Berdoa Kepada Seseorang Dengan Meletak Tangan Di Ubun Ubun Atau Dada



Soalan:Adakah ketika berdoa untuk seseorang, tangan perlu diletakkan ke dada atau kepalanya?
Jawapan:Doa adalah satu ibadah menzahirkan keberhajatan seseorang hamba kepada Allah SWT. (Lihat al-Azkar oleh al-Nawawi, hlm. 395)
Imam al-Khattabi berkata: “Doa adalah permohonan untuk pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba kepada Tuhannya. Hakikat doa itu adalah menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di dalamnya terpateri pengagungan terhadap Allah SWT dan mengiktiraf sifat kemuliaan dan pemurah-Nya.” (Lihay Sya’n al-Dua’, hln. 4)
Ia juga diertikan sebagai memohon dengan sepenuh hati kepada Allah SWT dengan permohonan yang mengharapkan kebaikan di sisi-Nya, memohon dengan rendah diri supaya apa yang diminta itu diperkenankan dan cita-cita termakbul. (Lihat Jawami' al-Du'a min al-Qur'an wa al-Sunnah oleh Muhammad Sayyid Tantawi, hlm. 5)
Kami nyatakan bahawa, doa adalah ibadat, bahkan dianggap sebagai otak bagi ibadat. Ini berdasarkan hadis:
الدُّعَاءُ مُخُّ الْعِبَادَةِ“Doa ialah otak bagi ibadat.” [Riwayat al-Tirmidzi (3371) dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat (3324)]
Oleh kerana doa sebagai ibadah, maka kebanyakan ulama menganggap, ibadat terhenti kepada nas dalam pelaksanaannya. Inilah yang disebut oleh ulama’ usul:
الأَصْلُ فِي العِبَادَةِ التَّوَقُّف
Kaedah ini telah disebut oleh ramai ulama, antaranya Ibn Hajar dalam Fath al-Bari. Begitu juga dalam Syarh Zaid Ibn Ruslan, dalam Syarh al-Zurqani terhadap al-Muwatta', juga dalam al-Adab al-Syar'iyyah oleh Ibn Muflih dan Nail al-Autar oleh Imam al-Syaukani.
Kaedah ini dari segi makna adalah jelas bahawa tidak harus bagi sesiapa pun melaksanakan ibadah sehingga dia mengetahui bahawa Allah SWT yang mengizinkan demikian itu. Kaedah ini juga dinisbahkan kepada Imam Ahmad dan fuqaha' ahli hadis.
Melihat kepada beberapa hadis berkaitan isu ini, kami dapati terdapat beberapa nas. Antaranya:
1. Diletakkan pada ubunIni terkenal dalam doa pengantin selepas berlaku akad nikah oleh suami terhadap isterinya. Daripada Abdullah Ibn Amr R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
إِذَا أَفَادَ أَحَدُكُمُ امْرَأَةً ، أَوْ خَادِمًا ، أَوْ دَابَّةً ، فَلْيَأْخُذْ بِنَاصِيَتِهَا ، وَلْيَقُلِ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهَا ، وَخَيْرِ مَا جُبِلَتْ عَلَيْهِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا ، وَشَرِّ مَا جُبِلَتْ عَلَيْهِ.“Apabila seseorang kamu berkahwin dengan seorang perempuan atau memiliki seorang khadam atau mendapat seekor haiwan yang menjadi tunggangan, maka hendaklah kamu pegang pada ubunnya seraya berdoa: Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu kebaikan isteriku ini yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya.” [Riwayat Ibn Majah (1918) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (14211)]
Ini menunjukkan bahawa boleh tangan diletakkan pada ubun atau kepala.
2. Meletak pada dada.Ketika Rasulullah SAW melakukan tawaf di Kaabah ketika Hajjatul Wada’, seorang lelaki cuba membunuh Rasulullah SAW dengan berselindung di penjuru Kaabah, lantas Nabi SAW menegurnya dan bertanyakannya. Beliau akhirnya menjawab dalam keadaan serba salah. Kemudian Nabi SAW meletakkan tangan pada dadanya dan berdoa. Selepas peristiwa tersebut, beliau amat mencintai Rasulullah SAW.
Nama lelaki tersebut ialah Fudhalah bin Umair al-Laithi. Kisahnya terdapat dalam banyak kitab-kitab Sirah dan Tarikh. Namun kedudukannya adalah amat dha'if. Antara kitab-kitab tarikh yang boleh dirujuk adalah al-Sirah al-Nabawiyyah oleh Ibn Hisyam (5/80), Zad al-Ma'ad (3/361), al-Sirah al-Nabawiyyah oleh Ibn Kathir (3/584) al-Raudh al-Unf (4/176), al-Iktifa' bima Tadammanahu min Maghazi Rasulillah (2/190) dan sebagainya.
Justeru, kami berpendapat bahawa dibolehkan meletakkan tangan pada tempat tertentu, tetapi mestilah meraikan hukum jika antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram atau bukan suami isteri.
Kami menutup perbincangan ini dengan mengemukakan hadis Nabi SAW dan sunnahnya ketika menziarahi pesakit atau pesakit datang kepadanya dari kalangan sahabat. Antaranya Aisyah R.Anha berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَوِّذُ بَعْضَهُمْ يَمْسَحُهُ بِيَمِينِهِ أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًاAdalah Rasulullah SAW apabila menziarahi pesakit lantas dia memohon perlindungan kepada sebahagian mereka dengan menyapu dengan tangan kanannya seraya berdoa: “Hilangkanlah kesakitan wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan engkau, sembuh yang tidak membawa kepada sebarang sakit.” [Riwayat al-Bukhari (5750) dan Muslim (2191)]
Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan pendapat Ibn Battal yang berkata, meletak tangan pada pesakit adalah untuk melegakannya dan mengetahui betapa sakitnya seseorang itu untuk dia berdoa agar diberi afiat mengikut apa yang diketahuinya. Dan boleh jadi Baginda SAW meruqyah dengan tangannya dan menyapu pada tempat yang sakit dengan memberi manfaat dan kesan kepada pesakit yang boleh membawa kepada penyembuhan. (Lihat Fath al-Bari, 10/126)
Imam al-Nawawi berkata: “Adalah Rasulullah SAW apabila seseorang daripada kalangan sahabat mengadu sakit kepadanya, maka Baginda menyapunya dengan tangan kanannya seraya membaca doa seperti di atas. Justeru ia adalah sunat menyapu orang yang sakit dengan tangan kanan dan berdoa kepadanya.” (Lihat Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, 15/351)
Kami akhiri perbincangan ini dengan berdoa kepada Allah SWT:
اللَّهُمَّ اشْفِ مَرْضَانَا وَعَافِ مُبْتَلَانَا وَارْحَمْ مَوْتَانَا“Ya Allah! Sembuhlah orang sakit di kalangan kami. Afiatkanlah orang yang diuji di kalangan kami dan rahmatilah orang yang telah mati dari kalangan kami.”

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/berdoa-kepada-seseorang-dengan-meletak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Fintech Riba Jika Ada Cashback Voucher Atau Discount

Kenapa Fintech Riba Jika Ada Cashback Voucher Atau Discount

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 406 hits
APA ITU FINTECH Fintech merupakan perkembangan sistem keuangan dalam bentuk elektronik atau lebih dikenal dengan uang elektronik e money yang disediakan oleh penerbit dengan bentuk Perusahaan Non Bank Fintech adalah salah satu bentuk muamal...
Idola Bermasalah Dan Terlibat Kasus Kriminal Patutnya Kita Tetap Membela Atau Meninggalkanya Sih

Idola Bermasalah Dan Terlibat Kasus Kriminal Patutnya Kita Tetap Membela Atau Meninggalkanya Sih

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 251 hits
Mendukung atau berbalik mengecam idola yang terjerat kriminal adalah pilihan Coba deh diskusikan ini dengan kepala dingin
Keputusan Pinda Atau Mansuh Akta Hasutan Dalam Masa Terdekat Liew

Keputusan Pinda Atau Mansuh Akta Hasutan Dalam Masa Terdekat Liew

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 331 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Keputusan sama ada kerajaan Pakatan Harapan akan memansuh atau meminda Akta Hasutan 1948 akan dibuat dalam masa terdekat kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong Katanya perkara itu kini ...
Tidak Tahulah Kafir Atau Tidak Pm Sindir Kerjasama Umno Pas

Tidak Tahulah Kafir Atau Tidak Pm Sindir Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 289 hits
Diterbitkan pada 20 March 2019Oleh Abdul Rahim SabriTun Dr Mahathir Mohamad membalas pantun yang dituju kepadanya dengan sindiran merujuk kepada kerjasama Umno dan PAS Foto oleh Farhan NajibKUALA LUMPUR 20 Mac Tun Dr Mahathir Mohamad memula...
Malam Jumaat Surah Yasin Atau Al Kahfi

Malam Jumaat Surah Yasin Atau Al Kahfi

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 337 hits
1 Apa hukum membaca Yaasin Membaca surah Yasin adalah besar pahalanya kerana masuk dalam perintah yang umum olih agama anjuran membaca al Quran Dari Abi Umamah Al Bahili ra katanya Saya mendengar Rasulullah saw bersabda Bacalah kamu sekelia...
Canopy Walk Atau Titian Kanopi Di Perlis

Canopy Walk Atau Titian Kanopi Di Perlis

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 587 hits
Canopy Walk di Perlis ini hanya terletak 25minit dari bandar Kangar Terletak tidak jauh dari Gua Kelam Jika anda ingin pergi ke PadNg Besar ianya berada dalam jarak lebih kurang 10km sahaja dari FRIM ke Padang Besar Kos Lawatan Ke Canopy Wa...
Amalan Dan Bacaan Memulakan Perniagan Online Atau Kedai

Amalan Dan Bacaan Memulakan Perniagan Online Atau Kedai

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 329 hits
Apabila anda ingin membuka pintu kedai atau promosi barang jualan tidak kira secara online ataupun premis Maka baca lah Surah Al Fatihah 1x Selawat ke atas nabi 7x 11x Baca Surah An Nashr 3xApabila sampai ayat wa roaitannaa sayadkhuluna fi ...
Kaji Dan Sekat Permainan Ganas Dalam Talian Atau Sukan Elektronik Uiam

Kaji Dan Sekat Permainan Ganas Dalam Talian Atau Sukan Elektronik Uiam

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 285 hits
Pengaitan permainan video berunsurkan tembakan dan perang dilihat menjadi isu dan perbincangan pelbagai pihak semenjak berlakunya serangan pengganas di Christchurch yang dilihat seakan akan sama dalam permainan video Ketua Kluster Penyelidi...
Penyakit Ginjal Bisa Terjadi Mendadak Atau Berlangsung Cukup Lama

Penyakit Ginjal Bisa Terjadi Mendadak Atau Berlangsung Cukup Lama

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 263 hits
Kalau terjadinya mendadak disebut dengan penyakit ginjal akut namun bila kerusakannya berlangsung lebih dari 3 bulan maka itu penyakit ginjal kronik tutur Aida Lydia Dokter Spesialis Penyakit Dalam Ginjal dan Hipertensi
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap

Keutamaan Berdoa Dalam Islam

Isshhh Tak Kan La Hangpa Ni Takat Sekampit Beras Ja

Jalan Kaki Tapi Magic Sampai India Dah