Bella Astillah Dan Aliff Aziz Berpisah


Susulan kontroversi berhubung gambar mirip suaminya bersama seorang wanita tular, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz nekad mengambil keputusan untuk hidup bersendirian, yang melalui perkongsian di akaun Instagram miliknya, Bella berkata, walaupun berat dugaan yang akan ditempuhnya, keputusan itu terpaksa direlakan.


“Saya mengambil kira banyak aspek termasuk mental dan fizikal sebelum membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan tanpa Aliff,” katanya.

Menurut pemilik nama penuh Dayang Ara Nabellah Awang Astillah itu, dia juga bertindak demikian demi memperbaiki kehidupannya bersama satu-satunya anak mereka, Ayden Adrean, yang berusia hampir dua tahun.

“Dalam masa sama saya mahu memperbaiki kehidupan bersama anak,” tulisnya.

Terdahulu, satu imej memaparkan seorang lelaki mirip suaminya dengan tidak berbaju bersama seorang wanita berpakaian seksi mula tersebar di media sosial.

Turut tular, sebuah rakaman klip video live Instagram - juga didakwa memaparkan lelaki menyerupai Aliff - bersama wanita tersebut.

Sebelum ini, krisis rumah tangga Aliff mengundang perhatian ramai pada 2017 selepas dia didapati keluar berhibur dengan pelakon Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke.

Pada Februari 2019 lalu, nama penyanyi lagu Cinta Dusta itu kembali hangat selepas isterinya membuat pendedahan melalui media sosial berhubung sikapnya yang dikatakan curang.

Pada ketika itu, Aliff didakwa berlaku curang dengan seorang lagi aktres, Octavia Manrose.


Meskipun dilanda kemelut, Bella, tetap berterima kasih kepada pihak yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan kekuatan buatnya.

Pun begitu, Bella menyedari masih terdapat segelintir pihak menggelarnya sebagai seorang yang kurang bijak kerana cuba menyelamatkan bahtera perkahwinan yang kian runtuh.

Pada masa sama, Bella memohon agar semua pihak memberikannya ruang untuk mengharungi situasi tersebut dengan sebaiknya.

“Saya amat hargai jika orang ramai berhenti menghantar pesanan atau menghubungi untuk bertanyakan hal rumah tangga kami,” katanya.

Rata-rata pengikut Bella mendoakan agar Bella terus kuat mengharungi ujian lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

BACA INI JUGA:
Aliff Aziz Mengaku Curang Terhadap IsterinyaKajian Mendapati Lelaki Paling Curang
sumber: malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/bella-dan-aliff-aziz-berpisah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sah Bercerai Talak Satu Aliff Aziz Menangis Bella Astillah Nampak Tenang

Sah Bercerai Talak Satu Aliff Aziz Menangis Bella Astillah Nampak Tenang

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 1051 hits
Aliff Aziz mengalirkan air mata mendengar pesanan terakhir yang diberikan oleh bekas isterinya Bella Astillah sejurus penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada petang tadi BACA Bella meminta Aliff memperbaiki diri dan m...
Ayden Sempat Bersalam Beri Lambaian Sayu Buat Aliff Bella Astillah Dan Aliff Aziz Sah Bercerai

Ayden Sempat Bersalam Beri Lambaian Sayu Buat Aliff Bella Astillah Dan Aliff Aziz Sah Bercerai

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 789 hits
Kemelut rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya bernokhtah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini Rumah tangga pasangan berkenaan mengalami masa...
Saya Akan Move On Tanpa Aliff Bella Astillah Buka Mulut Isu Aliff Aziz Curang Dengan Awek Tiktok

Saya Akan Move On Tanpa Aliff Bella Astillah Buka Mulut Isu Aliff Aziz Curang Dengan Awek Tiktok

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 1275 hits
Kecoh di media sosial hari ini apabila Aliff Aziz sekali lagi kantoi curang dengan Awek TikTok gambar mesra bersama gadis tersebut viral di laman sosial menyebabkan netizen menggesa isterinya Bella Astillah mengambil tindakan LIHAT Rata rat...
Skandal Aliff Aziz Minta Maaf Pada Bella Astillah

Skandal Aliff Aziz Minta Maaf Pada Bella Astillah

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 1051 hits
Kemelut rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya bertemu titik noktah selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah The post appeared first on
Jangan Bimbang Saya Tak Pernah Benci Pun Aliff Aziz Bella Astillah

Jangan Bimbang Saya Tak Pernah Benci Pun Aliff Aziz Bella Astillah

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 1052 hits
Bella berkata dia tidak membenci mahupun menyimpan dendam terhadap bekas suaminya dan segala perbuatan Aliff terhadapnya sudah pun dimaafkan Bagaimanapun Bella mengakui sebagai manusia biasa sudah tentu dia berasa sedih Meskipun sudah tidak...
Tular Gambar Lelaki Tak Berbaju Persis Aliff Aziz Bersama Gadis Seksi Mampukah Bella Astillah Bertahan Lagi

Tular Gambar Lelaki Tak Berbaju Persis Aliff Aziz Bersama Gadis Seksi Mampukah Bella Astillah Bertahan Lagi

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 4026 hits
Kecoh perihal suami sendiri di media sosial apatah lagi berkenaan skandal dan kecurangan bukanlah sesuatu yang positif untuk diterima oleh seorang isteri Namun bagi Bella Astillah dia sememangnya harus terus kuat dalam ujian perkahwinan yan...
Saya Tidak Membenci Aliff Aziz Dia Tetap Ayah Ayden Bella Astillah

Saya Tidak Membenci Aliff Aziz Dia Tetap Ayah Ayden Bella Astillah

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 777 hits
Bekas isteri Aliff Aziz Bella Astillah menjelaskan dia tidak akan sesekali memutuskan hubungan ayah dengan anaknya Mohamad Ayden Adrean walaupun BACA Bella memberitahu lagi Aliff dan keluarganya tidak perlu takut kerana apa juga yang terjad...
Aliff Dijangka Akan Lafazkan Cerai Terhadap Bella Astillah Hari Ini

Aliff Dijangka Akan Lafazkan Cerai Terhadap Bella Astillah Hari Ini

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 418 hits
Bella Astillah dilaporkan telah memfailkan permohonan cerainya terhadap Aliff Aziz pada Mac lalu dan hari ini penyanyi itu dijangka akan melafazkan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini Menurut wartawan Harian Metro Berita Harian ...
Saya Ada Pm Isteri Aliff Aziz Bella Untuk Minta Maaf Tapi Pengakuan Nismell

Saya Ada Pm Isteri Aliff Aziz Bella Untuk Minta Maaf Tapi Pengakuan Nismell

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 1463 hits
Gadis remaja 16 tahun Nismell yang dikaitkan dengan kontroversi dengan Aliff Aziz akhirnya tampil dan memberi pengakuan yang tidak pernah didedahkan sebelum ini BACA Menerusi perbualan Nismell bersama wartawan dia menceritakan bagaimana gam...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

Daqmie Korbankanlah Chord

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe

Filem Martabat Misi Berdarah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kali Pertama Korban Eidul Adha

Lu Fikir Bagus Sangat Ka Orang Bodoh Pun Buat Duit Kenapa Lu Tak

Pgslot Top 91 By Margot Pgslot Tm69 Co Pgslot Web 1 2568

Pgslot Pgsoft Top 30 By Alicia Fitbloggin Com Pg 6 2568

The Huawei Matepad Pro 12 2 Delivers A Flagship Pc Level Experience

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan