Benarkah Solat Zohor Awal Waktu Pada Hari Jumaat Tidak Sah



SOALAN:
Benarkah tidak sah solat Zohor di awal waktu seseorang yang tidak pergi solat Jumaat akibat Perintah Kawalan Pergerakan? Mohon pencerahan.

JAWAPAN:
Syeikh Hassan al-Kaaf menyebut dalam kitab al-Taqrirat al-Sadidah Qism Ibadah (hlm. 325): “Tidak sah bagi orang yang tidak diberikan keuzuran untuk bertakbiratul ihram bagi solat Zohor sebelum imam solat Jumaat memberi salam.”

Fakta ini betul kerana orang yang wajib melaksanakan solat Jumaat tidak boleh sewenangnya menggantikannya dengan solat Zohor. Alasannya ialah solat Jumaat ialah fardhu ke atasnya pada hari Jumaat pada waktu ia dilaksanakan. Namun apabila seseorang itu sengaja meninggalkan solat Jumaat, kemudian waktu pelaksanaan solat Jumaat telah luput apabila imam memberi salam di suatu tempat, maka orang yang meninggalkan solat Jumaat tadi berdosa kerana cuai dan diwajibkan ke atasnya untuk solat Zohor.

Fakta ini tidak terpakai dalam kes perintah larangan menunaikan solat Jumaat kerana wabak COVID-19. Ini kerana 'illah larangan atau ketidaksahihan solat Zohor itu berlaku bila tiada uzur. Adapun apabila wujudnya uzur seperti sakit dan takut bahaya, larangan tersebut tidak terpakai.

Syeikh Muhammad al-Zuhaili menyebut: “Setiap keuzuran yang sama tahap keterukan dengan kesukaran orang yang sakit maka itu maka itulah keuzuran (menurut Syarak) secara qiyas ke atas keadaan sakit yang dinaskan ke atasnya. Maka tidak wajib Jumaat ke atas orang yang takut (bahaya) terhadap dirinya, atau hartanya, seperti mana riwayat Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يُجِبْهُ فَلَا صَلَاةَ لَهُ إلَّا مِنْ عُذْرٍ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْعُذْرُ قَالَ خَوْفٌ أَوْ مَرَضٌ
“Barangsiapa yang mendengar azan tetapi dia tidak menjawabnya (yakni datang menunaikannya) maka tidak ada solat baginya melainkan kerana uzur.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Apakah keuzuran itu?” Baginda menjawab: “Ketakutan dan sakit.” [Riwayat Abu Daud (551), Ibn Majah (793) dan al-Hakim (894) dalam al-Mustadrak, dan beliau mensahihkannya]

[Rujuk: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (1/497) oleh al-Zuhaili; al-Majmu` Syarh al-Muhadzzab (4/489) oleh Imam al-Nawawi]

Memandang keadaan semasa berlakunya wabak penularan virus yang boleh membawa maut iaitu COVID-19, maka berdasarkan keputusan dan arahan pihak-pihak berkuasa agama dan negara, solat berjemaah dan Jumaat tidak dilaksanakan bagi membendung penyakit tersebut yang mudah merebak dalam perhimpunan orang ramai. Ini merupakan salah satu bentuk keuzuran kerana terdapat bahaya yang ditakuti mengancam nyawa.

Keuzuran ini dijelaskan oleh Imam al-Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj (1/540-541) ketika menghuraikan matan Minhaj al-Tolibin oleh Imam al-Nawawi: “(Dan disunatkan bagi orang yang berkemungkinan uzurnya hilang) sebelum luputnya (solat) Jumaat seperti orang sakit yang dijangka kebah, atau hamba yang mengharap kemerdekaan agar melewatkan (solat) Zohornya sehingga dia berputus asa dari sempat mendapatkan (Jumaat) kerana dia berkemungkinan hilang keuzuran lalu memungkinkan dia menjadi ahl al-kamal (orang yang sempurna syarat wajib Jumaat) yang wajib (solat Jumaat).

Putus asa itu terhasil apabila imam mengangkat kepalanya daripada rukuk kedua mengikut pendapat yang asah. Pendapat qil: dengan apabila imam memberi salam. Inilah pendapat sekumpulan ulama'. Ini disokong bahawa dalam kes orang yang tidak ada uzur kalau dia bertakbiratul ihram untuk solat Zohor sebelum salam imam maka tidak sah. Hujah ini dijawab bahawa solat Jumaat ketika itu wajib maka tidak terangkat melainkan dengan keyakinan, berbeza dengan hal di sini. Kemudian, tahap sabar (atau menunggu) untuk luputnya solat Jumaat itu ialah selama mana imam tidak melewatkan solat itu sehingga waktu hanya berbaki cukup untuk empat rakaat sahaja. Jika tidak cukup, maka tidak sunat melewatkan Zohor...

Jika orang yang uzur itu solat Zohor sebelum luputnya Jumaat kemudian keuzurannya hilang, dan dia masih sempat untuk solat Jumaat, dia tetap tidak wajib kerana dia sudah melaksanakan fardu pada waktunya, melainkan dia itu seorang khunsa kemudian terbukti dia adalah lelaki maka dia wajib kerana dia adalah ahli al-kamal. Sekiranya dia tidak dapat melaksanakannya maka tidak berdosa kerana dia sudah menunaikan tanggungjawab pada waktunya.”

Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, kami cenderung untuk mengatakan bahawa seseorang yang sedang berada di rumah dan tidak menunaikan solat Jumaat semasa arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan arahan pembatalan solat Jumaat yang berkuatkuasa di negeri-negeri oleh pihak berkuasa agama, adalah sah untuk menunaikan solat Zohor pada awal waktu pada hari Jumaat dan tidak tertakluk kepada hukum makruh atau haram. Ini kerana mereka termasuk dalam golongan yang mendapat uzur untuk tidak pergi solat Jumaat. Tambahan lagi, tidak ada solat Jumaat yang dilaksanakan di tempat yang terbabit.

Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada penanya. Marilah kita berdoa agar Allah SWT melenyapkan wabak ini dan memberi kita peluang untuk kembali menunaikan solat berjemaah dan solat Jumaat. InsyaAllah.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/benarkah-solat-zohor-awal-waktu-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlis Ganti Solat Jumaat Hari Ini Dengan Solat Zohor Di Rumah

Perlis Ganti Solat Jumaat Hari Ini Dengan Solat Zohor Di Rumah

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 361 hits
Raja Perlis Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkata solat Jumaat di seluruh negeri ini hari ini digantikan dengan solat Zohor di rumah masing masing Raja Muda Perlis Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga yang dipertua Majlis Agama Is...
Terkini Semua Masjid Surau Solat Jumaat Solat Berjemaah Ditangguhkan 10 Hari

Terkini Semua Masjid Surau Solat Jumaat Solat Berjemaah Ditangguhkan 10 Hari

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 379 hits
Sebentar tadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri turut telah mengeluarkan arahan dan pengumuman penting untuk menghentikan segala aktiviti di masjid dan surau untuk solat Jumaat dan solat berjemaah selama ...
Solat Jumaat Di Perlis Batal Ganti Zohor Di Rumah Raja Perlis

Solat Jumaat Di Perlis Batal Ganti Zohor Di Rumah Raja Perlis

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 389 hits
KANGAR 13 MAC Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah solat Jumaat di seluruh negeri ini hari ini digantikan dengan solat Zohor di rumah masing masing Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga ...
Tiada Solat Jumaat Di Perlis Hari Ini

Tiada Solat Jumaat Di Perlis Hari Ini

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 376 hits
KANGAR Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail menitahkan solat Jumaat pada hari ini di negeri ini digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing masing selepas mengambil kira situasi penularan wabak koronavirus Menurut Raj...
Tiada Solat Jumaat Hari Ini Semua Masjid Di Singapura Ditutup 5 Hari

Tiada Solat Jumaat Hari Ini Semua Masjid Di Singapura Ditutup 5 Hari

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 634 hits
Ekoran daripada penularan koronavirus semua masjid di Singapura telah diarahkan tutup selama lima hari bertujuan bagi proses pembersihan dan penyahjangkitan Menurut Majlis Ugama Islam Singapura penutupan sementara ini adalah berikutan dua j...
Covid 19 Perlis Batal Solat Jumaat Hari Ini

Covid 19 Perlis Batal Solat Jumaat Hari Ini

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 518 hits
COVID 19 Perlis batal Solat Jumaat hari iniBerikutan situasi semasa COVID 19 yang semakin membimbangkan Kerajaan Negeri Perlis hari ini membatalkan Solat Jumaat dan digantikan dengan solat Zohor di rumah masing masing Majlis Agama Islam dan...
Solat Hajat Serentak Pada Jumaat Selepas Zohor

Solat Hajat Serentak Pada Jumaat Selepas Zohor

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 287 hits
Seluruh umat Islam di negara ini disaran mengadakan solat hajat serentak pada hari Jumaat selepas solat Zohor untuk kesejahteraan rakyat negara ini dalam berdepan wabak COVID 19 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad A...
Solat Jumaat Di Seluruh Perlis Hari Ini Dibatalkan Rita Rudaini Tampil Bersuara Bidas Mufti Perlis

Solat Jumaat Di Seluruh Perlis Hari Ini Dibatalkan Rita Rudaini Tampil Bersuara Bidas Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 774 hits
KANGAR Solat Jumaat di seluruh Perlis hari ini dib4alkan dan diganti dengan sembahyang zohor di rumah selepas mengambil kira situasi semasa penvlaran COVI1D 19 Solat Jumaat Di Seluruh Perlis Hari Ini Dibatalkan Rita Rudaini Tampil Bersuara ...
Hari Jumaat Tanpa Solat Jumaat

Hari Jumaat Tanpa Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 359 hits
Assalamualaikum hai semua Kali pertama hari nie sepanjang umur dan hidup Kak Sue Hari Jumaat Tanpa Solat Jumaat Macam macam perasaan bercampur baur kan sedih sebak semua ada Bila hari Jumaat tanpa solat Jumaat kita semua tak dapat nak berje...
Legendary Malaysian Jazz Family The Solianos Performed At Hard Rock Hotel Desaru Coast For Jazz Blues Tribute Series

Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Masak Kicap Ikan Mackerel

Isteri Koperal Amiruddin Zabri Reda Suami Pergi Suami Gembira Dapat Anak Perempuan Lepas 10 Tahun Menanti

Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks

Anggota Fru Kemalangan

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Mudah Meminta Cerai

Boleh Ke Pesakit Tiroid Makan Tempe Ini Jawapannya

Nasi Beriani Wak Gondan Yong Peng

Pasu Kosong

The Role Of Qr Codes In Interactive Digital Signage Turning Passive Viewers Into Active Participants

Dsa Pesawat Pengangkut Tentera Mesir Tiba Tiba Terbang Ke Pakistan Dari China Apa Muatan Dibawanya