Beralih Ke Natural Deodorant


Haritu duk scroll Tik Tok, ternampak ada orang kongsi natural deodorant ni. Tertarik nak cuba walaupun harga dia boleh tahan juga lah weii..haha..Tapi fikir positif biasanya deodorant tahan lama so apa salahnya kan beberapa bulan sekali keluar duit lebih sikit untuk deodorant..K.fiezz ni memang pengguna natural deodorant. Sebelum ni k.fiezz guna smelly no more. Lama dah pakai deodorant yang berasaskan garam mineral ni & harga pun dalam 20 lebih juga untuk saiz kecil, tahan dalam 2-3 bulan lebih kurang. Boleh baca entry berkaitan kat sini > Smelly No More.
Sejak guna smelly no more ni dari 2019, k.fiezz guna okey je tapi tak tahu lah sebab dah lama sangat pakai, tenyeh garam kat ketiak..Lama-lama jadi gatal pula area ketiak tu..Kadang tu tak berapa selesa juga kejap-kejap garu ketiak. haha..Kalau kat rumah atau tempat yang tak ada orang tak apa lah. Ni kadang dalam LRT. Terutama bila k.fiezz berpeluh kat cik ketiak tu. Mula lah merenyam gatal area tu.
So bila ternampak iklan video natural deodorant ni duk lalu lalang kat fyp TT k.fiezz, tertarik pula nak cuba. Tengok bahan-bahan yang digunakan pun selamat & terjamin boleh guna tanpa was-was. Paling k.fiezz suka ibu mengandung pun boleh pakai. Part ni yang suka sebab sis kan selalu berangan mengandung..hehe..Mengandung ni bukan tahu bila, jadi bila pakai natural deodorant ni idak lah membahayakan kandungan kalau tak sedar dah menempel si kecik tu...hehe
NATURAL DEODORANTSelain ibu mengandung, orang yang ada masalah kulit sensitif & kanak-kanak pun boleh pakai sebab bahan yang digunakan selamat untuk 2 kategori ni. 
Apa bahan-bahan dalam natural deodorant ni?
Natural Mineral Salt , Essential Oil, Calamine Powder & Coconut Oil
Fungsi setiap bahan ni?
Natural Mineral Salt : Mengawal bakteria dari membiak, kurang bakteria kurang bau badan.
Essential Oil : Setiap bauan dalam natural deodorant ni mengandungi tea tree oil yang kuat untuk menghapuskan bakteria.
Calamine Powder : Berfungsi sebagai penyerap yang sangat baik dan dalam masa yang sama melembutkan. Sentiasa memastikan cik ketiak dalam keadaan kering dan lembut.
Coconut Oil : Tidak menyebabkan cik ketiak tersumbat & bersifat anti bakteria yang sangat kuat.
Secara rumusannya, natural deodorant ni menggunakan bahan-bahan yang ber gred tinggi untuk memastikan kita sebagai pengguna dapat mengatasi masalah badan berbau & dapat menjalani cara hidup dengan yakin tanpa ada sebarang bauan kurang enak. 
OKEY KE GUNA NATURAL DEODORANT NI?Setakat ni k.fiezz guna natural deodorant, rasanya bauan kurang enak dari cik ketiak macam tak ada sangat & gatal-gatal pun dah kurang sangat berbanding masa guna smelly no more. 
Haritu k.fiezz dapat je natural deodorant ni, terus rasmi guna. Lepas tu tukar semula ke smelly no more sebab masih ada lagi sebab ingatkan nak guna natural deodorant ni bila balik kampung atau travel. Hat smelly no more tu kalau guna kena basahkan dengan air dulu. Macam leceh pula. Tapi  tukar je ke smelly no more tu, terus datang balik gatal-gatal cik ketiak. So k.fiezz guna semula natural deodorant ni. Hat yang tu rasanya kena buang lah sebab sis dah tak tahan pakai.

Ada bau tak?K.fiezz ambil bauan tea tree..Bau dia tak kuat sangat, sedang-sedang je gitu..K.fiezz beli ni saiz kecil (25g)..Natural deodorant ni ada 2 saiz (25g & 50g).


Beberapa pilihan bauan natural deodorant mengikut kriteria masing-masing..K.fiezz pilih tea tree sebab sis jenis cepat berpeluh & ada bauan kurang enak bila berpeluh..

Harga Natural Deodorant?
Saiz 25g = RM39.00Saiz 50g = RM58.90
Tempoh ketahanan ?
25g = Lebih kurang 3 bulan50g = Lebih kurang 6 bulanSo kalau korang nak bertukar ke natural deodorant, boleh cari ni kat Tik Tok Shop..Tak pasti lah kat tempat lain ada ke tak?K.fiezz beli kat Tik Tok shop...
Setakat ni k.fiezz guna natural deodorant, okey je. Tak ada bauan kurang enak dari cik ketiak lepas tu gatal-gatal dah makin berkurang...Alhamdulillah...Legaaa...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2023/10/Beralih-Ke-Natural-Deodorant.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Healing Power Of Barley Talbina Recipe A Natural Remedy For Shattered Hearts

The Healing Power Of Barley Talbina Recipe A Natural Remedy For Shattered Hearts

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 275 hits
I must admit the title above does sound quite dramatic doesn t it However the truth is this porridge is like a soothing balm for the soul Several years ago I came across an article extolling the virtues of Talbina Talbina a soup porridge re...
Unlocking Wellness Your Guide To Natural Products And Lifestyle In Canada

Unlocking Wellness Your Guide To Natural Products And Lifestyle In Canada

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 386 hits
Canada is a place of breathtaking landscapes and diverse cultures can also be a paradise to those in search of whole body wellness Being a balanced person in Canada requires making conscious decisions and an important part of this journey i...
Holistic Harmony Herbal Supplements And Natural Products For A Balanced Life In Canada

Holistic Harmony Herbal Supplements And Natural Products For A Balanced Life In Canada

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 216 hits
Canada is a country that provides a holistic approach to health and wellness The breathtaking scenery along with its rich culture and diverse tradition make it a popular travel destination for visitors To live a healthier lifestyle in Canad...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Telur Goreng Yang Sangat Sedap

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan

Beli Game Ps5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay Kini Tersedia Di Malaysia

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia