Benarkah Cuti Timbalan Menteri Wp Bercuti Untuk Memenuhi Syarat Pemastautin Yang Dimilikinya




Isu cuti selama 55 hari ke New Zealand yang diluluskan Perdana Menteri kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara Kumar bukan saja meletakkan kerajaan PN dalam pertikaian serta kecaman yang semakin meluas, malah ada yang sampai menyumpah seranah.
Bagi majoriti rakyat, selain Santhara Kumar turut bersalah kerana memohon cuti begitu lama di tengah-tengah wabak Covid19 sedang melanda, bahkan turut berlaku banjir di Segamat, kawasan Parlimen yang diwakilinya, yang lebih salah lagi dalam hal ini ialah Muhyiddin Yassin atas kelulusan yang diberikannya.
Muhyiddin dianggap sebagai ketua kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan mengamalkan dasar dwi standard dengan kelulusan cuti begitu lama yang diberikannya kepada Ahli Parlimen Segamat itu.
Ini kerana sementara rakyat biasa tidak dibenarkan merentas daerah dan negeri, seorang timbalan menteri dan wakil rakyat senang-senang diberikan kebenaran merentas negara sambil bercuti selama hampir dua bulan lamanya.
Di mana hati perut Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang kononnya mengutamakan rakyat dalam hal ini?
Tidak rasa malukah Muhyiddin meluluskan cuti begitu lama kepada seorang timbalan menteri lantikannya sendiri yang bermakna dalam tempoh 55 hari itu, Santhara Kumar terpisah dengan rakyat dan tugas di kementeriannya?
Setelah sarat dengan pelbagai isu kelemahan dan kegagalan sebelum ini, Muhyiddin dan kerajaan PN nyata kini berdepan satu bebanan yang tidak dapat dielak lagi.
Selain pelbagai pelanggaran SOP melibatkan orang kayangan yang tidak diambil tindakan, golongan tersebut nampaknya terus menikmati keistimewaan yang melampau, sedangkan rakyat dihimpit dengan pelbagai tekanan untuk bergerak ke mana-mana.
Dalam penjelasannya semalam, Santhara Kumar berkata, beliau memohon cuti selama 55 hari bekerja melalui Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa dan mendapat kelulusan Perdana Menteri pada 3 Disember lalu.
“Tujuan saya keluar negara adalah bagi melawat anak-anak saya di New Zealand, khususnya anak saya yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang.
“Selain itu, sebagai bapa yang bertanggungjawab, saya perlu bertemu dengan anak yang berusia sembilan tahun bagi menjalankan tanggungjawab sebagai bapa sepanjang cuti rehat tersebut setelah hampir setahun tidak berjumpa.
“Di samping itu, saya juga perlu melawat isteri yang mengalami masalah kesihatan.
“Sebagai tambahan, upacara anak saya yang berumur sembilan tahun untuk menerima holy communion juga tidak dapat saya hadiri kerana sentiasa sibuk dengan tugas sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Segamat,” katanya lagi.
Bagaimanapun, maklumat lain yang singgah ke laman ini memaklumkan pemergian Santhara Kumar ke New Zealand dikatakan bukanlah kerana bercuti, melawat isteri dan anak-anak atau sebagai tanda yang memperlihatkan beliau seorang bapa yang bertanggungjawab.
Maklumat itu memberitahu, beliau sebenarnya dikatakan mempunyai taraf penduduk tetap atau PR New Zealand.
Syarat seseorang yang memiliki taraf penduduk tetap New Zealand pula difahamkan mesti tinggal di negara tersebut sekurang-kurangnya 50 hari dalam setahun.
Dengan itu dikatakan pemergiannya ke New Zealand bukanlah untuk melawat isteri dan anak-anak, tetapi sebagai memenuhi syarat wajib taraf penduduk tetap yang dimilikinya.
Maka, benarkah Santhara Kumar memiliki taraf PR New Zealand?
Jika benar Santhara Kumar memiliki taraf PR New Zealand dan dalam masa yang sama beliau juga adalah Ahli Parlimen serta Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, tidakkah ini boleh menimbulkan persoalan dan percanggahan serta setiap tahun cuti panjang mesti diluluskan untuknya? 


(Shahbudindotcom 02/03/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/benarkah-cuti-timbalan-menteri-wp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Alasan Timbalan Menteri Wilayah Dapat Masuk New Zealand

Apa Alasan Timbalan Menteri Wilayah Dapat Masuk New Zealand

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 259 hits
FAZLI RADZIAlasan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Santhara Kumar untuk melawat anak anak di New Zealand sehingga memohon cuti 55 hari mencetuskan tanda tanya Hal ini kerana pihak Imigresen negara itu hanya menyenaraikan l...
Timbalan Menteri Wilayah Kerja Untuk Satu Ringgit Tapi Itu Masa Kempen Pru 14

Timbalan Menteri Wilayah Kerja Untuk Satu Ringgit Tapi Itu Masa Kempen Pru 14

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 241 hits
March 3 2021 Kecoh permohonan cuti 55 hari dinikmati oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan terbongkar pula sembang lebat Datuk Seri Dr Santhara Kumar semasa kempen Pilihan Raya Umum ke 14 Sedutan ceramah itu tular dikongsi warga maya di...
Timbalan Menteri Pernah Dihambur Kata Kata Kesat

Timbalan Menteri Pernah Dihambur Kata Kata Kesat

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 201 hits
HARAKAH DAILY KUALA TERENGGANU Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi mendedahkan beliau beliau pernah dihambur kata kata kesat ketika mengajak masyarakat membantu kerajaan Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Dato Ahmad Amzad Hashim...
Gibran Tak Memenuhi Syarat Maju Pilpres 2024 Ini Penyebabnya

Gibran Tak Memenuhi Syarat Maju Pilpres 2024 Ini Penyebabnya

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 199 hits
Putra sulung Presiden Joko Widodo Gibran Rakabuming Raka tidak bisa maju di Pemilihan Presiden dan Wakil Presiden 2024 atau Pilpres 2024 Sebab Pasal 169 huruf q Undang Undang Nomor 7 Tahun 2017 tentang Pemilihan Umum menyebutkan bahwa usia ...
Keluarga Timbalan Menteri Menetap Di Luar Negara

Keluarga Timbalan Menteri Menetap Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 304 hits
Keluarga Timbalan Menteri Menetap Di Luar Negara Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara Kumar tampil menjelaskan berhubung keberadaannya di New Zealand susulan dakwaan yang mempersoalkan tindakannya itu Menurutnya dia memohon ...
Timbalan Menteri Ulang Alik Ke New Zealand Boleh Undang Kemarahan Kepada Kerajaan

Timbalan Menteri Ulang Alik Ke New Zealand Boleh Undang Kemarahan Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 205 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak berkata sekiranya benar laporan yang mendakwa Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara Kumar berada di New Zealand untuk bersama sama keluarga sejak Dis 2020 maka ia b...
Timbalan Menteri Kerajaan Pn Berucap Dalam Majlis Parti Komunis China

Timbalan Menteri Kerajaan Pn Berucap Dalam Majlis Parti Komunis China

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 376 hits
MALAYSIA DATELINENaib Presiden MCA Datuk Seri Ti Lian Ker telah menjadi tetamu dan seterusnya memberikan ucapan dalam majlis perhimpunan Parti Komunis China hari ini Menurut satu kenyataan dari MCA Lian Ker dijemput berucap oleh Jabatan Ant...
5421 Aktiviti Kunjungan Hormat Timbalan Menteri Mosti Ke Ppim Ppim 19 02 2021

5421 Aktiviti Kunjungan Hormat Timbalan Menteri Mosti Ke Ppim Ppim 19 02 2021

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 260 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia semalam menerima kunjungan hormat dari Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Hj Ahmad Amzad Hashim di Pusat Aktiviti PPIM Kuala Lumpur Kunjungan disambut oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan to...
Demokrat Nilai Bakal Cagub Dki Sudah Memenuhi Syarat Pengabdian Ke Partai

Demokrat Nilai Bakal Cagub Dki Sudah Memenuhi Syarat Pengabdian Ke Partai

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 146 hits
Menurutnya melibatkan partisipasi publik dalam penyiapan pemimpin sejak awal akan menjadi preseden dan budaya baik yang harus dikembangkan Harapannya keterpilihan pemimpin kedepan bukan karena didominasi jaringan capital atau uang memobilis...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa