Berdamailah Dengan Takdir Allah




Assalamualaikum
Setiap manusia itu ada timeline mereka tersendiri, mengejar masa dan mengejar kejayaan yang dipengaruhi oleh persekitaran kita.Setiap orang mengimpikan kejayaan dalam hidupnya dan ramai yang berjaya. Tetapi kadang kamulah insan terpilih yang di uji dengan ujian yang besar dalam hidupmu.
Bagaikan jatuh di timpa tangga,Bertalu-talu sehingga hati cukup terkesan,Sehinga mampu mengalirkan air mata,Ya ALLAH susahnya hidupku.
Kereta rosak, duit kena hilang, anak sakit, cuti tak diluluskan dan kena buang kerja.Orang yang pernah merasakannya pasti akan tahu perasaan tersebut. Bertarung hidup hanya demi sesuap nasi.
Ada yang diuji dengan pelajaran,Ada yang diuji soal jodoh,ada yang diuji dengan keruntuhan rumah tangga,ada yang diuji dengan kemiskinan,ada yang diuji dengan  kesehatan.
Sehingga mereka memberontak dan menyalahkan takdir !Bercelaru akiqah dan iktikaq hati,Menjadi ragu dan penuh kekecewaan.
Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”
Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.
Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya. 
Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. 
Persoalan kenapa? Mengapa? 
Sering menghantui jiwa.Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.
”Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. 
Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya akur kepada Pencipta senja.Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya? 
Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah.
 Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka... sabarlah. 
Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku... namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah... DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. 
Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah... Allah tidak akan mengecewakan kita!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.akupenghibur.com/2019/06/berdamailah-dengan-takdir-allah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+JomSenyumBersamaAkuPenghibur+%28Jom+Senyum+Bersama+Aku+Penghibur%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Pdrm Gugur Kalimah Allah Nabi Muhammad Pada Logo Pasukan

Punca Pdrm Gugur Kalimah Allah Nabi Muhammad Pada Logo Pasukan

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 1173 hits
Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara berkata pihaknya telah menetapkan dua garis panduan dalam penggunaan logo pasukan yang berkuatkuasa pada 2014 di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang merupakan Ketua Polis...
Ya Allah Jodohkan Aku Dengan Dia Yang Baik Menurutmu Yang Dapat Menerimaku Apa Adanya

Ya Allah Jodohkan Aku Dengan Dia Yang Baik Menurutmu Yang Dapat Menerimaku Apa Adanya

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 586 hits
Pintaku padamu ya Allah ya rab jodohkan aku dengan dia yang baik menurutmu yang dapat menyempurnakan setiap kekuranganku dan yang dapat menerimaku dan keluarga apa adanya begitu juga padanya ya rab Sesungguhnya tidak ada kisah yang paling i...
Adakah Ini Balasan Allah Swt Terhadap Bumi Israel Mereka Telah Diberi Amaran Keadaan Akan Menjadi Lebih Teruk

Adakah Ini Balasan Allah Swt Terhadap Bumi Israel Mereka Telah Diberi Amaran Keadaan Akan Menjadi Lebih Teruk

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 385 hits
Adakah Ini Balasan Allah SWT Terhadap Bumi Israel Mereka Telah Diberi Amaran Keadaan Akan Menjadi Lebih Teruk
Tidak Boleh Mendo Akan Allah

Tidak Boleh Mendo Akan Allah

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 346 hits
Tidak Boleh Mendo akan Allah Mohon dijelaskan orang yang mengaminkan imam yang berdoa di posisi dia sedang memuji Allah Seperti ketika qunut semua kalimat doa diaminkan oleh makmum Jawab Bismillah was shalatu was salamu ala Rasulillah wa ba...
Hiburan Ya Allah Satukanlah Jodoh Kami Aliff Aziz Mahu Rujuk Semula Dengan Bella Astillah

Hiburan Ya Allah Satukanlah Jodoh Kami Aliff Aziz Mahu Rujuk Semula Dengan Bella Astillah

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 610 hits
Baru baru ini penyanyi dan pelakon Aliff Aziz berkongsi luahan rindu terhadap anaknya ketika itu ramai yang meminta agar dia dan Bella Astillah berbaik semula Terbaru Aliff seakan memberikan bayangan hasrat hatimya untuk rujuk semula dengan...
Bukti Kehidupan Manusia Yang Allah Telah Ubah 360 Darjah

Bukti Kehidupan Manusia Yang Allah Telah Ubah 360 Darjah

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 395 hits
Allah tidak menyembunyikan masa lalu Umar ra Dia pernah membunuh anak perempuannya dia pernah minum arak dia pernah menyembah berhala dan dia pernah cuba untuk membunuh Rasulullah saw Allah tidak menyembunyikan masa lalu Abu Sufyan ra Dia p...
Pdrm Denies Dropping The Words Allah And Muhammad From Logo

Pdrm Denies Dropping The Words Allah And Muhammad From Logo

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 330 hits
The Royal Malaysia Police has denied allegations that it dropped the words Allah and Prophet Muhammad in its logo PDRM Corporate Communications head Asmawati Ahmad said it had set two guidelines on the use of the logo which came into effect...
Keistimewaan Wanita Yang Allah Kurniakan Rahim

Keistimewaan Wanita Yang Allah Kurniakan Rahim

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 333 hits
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan jadi kilang manusia Tiap tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang te...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir


China Musim Sejuk Di Lijiang Ancient City

Travelog Haji Sebuah Perjalanan Iman Yang Mengubah Jiwa

Gegar Vaganza 11 Liza Aziz Dinobat Pemenang Gegar Vaganza Ke 11

Muzium Negeri Selangor Muzium Sultan Alam Shah Dah Dibuka Semula

Happy168 World 25 February 2568 168 168 Top 83 By Lorenzo

Panda555 50 Pgslot Slotxo Joker Spinix Panda555 Top 84 By Verona Panda555 Vip 23 25