Beli Saham Dividen Sebab Saya Malas
Entah apa yang saya nak coretkan di dinding blog ini pun saya tak tahu. Dah agak lama saya berada di depan komputer sedari tadi. Saya asyik taip dan padam saja, akhirnya saya keluar daripada bilik untuk tutup tingkap kerana maghrib hampir menjengah.
Walau pun saya ada banyak perkara yang nak dikongsikan, cuma hanya semua cerita yang berada dalam minda ini berada dalam kedudukan berasingan dan tak berhubung. Terlalu pendek dan singkat jadi sukar untuk saya tulisnya dalam bentuk ayat.
Ah, apa kata hari ini saya kongsikan sedikit tips untuk awak yang nak beli saham sendiri. Nak tak?
Beli Saham Dividen Cadangan saya kalau awak nak beli saham, belilah saham dengan dividen. Kenapa saham dividen? Sebab saya pun beli saham dividen dan itu yang paling mudah rasanya daripada jadi intraday trader. Sebelum saya melalut ke term yang lebih memeningkan, biar saya jelaskan terlebih dulu tentang jenis pembeli saham.
Ada dua jenis pedagang saham (ini untuk pemula ya, kita ambil yang paling basic). Satunya dikenali sebagai intraday trader dan satu lagi kita panggil sebagai position trader. Intraday ini kerjanya memang 24 jam depan komputer sambil lihat chart saham dan buat belian dan jualan saham hampir setiap hari. Mereka ini ada komputer yang canggih dengan dua tiga skrin demi untuk dapatkan kejelasan turun naik candlestick pada graf dan mereka juga biasanya melanggan trading system tertentu.
Manakala untuk position trader pula, golongan ini hanya sesekali saja buka komputer untuk check akaun trading mereka. Position trader tak buat jual beli setiap hari, mereka hanya buka jika ada keperluan. Golongan ini tak jadikan saham sebagai main income, tapi hanya untuk sampingan dan kebiasaannya mereka tak punya banyak masa untuk mengadap komputer 24 jam.
Saya Adalah Position TraderKalau awak jadi pelabur, kenal pasti dulu samada awak nak jadi intraday trader atau position trader. Macam saya sendiri, saya lebih memilih untuk jadi position trader kerana saya seorang yang pemalas. Saya malas nak buka chart setiap hari, malas nak tanggung sakitnya bila tengok harga jatuh dan malas nak serabutkan kepala dengan turun naik candlestick. Sebab itu saya pilih untuk jadi position trader. Saya lebih suka beli saham dan simpan untuk kumpul dividen dan jika ada kenaikan harga, saya akan dapat profit.
Cara saya untuk beli saham senang saja. Saya beli saham yang tawarkan dividen. Bila dah jumpa saham dividen yang boleh dibeli, saya tunggu harga saham berada pada kedudukan support sebelum buat belian. Dengan cara ini saya bukan saja boleh dapatkan dividen kaunter saham tersebut malah juga dapat kurangkan kerugian jika harganya jatuh lebih rendah. Saya rasa cara ini sama macam saya melabur dalam unit trust dulu, bezanya manager unit trust yang uruskan jual beli saham dalam amanah saham.
Ada beberapa kaunter dividen dalam pemerhatian saya sekarang kerana berada dalam fasa downtrend dan beri dividen agak tinggi. Sebenarnya ada banyak kaunter dalam perhatian saya cuma ia berada dalam fasa uptrend dan tak berada pada kedudukan support. Membeli semasa kedudukan harga pada tahap resistant memang saya akan elakkan sebolehnya. Lagi pula duit tak berapa nak banyak, saya kena pilih dengan berhemah.
Walau bagaimanapun, pastikan awak pilih kaunter saham yang ada financial report yang baik. Jika nak jadi position trader, fundamental analisis kena utamakan. Jadi kena baca prospectus kaunter terlebih dulu dan elakkan kaunter yang nampak macam nak masuk ke pasaran PN17. Menyesal nanti. Selamat melabur ya! All the best :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2024/02/beli-saham-dividen-sebab-saya-malas.html