Bercerita Tentang Masa


 

Suatu hal yang sangat menarik untuk dibincangkan oleh saya bersama kawan-kawan semenjak dahulu ialah tentang masa. Apakah masa? Masa adalah kembar yang bersama dengan kita sejak kita dilahirkan. Malah dunia ini juga diikat dengan ukuran masa. Apabila kita lahir, tercatat di sijil lahir kita tarikh dan jam kita dilahirkan. Mulai detik tersebut kita dan masa membesar bersama. Kita melalui zaman bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, dan tua berserta pengalamannya bertemankan masa serta persekitaran. Masa kita diisi dengan perkara-perkara yang kita lalui untuk menjadikan siapa kita semalam, hari ini, dan akan datang. Masa membawa kita ke sekolah, berkawan, mengejar cita-cita, bercinta dan berkeluarga, dan menjadi tua.
Bolehkah kita mengembara merentasi masa? Bolehkah kita pergi ke masa silam atau masa hadapan misalnya. Pelbagai teori diwujudkan tentang hal ini melalui eksperimen tertentu namun ia masih berkisar tentang keadaan begitu-begitu sahaja. NASA menyatakan ia berkemungkinan boleh tetapi tidak seperti yang kita fikirkan. Albert Einstein membangkitkan teori “relativity” yang mengaitkan masa dan ruang itu selari. Kesimpulan daripada teori ini setakat ini ialah memang kita semua pengembara masa iaitu kehidupan yang sedang kita jalani sekarang inilah merupakan pengembaraan dari satu detik ke satu detik. Jika kita di Malaysia menaiki pesawat menuju ke Amerika Syarikat pada hari Isnin kita akan ‘hilang’ satu hari di mana memang betul kita tiba di sana pada hari Selasa tetapi di Malaysia tempat kita bermula sudah pun masuk hari Rabu. Ia akan berlawanan pula jika kita buat penerbangan balik ke Malaysia pada hari Rabu kita akan ‘tercepat’ satu hari apabila sampai di Kuala Lumpur pada hari Jumaat. Hari Khamis kita ‘tertinggal’ di Amerika Syarikat itu tadi. Nampaknya keajaiban ini masih di peringkat belum menghairankan kita lagi. Persoalan yang kita benar-benar mahu tahu bolehkah kita mengembara merentasi zaman?
Banyak filem cuba mengajak kita berfiksyen dengan masa. Setiap kali tema sebegini difilemkan ia tetap jadi menarik kerana banyak andaian baharu muncul menjentik imaginasi kita. Filem trilogi Back To The Future antara filem paling popular menggambarkan tentang kembara masa. Pergi ke zaman silam dan ke masa hadapan dengan menggunakan alatan sains. Filem tempatan Imaginur yang masih ditayangkan minggu ini juga membongkar misteri masa dan psikologi kita. Drama bersiri AS seperti The Time Tunnel (1966), Voyagers (1982) dan dari British pula bertajuk Dr Who (1963) sudah lama bermain dengan masa. Tema yang diangkat membuatkan sebahagian daripada kita percaya yang memang kita boleh merentasinya.
Ada juga individu atau kumpulan pernah tampil mendakwa telah mengembara ke zaman silam atau ke masa hadapan dengan mengemukakan bukti serta beberapa ramalan. Pada saya secara peribadi manusia itu kompleks dan misteri. Kadang-kadang dek kerana terlalu obses dengan sesuatu, manusia akan menjadi pelik fikiran dan tindakannya. Benar atau tidak, saya secara peribadi tidak mahu menerima ataupun menolaknya.
Sebagai penganut Islam saya didedahkan dengan peristiwa ‘kembara masa’ yang dipanggil peristiwa Israk Dan Mikraj. Peristiwa yang mencabar akal ini menuntut kita sama ada percaya penuh atau terpaksa percaya demi menjaga kepercayaan (iman). Kita takut dikatakan tidak beriman jika kita sangsi dengan hanya satu sahaja peristiwa ini walaupun mungkin kita percaya kepada beberapa peristiwa mukjizat yang lain. Pada waktu malam Rasulullah berjalan dari Masjidil Haram yang terletak di Mekah menuju ke Masjidil Aqsa di Palestin dan kemudiannya naik ke langit. Pengembaraan ini memberitahu kita bahawa langit mempunyai tingkat-tingkatnya dan Rasulullah menyaksikan berbagai peristiwa untuk pedoman kita hari ini sebelum baginda bertemu Tuhan. Pengembaraan ini hanya berlaku pada satu malam sahaja kerana esok siangnya baginda berada di rumah dan menyampaikan kisah tersebut kepada para sahabat. Ada yang bingung sukar nak percaya kecuali para sahabat yang benar-benar setia dan utuh imannya. Saya bertanya kepada diri sendiri jika saya ada pada zaman tersebut apakah saya akan percaya dengan pengakuan Rasulullah? Bolehkah Israk dan Mikraj dibuktikan dengan teori sains atau mukjizat adalah sesuatu yang memang tidak akan terjangkau dek akal logik manusia serta hukum alam? Saya bukan berkisah tentang agama dan iman tetapi saya masih dalam tajuk ‘masa’. Mungkin peristiwa Israk dan Mikraj ini membuka banyak sisi pengajian berkenaan masa baik dari segi keagamaan begitu juga saintifik.
Saya percaya untuk kita, manusia biasa seluruhnya tidak akan dapat merentasi masa yakni zaman. Sebab itulah disurahkan dalam Al Quran, surah ‘masa’ yang hanya mengandungi tiga ayat sahaja. Allah bersumpah dengan masa yang mana sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Melihat surah ini, atas pemahaman saya jelas menunjukkan kepada kita yang kita tidak mampu menembusi masa.
Apa yang sudah berlaku telah pun berlaku dan hari ini masa membaiki kesilapan masa lalu demi kesenangan pada masa hadapan. Ia bermaksud jika tidak memanfaatkan apa yang disarankan di dalam surah tersebut maka kita akan kerugian dalam hitungan masa.
Bagi saya masa akan berhenti apabila manusia itu sendiri mati. Apabila kita mati maka automatik kita sudah tidak memiliki masa lagi. Sebab itulah solat jenazah bagi si mati boleh dilakukan tanpa merujuk kepada masa dan waktu sama ada siang atau malam, selepas waktu solat fardhu atau sebelumnya. Masa dan kita sudah tamat.
Lagipun, jika benarlah kita boleh mengembara ke masa silam untuk memperbaiki keadaan sudah tentu setiap kita semua akan melakukannya. Apa akan jadi apabila semua orang mengubah masa silamnya, tidakkah haru-biru masa sekarang? Atau jika kita mampu mengembara ke masa hadapan dan mengubahnya tidakkah hari ini kita tetap juga kena berusaha untuk memastikan arah hidup kita bergerak mengikut landasan yang telah kita ubah pada masa hadapan?
Terima kasih kerana sudi meluangkan ‘masa’ membaca tulisan ini. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/03/bercerita-tentang-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tular Scene Dengan Shukri Yahaya Puteri Sarah Dedah Hanya Sekali Take Masa Shoot Ni Hari Yang Sama Fail Cerai

Tular Scene Dengan Shukri Yahaya Puteri Sarah Dedah Hanya Sekali Take Masa Shoot Ni Hari Yang Sama Fail Cerai

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 124 hits
Sebelum ini tular di laman TikTok mengenai video memaparkan satu babak dalam episod 7 drama Andai Itu Takdirnya yang dilakonkan oleh pelakon Shukri Yahaya dan Puteri Sarah Liyana Menerusi video tersebut Puteri Sarah yang memegang watak seba...
Masa Jadi Pm Darurat Hak Manusia Pun Dirampas Parlimen Pun Ditutup Bebas Bebaskan Media

Masa Jadi Pm Darurat Hak Manusia Pun Dirampas Parlimen Pun Ditutup Bebas Bebaskan Media

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 150 hits
Mahiaddin kata rakyat Malaysia akan hilang banyak kebebasan di bawah kerajaan semasa ini Menurut Mahiaddin lagi lebih ramai TikTokers akan ditahan dan kebebasan media juga akan disekat Jadi sekarang aku nak nak tahulah berapa ramai TikToker...
Masa Kecil Anak Anak Yang Sungguh Cepat Berlalu Hargai Sebelum Terlewat

Masa Kecil Anak Anak Yang Sungguh Cepat Berlalu Hargai Sebelum Terlewat

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 326 hits
MASA KECIL ANAK ANAK YANG TIDAK AKAN KEMBALI Kalau hari ni kita rasa penat letih dengan anak meragam akan datang belum tentu kita dapat rasa perkara yang sama Bila anak anak dah membesar mesti terdetik dalam hati Rasa macam sekejap jek masa...
Mudahnya Apply Paylater Solusi Keuangan Masa Kini

Mudahnya Apply Paylater Solusi Keuangan Masa Kini

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 198 hits
Blog Orang IT Siapa nih yang sering menggunakan PayLater untuk membayar kebutuhan tertentu Kamu tahu nggak kalau Traveloka juga punya fasilitas PayLater yang efektif banget buat digunakan Traveloka PayLater merupakan layanan pembiayaan yang...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever