Berapa Lama Tempoh Transfer Duit Berlainan Bank Ibg Transfer


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berapa Lama Tempoh Transfer Duit Berlainan Bank? | Sekarang ini makin ramai yang menggunakan perkhidmatan pemindahan duit daripada satu bank ke bank yang lain. Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia mempunyai akaun bank, dan dengan berkembang majunya perniagaan secara online, lagi banyaklah proses pemindahan wang di dalam bank berlaku

Perasaan sangsi sama ada wang anda sudah ditransfer atau belum pastinya wujud selepas melakukan transaksi tersebut. Begitu juga dengan si penerima wang tersebut, tertanya-tanya bilakah waktunya wang akan masuk ke dalam bank mereka. Oleh itu, artikel ini akan memberikan info kepada anda berkenaan proses transaksi pemindahan wang. ✌😎
PROSES TRANSFER DUIT
Pada waktu sekarang ini terdapat pelbagai cara dalam pemindahan wang melalui bank. Pertamanya adalah pemindahan akaun sendiri kepada akaun kedua milik sendiri pada bank yang sama, akaun sendiri ke akaun pihak lain dalam bank yang sama, dan yang terakhir daripada akaun sendiri kepada akaun lain berlainan bank

Pemindahan ke akaun bank lain pula terdapat dua jenis iaitu instant transfer/ DuitNow dan juga IBG transfer

BACA : Cara Buat Duit Dari Rumah | Jana Pendapatan Online
MAKSUD INTERBANK GIRO TRANSFER
Interbank GIRO Transfer (IBG) adalah  sistem pemindahan wang secara elektronik daripada bank ke bank tanpa dokumen berbentuk fizikal seperti cek. 
Berbeza dengan Instant Transfer, pindahan melalui IBG ini akan mengambil sedikit masa, bergantung pada hari dan waktu anda melakukan proses IBG ini. Proses pemindahan melalui Interbank Giro ini juga boleh dilakukan di mana-mana mesin ATM, di kaunter mahupun melalui online banking. 
TEMPOH PEMINDAHAN WANG MELALUI IBG TRANSFER
Transaksi Dilakukan (IBG Transfer)

Wang Diterima

Bayaran Balik Sekiranya Transaksi Tidak Berjaya

Hari

Masa

Hari

Masa

Hari

Masa

Isnin hingga Jumaat (Hari Bekerja)

Sebelum jam 5.00 pagi

Hari yang sama

Pada jam 11.00 Pagi

Hari Yang sama

Pada jam 5.00 Petang

5.01 pagi -8.00 pagi

Pada jam 2.00 petang

Pada jam 8.20 pagi

8.01 pagi -11.00 pagi

Pada jam 5.00 petang

Pada jam 11.00 pagi

11.01 pagi -2.00 petang

Pada jam 8.20 petang

Hari Bekerja Seterusnya

Pada Jam 11.00 Pagi

2.01 petang -5.00 petang

Pada jam 11.00 malam

Selepas 5.00 petang

Hari bekerja seterusnya

Pada 11.00 pagi

Pada jam 5.00 Petang

Sabtu, Ahad, Cuti Umum (Hari Tidak Bekerja)

Hari bekerja seterusnya

Pada 11.00 pagi



APA ITU INSTANT TRANSFER
Instant Transfer pula adalah pemindahan wang yang berlaku secara serta merta. Pemilihan pemindahan ini lebih dipilih orang ramai kerana prosesnya berlaku secara serta merta. Untuk pengetahuan anda, sebelum tahun 2018, terdapat caj yang dikenakan sekiranya anda memilih melakukan Instant Transfer, dan kini tiada lagi caj dikenakan dan menjadi ia pilihan lebih menarik


BERAPA LAMA TEMPOH PEMINDAHAN IBG TRANSFER
Jadi, ada sudah ketahui perbezaan antara IBG Transfer dan juga Instant Transfer. Jadual mengenai tempoh pemindahan wang melalui IBG Transfer juga telah ditunjukkan. Sebenarnya pemindahan melalui IBG Transfer tidaklah mengambil masa yang lama, sebenarnya mengambil masa kurang daripada sehari jika anda memindahkan dalam jangka masa yang betul. 
Tempoh pindahan wang menjadi lama bila mana anda membuat transaksi selepas jam 5.00 Petang pada hari Isnin - Jumaat dan juga anda membuat transaksi pemindahan pada hari Sabtu, Ahad atau Cuti Umum. 
BACA : Cara Semak Penyata KWSP Secara Online 
AKHIR KATA
Semoga dengan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam melakukan transaksi pemindahan wang tanpa sebarang masalah

Pilihan cara pemindahan wang yang tepat boleh membantu anda terutamanya bagi mengurangkan tempoh transaksi tersebut

Sekian. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/11/berapa-lama-tempoh-transfer-duit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Lebih Seminggu Tapi Duit Masih Belum Masuk Akaun Bank Ramai Rakyat Malaysia Yang Jadi Mangsa Skim Like Share

Dah Lebih Seminggu Tapi Duit Masih Belum Masuk Akaun Bank Ramai Rakyat Malaysia Yang Jadi Mangsa Skim Like Share

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 642 hits
loading Ketika ini tular satu platform yang menawarkan satu pulangan yang lumayan dengan hanya menekan tanda suka ikut dan kongsi di media sosial Sudah pastinya jaringan ini menarik perhatian sesiapa sahaja apatah lagi individu yang terkesa...
Eijkman Belum Ada Bukti Berapa Lama Kekebalan Bertahan Setelah Divaksin

Eijkman Belum Ada Bukti Berapa Lama Kekebalan Bertahan Setelah Divaksin

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 283 hits
Oleh karena itu setelah pemberian vaksin masih akan dilakukan pemantauan terhadap para penerima vaksin
Platform Buat Duit Usd Bersama B4u Global Investment Malaysia

Platform Buat Duit Usd Bersama B4u Global Investment Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 483 hits
Platform Buat Duit USD Bersama B4U Global Investment Malaysia Artikel kali ini Paksu ingin berkongsi kepada semua pembaca mengenai platform The post appeared first on
Saya Tak Mampu Bang Cuma Ada Duit Rm20 Untuk Beli 7 Keping Pampers

Saya Tak Mampu Bang Cuma Ada Duit Rm20 Untuk Beli 7 Keping Pampers

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 280 hits
Kos hidup yang semakin meningkat sedikit memberi kesan kepada individu Tambahan pula wabak Coronavirus yang sudah menakluk dunia telah meninggalkan impak yang cukup besar Sebagai ketua keluarga pula bermacam cara untuk difikirkan demi membe...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Siti Nordiana Seribu Setia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Agrodana Campus Trading Competition 2025 Ajang Edukasi Dan Unjuk Kemampuan Mahasiswa Di Dunia Trading

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Akuarium

Covid 19 Dan Pkp Belum Berakhir Rindunya Makan Masakan Kampung Bersama Keluarga