Impian

Wanita Dilanggar Pemandu Disyaki Mabuk Ketika Berjogging Meninggal Dunia Selepas 7 Hari Kritikal Di Icu

Leisure Garden Sepang Mini Zoo Yang Menyeronokkan

Resipi Bergedil Pucuk Ubi Sedap Gila Confirm Sekejap Je Licin

Bila Kita Belajar Untuk Diam