Benarkah Bulan Sabit Dan Bintang Adalah Simbol Islam


Adakah simbol bulan sabit dan bintang merupakan simbol wajib bagi agama Islam kerana kebanyakan masjid atau surau di Malaysia menggunakan simbol bulan sabit di atas kubah. Bahkan, di bendera Malaysia juga terdapat bulan sabit dan bintang yang melambangkan Islam sebagai agama persekutuan negara.


Maklum dan masyhur bahawa seni pembinaan masjid di Malaysia akan meletakkan simbol bulan sabit dan bintang di atas kubah atau menara. Ini juga tidak terkecuali bagi pembinaan masjid di negara-negara Islam yang lain.

Bahkan menara-menara di Tanah Haram dan Madinah juga menggunakan simbol bulan dan bintang. Simbol ini telah menjadikan ia sinonim bagi agama Islam.

Di dalam Bahasa Arab bulan sabit adalah Hilal هلال manakala bintang pula adalah Najm النَّجْم.

Di dalam Al-Quran juga terdapat surah khusus berkenaan bintang dan terdapat beberapa ayat yang menyatakan berkenaan bulan sabit.

Namun begitu, simbol bulan sabit dan bintang tidak ada dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai simbol rasmi bagi agama Islam.

ASAL USUL SIMBOL BULAN SABIT DAN BINTANG

Mengikut sejarah yang dinukilkan di dalam kitab Nizam al-Hukumah al-Nabawiah @ al-Taratib al-Idariah, pengarang kitab menyatakan bahawa:

"Pada asalnya Philip II of Macedon (beliau adalah raja Macedon atau Macedonia yang kini dikenali sebagai Greece yang hidup pada tahun 359 sebelum masihi dan telah dibunuh pada tahun 336 sebelum masihi).

Beliau adalah ayah kepada Alexander the Great atau Alexander III of Macedon atau Iskandar Zulkarnain.

Ketika dia menyerang bersama tenteranya ke atas Empayar Byzantium iaitu Kota konstantinopel (salah satu kota jajahan bagi empayar Byzantium). Selepas beberapa malam tenteranya bertahan, mereka berjaya mengalahkan dan mengusir tentera empayar Byzantium dari kota tersebut.

Kejadian tersebut berlaku pada waktu sahur, lalu mereka mengambil gambar bulan sabit sebagai lambang rasmi dan pemberi semangat juga peringatan terhadap peristiwa tersebut.

Maka daripada lambang ini ia diguna pakai pada istana-istana, kemudian kerajaan Utsmaniyah berjaya mengalahkan mereka dan simbol ini telah masuk ke negara Qazan (kini dikenali sebagai Rusia)."

ISLAM TIADA SIMBOL RASMI

Dalam menjawab persoalan yang diajukan, adakah bulan sabit dan bintang merupakan simbol wajib bagi agama Islam? Sebenarnya tidak ada simbol yang wajib dan rasmi bagi agama Islam seperti bulan sabit dan bintang atau sebagainya.

Bahkan perkara ini telah dibincangkan oleh Sheikh Muhammad Abdul al-Hayy al-Kattani di dalam kitabnya yang menyatakan bahawa:

"Meletakkan gambar bulan sabit pada puncak menara-menara masjid adalah perbuatan yang baru di dalam agama (bidaah), tetapi sebaliknya ia digunakan oleh pemerintah Utsmaniyah simbol bulan sabit sebagai simbol rasmi yang diambil daripada lambang istana di Romawi." (Rujuk Nizam al-Hukumah al-Nabawiah @ al-Taratib al-Idariah, jld. 1, m/s 265).

Namun begitu, al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya al-Isabah fi Tamyiz as-Sahabah ada menukilkan sebuah hadis berkenaan bendera yang terdapat simbol bulan sabit padanya:

"Saad bin Malik bin al-Aqyasar bin Malik bin Qari’ bin Zuhal bin Dail bin Malik al-Azdi Abu al-Kanud berkata Ibnu Yunus beliau pernah bertemu Rasulullah SAW. Kemudian Nabi SAW memasangkan sebuah bendera untuk dia bawa kepada kaumnya yang berwarna hitam dan padanya terdapat simbol bulan sabit berwarna putih dan berikutnya dilihat pada pembukaan Mesir, riwayat anak kepada Qasim bin Abi Kanud riwayat Said Afir dari Amru bin Zahir bin Asmar bin Abi Kanud berjumpa dan mengingatinya." (Rujuk kitab al-Isabah fi Tamyiz as-Sahabah, jld.3, m/s 72, No. 3194)

Khabar ini menyatakan bahawa pada zaman Nabi SAW telah wujudnya penggunaan bulan sabit sebagai simbol bagi agama Islam.

Namun begitu, khabar ini telah dikritik oleh para Ulama sebagai khabar yang tidak sahih kerana ia merupakan khabar yang Mu'dhal (iaitu apa yang gugur daripada sanad dua orang perawi dan ke atas secara berturut-turut sama ada gugur itu pada awal dan akhir sanad) dan ia tidak boleh dijadikan hujah.

Simbol bulan bintang ini tidak pernah digunakan pada bendera di zaman Rasulullah SAW.

Menerusi Kitab Fathul Bari karangan al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa: "Bendera Nabi SAW bertuliskan kalimah tauhid." (Rujuk Kitab Fathul Bari, Jld. 6, m/s 147)

Kesimpulan

Penggunaan simbol bagi sesuatu perkara adalah bertujuan untuk memudahkan atau memberi pengenalan identiti bagi sesuatu, begitu juga agama lain seperti Kristian menggunakan simbol salib sebagai simbol bagi agamanya dan Yahudi menggunakan simbol bintang sebagai simbol agama mereka.

Bahkan di dalam Islam, simbol bulan sabit dan bintang merupakan simbol yang ghalib bagi agama Islam.

Adapun begitu, simbol ini tidak pernah dianggap sebagai simbol yang disembah atau simbol mewakili bagi Allah SWT.

Menggunakan simbol tersebut merupakan satu perkara yang tidak menyalahi dari sudut syara' bahkan ia merupakan uruf yang boleh diterima dan digunakan.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Simbol Bulan Sabit Dan Bintang Berasal Dari Tamadun Yunani Kuno dan RomKepentingan Menghormati Bendera Kebangsaan Negara
sumber: (1)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/11/adakah-bulan-sabit-dan-bintang-simbol-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesalahan Mahathir Jadi Pm 22 Bulan Adalah Kesalahan Anwar Juga

Kesalahan Mahathir Jadi Pm 22 Bulan Adalah Kesalahan Anwar Juga

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 204 hits
Sudah beberapa kali Anwar Ibrahim cuba mencuci tangan dengan menyatakan kerajaan penjahanam 22 bulan itu tiada kaitan dengan nya kerana ia dipimpin oleh Mahathir Pada satu sidang soal jawab bersama para hadirin Anwar Ibrahim dengan mudah me...
Model Dan Bintang Tv Prancis Marine El Himer Peluk Islam

Model Dan Bintang Tv Prancis Marine El Himer Peluk Islam

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 150 hits
Bintang dan model terkenal Perancis Marine El Himer mengumumkan dirinya sudah memeluk Islam dan berkata detik detiknya kini merupakan hari paling gembira dalam hidupnya Difahamkan Marine sudah memeluk Islam sejak beberapa bulan lalu dan lan...
Tak Adalah Tian Ramai Penyokong Lega Jika Team Azmin Tidak Ada Dalam Pkr Jadinya Nak Bunuh Bunuh Sampai Licin

Tak Adalah Tian Ramai Penyokong Lega Jika Team Azmin Tidak Ada Dalam Pkr Jadinya Nak Bunuh Bunuh Sampai Licin

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 137 hits
Bekas MP Batu terkilan nama digugurkan dakwa ramai penyokong PKR kecewa Pengumuman senarai calon PKR yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke 15 semalam tidak diterima dengan baik semua pihak malah ada yang meluahkan rasa kecewa Bekas...
Mas Adi Anak Muda Adalah Pemimpin Hari Ini Dan Masa Depan

Mas Adi Anak Muda Adalah Pemimpin Hari Ini Dan Masa Depan

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 177 hits
Menurut Mas Adi peran anak anak muda saat ini sangat dibutuhkan seiring dengan perkembangan zaman yang semakin maju Membangun kebersamaan dan menyatukan persepsi perlu dilakukan untuk menghadapi tantangan yang semakin kompleks
Ini Bukan Lipstick Ini Adalah Pencukur Terpaling Mesra Pengguna Dan Tidak Menyakitkan

Ini Bukan Lipstick Ini Adalah Pencukur Terpaling Mesra Pengguna Dan Tidak Menyakitkan

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 229 hits
Awas ya ini bukan lipstick Rupa bentuk je macam lipstick tapi bukan Ini sebenarnya ada pencukur terpaling mesra pengguna yang pernah saya beli Sebelum ni saya pernah cuba guna untuk membuang unwanted hair Sopan sikit kot jika kita sebut unw...
Sifat Malas Adalah Musuh Terbesar Dalam Mendidik Anak

Sifat Malas Adalah Musuh Terbesar Dalam Mendidik Anak

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 310 hits
Baca GAMBAR LOKASI Musuh Terbesar Dalam Mendidik Anak Apa agaknya musuh yang dimaksudkan itu Dalam zaman serba canggih ini terlalu banyak cabaran dalam mendidik anak anak Dah tentu musuh sebenar datang dari ibu bapa itu sendiri kerana anak ...
Eur Usd Setiap Hari Adalah Ujian Euro Berpotensi Untuk Jatuh Ke Dalam Keputusasaan Sekali Lagi Jika Powell Mencetuskan

Eur Usd Setiap Hari Adalah Ujian Euro Berpotensi Untuk Jatuh Ke Dalam Keputusasaan Sekali Lagi Jika Powell Mencetuskan

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 144 hits
Pada hari Isnin pasangan mata wang utama kehilangan 80 mata berakhir di sekitar 0 9885 dan menjejaki kemerosotan sentimen pasaran pada awal minggu baharu Indikator utama Wall Street mengakhiri sesi hari Isnin dalam warna merah Khususnya S P...
Hukum Mengucapkan Rest In Peace Oleh Umat Islam Terhadap Orang Bukan Islam

Hukum Mengucapkan Rest In Peace Oleh Umat Islam Terhadap Orang Bukan Islam

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 294 hits
Salam hari Jumaat yang penuh berkah Tengah belek belek website Mufti WP mama tergerak untuk share perihal Hukum Mengucapkan Rest in Peace oleh umat Islam terhadap orang bukan Islam ni Jujurnya mama selalu mengawal diri dari mengucapkan RIP ...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya