Benarkah Wanita Mempunyai 9 Nafsu Dan 1 Akal



Soalan:
Benarkah terdapat hadith yang menyatakan wanita mempunyai 9 nafsu dan hanya satu akal?

Jawapan:

Wanita 9 Nafsu, 1 Akal?

Sering sekali kita mendengar di kalangan masyarakat kita kata-kata bahawa wanita itu mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Apakah kenyataan ini benar?

Terdapat riwayat daripada Abi Muslim al, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لشهوة عشرة أجزاءٍ: التسعة للنساء والعاشر للرجال
“Syahwat itu mempunyai sepuluh bahagian: Sembilan bahagian diberi kepada wanita, dan satu bahagian diberi kepada lelaki.” [Dicatat oleh Abu Marwan Abdul Malik al-Salmi dalam Adab al-Nisaa’, 1/183]

Diriwayatkan juga bahawa Baginda SAW bersabda:

وَجُعِلَتِ الشَّهْوَةُ عَلَى عَشَرَةِ أَجْزَاءٍ، وَجُعِلَتْ تِسْعَةُ أَجْزَاءٍ مِنْهَا فِي النِّسَاءِ، وَوَاحِدَةٌ فِي الرِّجَالِ
“Dijadikan syahwat itu sebanyak sepuluh bahagian, sembilan darinya untuk wanita, satu untuk lelaki.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat (567), dan disebut juga oleh al-Haithami dalam Majma’ al-Zawa’id (10/30)]

Hadith ini bertaraf dhaif jiddan (tersangat lemah), kerana salah seorang perawinya iaitu Suwaid ibn Abd al-Aziz berstatus matruk (periwayatannya ditinggalkan dan tidak diriwayatkan) dan bukan daripada kalangan tsiqah. (Rujuk Irsyad al-Sari fi Takhrij Ahadith Fath al-Bari 1/665)

Bahkan riwayat ini juga turut ditemui dalam kitab-kitab Syiah, dan ia diriwayatkan oleh Al-Kulaini dan Al-Majlisi. (Rujuk Usul al-Kafi, 5/338 dan Bihar al-Anwar, 100/244)

Terdapat juga satu riwayat tentang dialog yang berlaku antara Imam al-Hasan al-Basri dengan seorang tokoh Sufi yang amat terkenal, Rabiatul Adawiyah. Dikisahkan bahawa semasa al-Hasan pergi meminangnya setelah kematian suaminya, beliau telah disoal beberapa perkara oleh Rabiah dan tidak dapat menjawabnya. Tetapi apabila ditanya tentang akal, dikatakan bahawa al-Hasan telah menjawab bahawa wanita mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Tapi lantas Rabiah menjawab kembali: “Jika aku mempunyai sembilan nafsu, mengapa aku mampu menahannya dengan satu akal, sedangkan kamu yang mahu meminang aku ini tidak mampu menahan nafsu kamu sedangkan kamu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu?” Maka al-Hasan pun malu apabila mendengar jawapan itu dan terus pulang. Kisah ini telah dinukilkan oleh Uthman al-Khaubawi dalam kitabnya Durrah an-Nasihin dan juga Abu al-Fidaa’ al-Istanbuli al-Hanafi. (Rujuk Tafsir Ruh al-Bayan, 6/179).

Cerita ini boleh dipertikaikan dari sudut penisbahannya kepada al-Hasan al-Basri. Hal ini kerana, al-Hasan al-Basri dilahirkan pada tahun 21H dan meninggal dunia pada 110H. Manakala Rabiatul Adawiyah pula -berdasarkan pandangan yang paling tepat- dilahirkan pada tahun 100H dan meninggal dunia pada 180H. Ini bermakna ketika al-Hasan meninggal dunia, Rabiatul Adawiyah baru berumur 10 tahun, maka adalah tidak munasabah berlakunya dialog sebegini antara mereka berdua.

Memandangkan kata-kata ini tidak mempunyai sandaran yang sahih dalam al-Quran mahupun al-Sunnah, bukan juga kata-kata ulama’ yang muktabar, dan bukan juga satu fakta yang disahihkan dari sudut saintifik, bahkan kisah yang dinukilkan di atas juga dipertikaikan kesahihannya; maka kami berpandangan ianya tidak wajar sama sekali diterima, disebarkan dan disandarkan kepada agama.

Wanita Kurang Dari Sudut Agama dan Akal?

Meskipun begitu, terdapat juga satu hadith yang tsabit daripada Nabi SAW bahawa Baginda pernah bersabda:

يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ وَأَكْثِرْنَ الاِسْتِغْفَارَ فَإِنِّي رَأَيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ‏‏.‏ فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ جَزْلَةٌ وَمَا لَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ ‏.‏ قَالَ ‏ تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَمَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِينٍ أَغْلَبَ لِذِي لُبٍّ مِنْكُنَّ ‏‏.‏ قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا نُقْصَانُ الْعَقْلِ وَالدِّينِ قَالَ أَمَّا نُقْصَانُ الْعَقْلِ فَشَهَادَةُ امْرَأَتَيْنِ تَعْدِلُ شَهَادَةَ رَجُلٍ فَهَذَا نُقْصَانُ الْعَقْلِ وَتَمْكُثُ اللَّيَالِيَ مَا تُصَلِّي وَتُفْطِرُ فِي رَمَضَانَ فَهَذَا نُقْصَانُ الدِّينِ
“Wahai sekalian wanita, banyakkanlah bersedekah dan istighfar, kerana aku melihat wanita banyak yang menjadi penghuni neraka.” Seorang wanita yang bijak berkata: “Mengapa demikian wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Kerana kalian banyak berkata yang buruk dan tidak berterima kasih kepada suami kalian. Aku juga melihat kalian kurang dari sudut dan agama, tapi pada sama aku belum pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya yang lebih mampu mengalahkan laki-laki yang berakal dibandingkan kalian.” Wanita itu bertanya lagi: “Apa maksud kurang sudut akal dan agama itu?” Nabi menjawab: “Kurang dari sudut akal boleh dilihat dari sudut kesaksian dua orang wanita sama dengan kesaksian seorang lelaki, manakala kurang dari sudut agama ialah ada hari-hari tertentu kalian tidak solat dan berpuasa.” [Sahih al-Bukhari (304), Sahih Muslim (79) dan Sunan Ibn Majah (4003)]

Imam al-Qasthalani sewaktu menjelaskan frasa kekurangan agama tidaklah semestinya disebabkan oleh dosa, tapi boleh juga disebabkan oleh perkara yang sudah menjadi lumrah manusiawi seperti halnya wanita. (Rujuk Irsyad al-Sari, 1/347)

Adapun berkenaan kekurangan akal pula, Muhammad al-Amin al-‘Alawi al-Harari telah meriwayatkan pandangan Al-Maziri, bahawa ia adalah kerana wanita kurang terpercaya dari sudut ketepatan atau kecekapan. Hadith ini juga menjadi penguat kepada ayat al-Quran yang berbunyi:

فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الْأُخْرَى
“...supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi.” [Surah al-Baqarah (282)]

(Rujuk Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 2/67 dan Al-Kaukab al-Wahhaj, 2/573)

Dapat difahami juga daripada hadith di atas, kekurangan agama hanya terbatas dari sudut kuantiti ibadah dan bukan kualiti, serta sedikit keterbatasan dari sudut tempoh masa untuk melakukan ibadah. Namun wanita hanya ditegah dari melakukan sebahagian ibadah sahaja sewaktu haid, iaitu solat, tawaf dan membaca al-Quran. Adapun ibadah lain seperti zikrullah, selawat dan manasik haji selain tawaf, mereka dibenarkan melaksanakannya. Bahkan puasa yang ditinggalkan sewaktu haid boleh digantikan semula semasa dalam keadaan suci.

Kekurangan tersebut juga bersifat sementara, bukan sepanjang hidup kaum wanita. Haid hanya berlaku selama beberapa hari dalam sebulan, tiada haid sewaktu tempoh kehamilan dan haid akan terhenti sama sekali setelah mereka monopaus, iaitu setelah berhentinya kitaran haid.

Manakala kekurangan dari sudut akal pula adalah dalam erti kata penglibatan mereka dalam urusan-urusan awam secara umumnya adalah agak terbatas berbanding lelaki, maka pengetahuan dan pengalaman mereka dalam bidang-bidang tertentu seperti politik, ekonomi dan ketenteraan adalah kurang berbanding lelaki.

Syeikh Mustafa al-Maraghi berpandangan bahawa keperluan kepada dua orang saksi perempuan adalah disebabkan faktor setempat dan semasa, di mana wanita jarang melibatkan diri, ataupun dilibatkan dalam aktiviti di ruang awam seperti politik dan ekonomi. Oleh karena itu kesaksian mereka dalam hal ini memerlukan kepada lebih penelitian sebelum dapat diterima. (Rujuk Tafsir al-Maraghi 3/75)

Maka dapat difahami disini, kesaksian dua orang wanita bersamaan dengan kesaksian seorang lelaki adalah disebabkan kurangnya penglibatan mereka dalam urusan muamalat, pentadbiran dan perundangan, bukan disebabkan kaum wanita itu lemah dari sudut akal dan ingatan secara azali. Jika benar wanita itu kekurangan akal sejak azali, maka pastilah periwayatan hadith oleh wanita boleh diragui. Namun demikian, para ulama tidak pernah meletakkan jantina sebagai kayu ukur dalam menilai kekuatan dan kebolehpercayaan seorang rawi.

Bahkan Imam al-Zahabi, seorang pakar dalam bidang ilmu rijal dan perawi, pernah menyebut bahawa beliau tidak mengetahui adanya walau seorang perawi wanita yang dituduh sebagai pemalsu hadith (muttaham) atau yang ditolak kerana tidak diyakini kebolehpercayaannya (matruk). (Rujuk Mizan al-I’tidal, 4/604)

Hal ini menunjukkan bahawa wanita juga mampu menggapai kedudukan yang tinggi dalam apa jua bidang yang diceburi, sekiranya diberi peluang dan ruang yang saksama.

Terbatasnya penglibatan wanita dalam urusan awam juga bukanlah suatu yang menjadi ketetapan syarak, namun ia hanya sekadar kebiasaan setempat dan bergantung kepada zaman. Sayyidina Umar RA sewaktu menjadi khalifah pernah melantik seorang wanita sebagai pegawai hisbah yang menyelia urusan jual beli di pasar di Madinah. Sayyidatina Aisyah R.Anha sendiri pernah mengetuai umat Islam pergi menghadap Khalifah Ali bin Abi Talib sebelum tercetusnya Perang Jamal.

Pada zaman sekarang juga kita menyaksikan peningkatan penyertaan dan penglibatan wanita dalam urusan-urusan awam. Malaysia menyaksikan dua orang wanita telah menjawat jawatan sebagai Gabenor Bank Negara setakat ini. Kita juga menyaksikan peningkatan bilangan wanita yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Syarie di pelbagai negeri.

Inilah keadilan Islam yang memberi ruang dan peluang kepada wanita dan lelaki untuk sama-sama menyumbang, dan mereka dijanjikan ganjaran yang setimpal. Firman Allah SWT:

لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُوا ۖ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ ۚ
“Bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan; dan bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan.” [Surah al-Nisaa' (32)]

Kesimpulan

Secara tuntasnya, kami berpandangan bahawa pernyataan wanita mempunyai hanya satu akal dan sembilan nafsu adalah kata-kata yang tidak ada sumbernya dalam agama ini dan tidak wajar sama-sekali disebarkan.

Adapun hadith yang menyatakan bahawa wanita itu kurang dari sudut agama, kekurangan mereka hanya terbatas dari sudut kuantiti ibadah dan bukan kualiti, serta sedikit keterbatasan dari sudut tempoh masa untuk melakukan ibadah.

Manakala kekurangan dari sudut akal pula adalah dalam erti kata penglibatan mereka dalam urusan-urusan awam secara umumnya adalah agak terbatas berbanding lelaki, maka pengetahuan dan pengalaman mereka dalam bidang-bidang tertentu seperti politik, ekonomi dan ketenteraan adalah kurang berbanding lelaki.

Namun demikian dalam konteks zaman sekarang, peningkatan penglibatan wanita dalam pelbagai bidang dan peluang pendidikan yang sama rata telah meningkatkan keupayaan dan kebolehan wanita. Banyak jawatan penting disandang oleh wanita dan mereka membuktikan kemampuan bersaing secara kompetitif dengan lelaki meskipun terpaksa berhadapan dengan banyak cabaran dan kekangan, bahkan melebihi kaum lelaki dalam banyak keadaan.

Wallahu a’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/benarkah-wanita-mempunyai-9-nafsu-dan-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benarkah Lelaki Sukakan Wanita Berbadan Chubby

Benarkah Lelaki Sukakan Wanita Berbadan Chubby

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 2123 hits
https i1 wp com pakdin my wp content uploads 2019 02 20190220 awek chubby 4 jpg fit 600 2C400 ssl 1Ramai di kalangan wanita sanggup berhabis semata mata untuk mengekalkan bendtuk badan yang menarik Mereka sangat takut jika mengalami pertamb...
Mayat Wanita Di Pantai Teluk Awur Diduga Korban Pembunuhan Di Kendal

Mayat Wanita Di Pantai Teluk Awur Diduga Korban Pembunuhan Di Kendal

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 353 hits
Pembunuhan Sri terbongkar usai pelakunya Ashar menyerahkan diri ke polisi Rabu Dari informasi mayat wanita dalam karung ditemukan oleh nelayan bernama Yusron saat kembali melaut Untuk memastikan pihak Polres Jepara masih melakukan indentifi...
Wanita Bertudung Tapi Rambut Wangi

Wanita Bertudung Tapi Rambut Wangi

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 380 hits
WANITA BERTUDUNG YANG MASIH MENCARI SYAMPU YANG MAMPU MENGEKALKAN KESEGARAN DAN KEHARUMAN RAMBUT WPUN BERLITUP SEHARIAN Cik adik kakak manis yang sentiasa aktif sepanjang hari dari pagi sampai malam Menghantar anak sekolah berkerja dan berz...
Tips Keselamatan Diri Untuk Wanita Yang Berjalan Seorang Diri

Tips Keselamatan Diri Untuk Wanita Yang Berjalan Seorang Diri

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 385 hits
Original Content 1 Apa patut seorang wanita lakukan jika dia berseorangan dengan seorang lelaki asing ketika dia masuk ke dalam lif pada waktu lewat malam di sebuah bangunan tinggi Pakar berkata Masuk ke dalam lif jika anda mahu ke tingkat ...
Saya Setiap Malam Masa Berdoa Menangis Dengan Kehebatan Allah Ciptakan Wanita Ustaz Ebit Lew Bagi Nasihat

Saya Setiap Malam Masa Berdoa Menangis Dengan Kehebatan Allah Ciptakan Wanita Ustaz Ebit Lew Bagi Nasihat

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 529 hits
Saya Setiap Malam Masa Berdoa Menangis Dengan Kehebatan Allah Ciptakan Wanita Ustaz Ebit Lew Bagi Nasihat Dalam entri terbarunya di Intagram Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan seorang yang selalu turun padang bertemu dengan insan insan unt...
Patutla Pakai Purdah Nak Tutup Perangai Buruk Netizen Bengang Mulut Puaka Wanita Ini

Patutla Pakai Purdah Nak Tutup Perangai Buruk Netizen Bengang Mulut Puaka Wanita Ini

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 986 hits
Macam admin pernah cakap tadi penampilan luaran orang tu tak melambangkan personaliti seseorang Tak sangka bila kita lihat orang tu nampak baik tapi sebenarnya sikap dia jauh lebih buruk Kau tak lah lawa sangat hmmm Sumber Twitter Biarpun k...
Lihat Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Dan Berkesan Latih Anak Menyimpan Duit

Lihat Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Dan Berkesan Latih Anak Menyimpan Duit

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 371 hits
656 SHARES Jika berbicara tentang soal cara simpan duit pasti ramai yang akan berikan berbagai alasan seperti tak cukup duit anak anak perlukan duit keperluan dapur yang tinggi dan bermacam macam lagi jenis jawapan yang mereka katakan Dan a...
Kenapa Kaum Wanita Perlu Minum Air Halia Setiap Hari Khasiatnya Sungguh Menakjubkan

Kenapa Kaum Wanita Perlu Minum Air Halia Setiap Hari Khasiatnya Sungguh Menakjubkan

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 446 hits
Halia memang terbukti punya banyak khasiat lebih lebih lagi buat kaum wanita yang sudah berkahwin Antaranya ia mampu membuang angin dalam badan memb akar lemak memanaskan tubuh menguatkan sistem pertahanan tubuh dari penyakit dan banyak lag...
Wanita Jepun Buat 30 Pembedahan Untuk Jadi Minah Saleh

Wanita Jepun Buat 30 Pembedahan Untuk Jadi Minah Saleh

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 465 hits
Wanita Jepun Vanilla Chamu ini menghabiskan wang Hampir satu juta untuk membuat wajah Asia yang dimilikinya untuk menjadi seperti orang Perancis Dia telah melakukan 30 kali pembedahan plastik namun masih tetap membuatnya belum puas dan teta...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba