Benarkan Kami Beroperasi Seperti Taska Dan Tadika Kata Pengusaha Pusat Jagaan Kanak Kanak


 
Pengusaha pusat jagaan kanak-kanak berkata mereka sepatutnya dibenarkan beroperasi semula di bawah Fasa Pertama PPN dan diberi bantuan kerajaan.PETALING JAYA: Pengendali pusat jagaan kanak-kanak seluruh negara merayu kerajaan membenarkan mereka beroperasi semula dalam Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN), seperti juga taska dan tadika yang sudah dibuka untuk anak-anak petugas barisan hadapan.
Menurut pengusaha, kebenaran sama patut diberikan kepada mereka terutama ketika sesi persekolahan kini dilakukan secara maya dan ia dilihat adalah alternatif terbaik untuk meninggalkan anak-anak di rumah.
Presiden Persatuan Taska & PJKK (Pusat Jagaan Kanak-Kanak) Melaka, Kenneth William John berkata, pusat jagaan itu disediakan untuk kanak-kanak pelbagai usia berbanding taska dan tadika, kerana kebanyakannya masih kecil untuk ditinggalkan di rumah oleh ibu bapa bekerja.
“Kanak-kanak ini biasanya berusia antara empat hingga 12 tahun yang biasanya akan pergi ke pusat jagaan selepas waktu sekolah ketika ibu bapa masih bekerja,” kata John yang juga timbalan presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, kepada FMT.
Kenneth William John.“Ini termasuk kanak-kanak yang baru habis sesi di tadika pada waktu tengah hari dan memerlukan jagaan di tempat selamat oleh penjaga terlatih,” katanya.
Beliau meminta kerajaan memberi layanan kepada mereka seperti pusat lain di bawah industri penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak, dan diberi keutamaan menerima vaksin untuk beroperasi dengan selamat.
“Ini bukan soal wang. Banyak pusat jagaan kanak-kanak tidak membuat keuntungan besar pun. Ia demi memastikan anak-anak ini selamat dan boleh berada dalam persekitaran yang produktif.
“Sekiranya taska dan tadika boleh dibuka untuk anak-anak petugas barisan hadapan, mengapa tidak untuk pusat jagaan harian kanak-kanak? Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diluluskan dan ia berfungsi dengan baik,” katanya.
Nazatul Aini, yang mengusahakan pusat jagaan di Sepang, turut bersetuju sambil menjelaskan mereka tidak menerima sebarang akses terhadap bantuan kerajaan selain tidak dibenarkan beroperasi.
“Bantuan tunai RM3,000 yang diumumkan (pakej Pemulih oleh kerajaan) bukan untuk kami. Ia hanya disediakan untuk pusat yang dibenarkan beoperasi iaitu taska dan tadika.
“Kami menerima dua kali tamparan kerana tidak dibenarkan beroperasi dan tidak menerima sebarang bantuan. Ramai daripada kami menderita ketika ini,” katanya.
Erlinda Yap, yang mengendalikan sebuah pusat jagaan di Pahang, berkata dia dan rakan pengusaha lain ingin terbabit dalam perbincangan dengan kerajaan dan mahu diberi peluang menyuarakan masalah mereka.
“Ibu bapa masih lagi menghubungi kami bertanyakan sama ada dibuka semula atau sebaliknya kerana mereka perlu keluar bekerja, dan kami terpaksa menolak.
“Kami bertanggungjawab terhadap anak-anak ini dan ibu bapa. Ibu bapa yang bekerja sudah pun mengalami tekanan untuk mencari rezeki ketika pandemik dan kini tiada tempat untuk menghantar anak,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/07/benarkan-kami-beroperasi-seperti-taska.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Benarkan Kontraktor G1 G2 Dilantik Pbt Beroperasi Laksana Projek Kecil

Kerajaan Benarkan Kontraktor G1 G2 Dilantik Pbt Beroperasi Laksana Projek Kecil

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 156 hits
KPKT berkata kontraktor berkenaan tidak perlu mendapatkan kebenaran beroperasi melalui sistem CIMS Kontraktor G1 dan G2 yang dilantik PBT dibenarkan untuk beroperasi tertakluk kepada SOP PKP 3 0 Gambar Pexels Kontraktor G1 dan G2 yang dilan...
Kapasiti Vaksinasi Harian Di Selangor Lebih 80 000 Bukan 40 000 Seperti Didakwa Kj Kata Exco Selangor

Kapasiti Vaksinasi Harian Di Selangor Lebih 80 000 Bukan 40 000 Seperti Didakwa Kj Kata Exco Selangor

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 219 hits
June 28 2021 Dr Siti Mariah Mahmud berkata masalah yang dihadapi di Selangor ketika ini adalah kekurangan bekalan vaksin bukan kapasiti mahupun jumlah PPV PETALING JAYA Kapasiti vaksinasi harian di 73 pusat pemberian vaksin di seluruh Selan...
Sektor Pertanian Penternakan Dan Industri Makanan Terus Dibenar Beroperasi Kata Menteri

Sektor Pertanian Penternakan Dan Industri Makanan Terus Dibenar Beroperasi Kata Menteri

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 281 hits
Sektor pertanian penternakan dan industri makanan terus dibenar beroperasi kata menteri Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterb
Pengusaha Taska Terima Bantuan Rm3 000 Kantin Rm1 000

Pengusaha Taska Terima Bantuan Rm3 000 Kantin Rm1 000

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 258 hits
Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI Gambar hiasan PETALING JAYA Lebih 12 000 pengusaha taska boleh menarik nafas lega apabila kerajaan akan memberikan Bantuan Khas Taska yang berjumlah RM3 000 kepada setiap pengusaha yang terlibat Perdana Menteri...
Jadikan Lebih Banyak Hotel Pusat Kuarantin Berisiko Rendah Kata Ahli Parlimen

Jadikan Lebih Banyak Hotel Pusat Kuarantin Berisiko Rendah Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 242 hits
Penggunaan hotel di Lembah Klang sebagai pusat kuarantin berisiko rendah perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan teruk susulan peningkatan mendadak jumlah kes Covid 19 PETALING JAYA Lebih banyak hotel di Lembah Klang perlu dibenarkan...
Individu Sertai Himpunan Black Democracy Akan Dikompaun Kata Polis

Individu Sertai Himpunan Black Democracy Akan Dikompaun Kata Polis

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 234 hits
June 30 2021 Tangkap layar klip video yang tular di media sosial mengajak orang ramai berhimpun dalam operasi BD di beberapa lokasi di seluruh negara pada 12 tengah hari ini PETALING JAYA Polis memberi amaran akan terus mengeluarkan kompaun...
Agong Titah Sidang Parlimen Sebelum 1 Ogos Kata Speaker

Agong Titah Sidang Parlimen Sebelum 1 Ogos Kata Speaker

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 286 hits
MALAYSIA DATELINESpeaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara memaklumkan mereka telah dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong agar sidang kedua dua Dewan itu diadakan sebelum 1 Ogos 2021 iaitu tarikh tamat darurat Dalam kenyataan bersama Yang Dipert...
Kenyataan Nik Abduh Tak Peka Pelik Kata Penganalisis

Kenyataan Nik Abduh Tak Peka Pelik Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 294 hits
Minderjeet KaurPETALING JAYA Penganalisis mengecam seorang pemimpin PAS kerana memperlekehkan kempen bendera putih yang dimulakan di media sosial baru baru ini untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan ekoran usaha kerajaan membendung Covi...
Lirik I Sayang You Walau Orang Kata You Tak Cantik Upai

Lirik I Sayang You Walau Orang Kata You Tak Cantik Upai

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 519 hits
Hey heyWalaupun muka mu mcm babiTapi kau tercantik di duniaku iniMenemani menemani ku sampai mati JanganPernah kau merasa rendah diriSebab muka mu bagaikan bunga lily Mengapa eh kau
Rewards Travel Now Too Many Points Not Enough Seats

Jumaat Terakhir Sebelum Ramadan Saya Nak Tanya Ada Sesiapa Nak Taja Makanan Dan Minuman Untuk Buka Puasa

Tiket Murah Promo Sekarang Ada Promo Tiket Murah Kat Trip Com Jom Check It Out

Isu Beras Kajian Mardi Buktikan Rakyat Ditipu

Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib

Salam Ramadan 1446h 2025h Dan Selamat Berpuasa

Penganggur Ditahan 3 Jam Lepas Samun Kedai Emas

Unifi Mobile Kini Ada Pelan Prabayar Dengan Tempoh Aktif 12 Bulan Harga Rm180


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Gloomy Morning Pancake Felt Keychain

Myteamppim Coach Ict

Kisah Kaum Tsamud Peradaban Yang Hilang Karena Azab Allah

Lirik Lagu Inikan Hari Raya Andi Bernadee

Alif Satar The Locos Jangan Ada Air Mata Chord