Beli Langsir Di Nilai 3 Kedai Langsir Top Collection


Cuti Thaipusam lepas Diah balik kampung bawa emak beli langsir raya di Nilai 3. Gedung beli belah pilihan ramai kerana harga barang yang murah dan pilihan yang banyak.


Tahun ini sedikit teruja sebab emak betul-betul bersemangat nak sambut Raya. Dari awal dah ingatkan anak-anak supaya balik suruh cat rumah dan nak tukar langsir.
Merasa Raya awal tahun lepas - Raya Terperanjat sebab raya awal dari tarikh dalam kalendar.


Beli Langsir Di Nilai 3 – Kedai Kain Langsir Top Collection

Setelah beberapa tahun tak dapat beraya macam biasa, dan semenjak itu juga lah langsir rumah emak tidak pernah ditukar. Jadi ini lah tahunnya kita tukar langsir baru.
Kami beli langsir raya di Kedai Kain Langsir Top Collection yang terletak di Nilai 3. Nak mudah waze saja nama kedai. Insha Allah jumpa. 


Semakin menginjak usia ni, apa saja kemahuan emak mesti kami adik beradik berusaha sebaik mungkin nak tunaikan. Bila emak semangat, anak-anak pasti wajib lebih semangat.

Cepat betul waktu berlalu. Sedar-sedar dah tak lama nak puasa. Memang jadi kebiasaan keluarga Diah mesti akan buat persiapan awal nak sambut Ramadan dan juga Hari Raya.

Bukan apa kalau semua persiapan nak buat waktu bulan puasa alamatnya memang tak sempat siap la. Kalau boleh masa bulan Ramadan nak fokus pada ibadah je.

Risau badan penat, fokus tu lari.


Beli langsir raya Di Nilai 3 Murah & Cantik

Kami pilih untuk shopping langsir di Nilai 3 sebab boleh beli langsir siap jahit dan ikut pengalaman adik yang pernah pergi, ada juga kedai yang tawarkan servis jahit langsir siap dalam masa satu jam.

Memang fikir nak yang mudah je. Pilih corak dan warna langsir pilihan kemudian upah je kedai untuk jahitkan. Hilang satu beban. Kalau dulu memang emak akan jahit langsir sendiri.

Jahit asal boleh nama dia, asalkan boleh gantung. Agaknya kalau emak ada peluang belajar menjahit mesti emak jadi pereka fesyen dah sekarang,  

Dulu, waktu nak raya segala persiapan baik dari buat kuih, jahit baju kurung sehinggalah kain langsir semua emak buat. Rindu betul nak pakai baju kurung emak jahit.


Kedai Kain Langsir Top Collection

Plan asal nak ke Nilai pada hari Sabtu tapi kami batalkan hasrat dan pergi sehari awal. Risau bertembung dengan orang ramai.

Tepat pilihan kami sebab waktu kami sampai sekitar 11 pagi, Nilai tu lengang. Cuaca mendung dan selang seli dengan hujan gerimis.

Dari KL lagi Diah dah rancang nak jalan ke beberapa kedai dan buat perbandingan. Takut menyesal la kononnya. Tapi tak semua kita rancang tercapai kan?




Begitu juga dengan kisah kami. Dengan keadaan kesihatan emak yang tak larat berjalan lama jadi kami pilih kedai yang tertentu sahaja untuk singgah.

Kedai pertama (Kedai Kain Langsir Top Collection) tulah yang kami terus beli. Lagipun pilihan langsir yang ada menepati selera emak. Pekerja yang layan kami tu ramah dan tauke langsir sehabis baik buat tawaran yang rasanya rugi kalau tak beli.


Tip Beli Langsir di Nilai 3

Langsir emak dapat lebih dari 50% diskaun memandangkan emak menjadi pelanggan pertama pada hari tu. Rezeki emak.  Dari harga RM78 semeter, kedai tawarkan diskaun menjadi RM35 semeter sahaja.

Jadi kalau nak dapat harga langsir murah memang salah satu tip dia ialah datang awal dan jadi pelanggan pertama.

Selain itu antara faktor lain yang menyumbang kepada harga langsir murah atau pun mahal ialah fabrik dan juga jenis cangkuk.

Untuk yang nak beli langsir, perkara wajib tahu adalah ukuran langsir rumah korang. Pastikan ukuran tepat. Boleh juga tunjukkan gambar tingkap ataupun pintu.

Lebih mudah sebab pekerja kedai akan beri anggaran langsir dan cadangkan yang terbaik untuk korang.

Untuk pilihan cangkuk pula ada dua. Harga juga berbeza setiap satunya. Cangkuk besi dan rod. Sebelum ni emak memang guna langsir cangkuk besi tapi tahun ni tukar selera nak pakai langsir rod pula.

Upah menjahit langsir cangkuk besi lebih murah berbanding dengan rod. Kalau guna rod, langsir akan dijahit dengan ring. Boleh guna rod besi ataupun kayu.


Jahit Langsir Siap Dalam Satu Jam

Lepas hampir dua jam ulang alik dalam kedai akhirnya urusan kami selesai pilih langsir idaman hati emak. Macam tak sangka pun ya sampai dua jam kami buat pilihan dan tawar menawar.

Selesai buat bayaran, kedai akan mula menjahit. Awal-awal lagi kedai dah ingatkan mereka perlukan sekurang-kurangnya tiga jam memandangkan tukang jahit akan berhenti solat Jumaat.

Kalau ikut dalam promosi kedai, sepatutnya langsir siap jahit dalam satu jam sahaja. Tapi kami faham la keadaan mereka.

Sekitar empat petang kami datang semula ke kedai dan waktu tu pekerja tengah pasang ring dan lipat langsir emak.

Alang-alang tu kami beli langsir rumah sendiri juga. Tahun ni kami elak buat persiapan raya last minute. 


Lega sangat langsir dijahit elok dan kami puas hati dengan hasil kerja berkualiti. Berbaloi dengan harga yang dibayar.  

Kalau nak cari langsir murah memang Nilai 3 adalah pilihan yang tepat. Banyak kedai, banyak pilihan dan corak pun cantik dan terkini.




Apa pun beli ikut bajet masing-masing. Kalau cukup tenaga, buatlah perbandingan antara kedai. Jadi pelanggan yang bijak.

Bagi Diah pula, bukan setiap tahun emak akan beli langsir baru. jadi ada peluang ni saja layankan kehendak emak.
Kesimpulannya, berbaloi sangat beli langsir raya di Nilai 3. Jimat masa, tenaga dan wang ringgit. Kerja jadi mudah sebab boleh terus jahit langsir. Selamat membeli belah. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2023/02/beli-langsir-di-nilai-3-kedai-langsir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerita Kedai Kopi Tentang Pmx

Cerita Kedai Kopi Tentang Pmx

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 311 hits
RonasinaSenario politik pasca PRU15 berubah putarannya bila mana ikon reformasi Anwar Ibrahim akhirnya melepasi segala halangan sukar dan berjaya menjadi perdana menteri ke 10 Anwar hampir menjadi perdana menteri suatu ketika dahulu tetapi ...
Entah Siapalah Yang Salah Ku Tak Tahu Peniaga Khianat Myvi Gara Gara Lewat Alih Kenderaan Jejas Operasi Kedai Makan

Entah Siapalah Yang Salah Ku Tak Tahu Peniaga Khianat Myvi Gara Gara Lewat Alih Kenderaan Jejas Operasi Kedai Makan

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 213 hits
Gara gara tidak mengalihkan kenderaannya yang telah menjadi ruang perniagaan sebuah kedai makan berhampiran sebuah kereta Perodua Myvi menjadi mangsa khianat pengusaha dan pekerja kedai berkenaan dengan memasang khemah besar dan menyusun ke...
Patutlah Di Denmark Bayi Dibiarkan Dalam Stroller Di Luar Rumah Kedai Ada Manfaat Untuk Tidur Bayi

Patutlah Di Denmark Bayi Dibiarkan Dalam Stroller Di Luar Rumah Kedai Ada Manfaat Untuk Tidur Bayi

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 150 hits
Di Denmark bayi dibiarkan tidur sendiri di luar Kaum Danis mempraktikan untuk membiarkan bayi tidur di dalam stroler di luar rumah kedai Ini bukan hanya menjadi adat tetapi turut di syorkan oleh bidan dan nurse kanak kanak disana Udara sege...
Restoran Tomyam Ainoni Kedai Tomyam Kegemaran Terkini

Restoran Tomyam Ainoni Kedai Tomyam Kegemaran Terkini

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 232 hits
Assalamualaikum WBTNAMPAKNYA kini jika malas masak tapi Pak Inche kata nak makan nasi berlauk untuk makan malam dah tak perlu memandu jauh sampai ke Stulang Laut untuk ke Pilihan kami sekarang adalah Restoran Tomyam Ainoni di Taman Sri Pula...
67 Pati Dikesan Bina Perkampungan Haram Di Nilai Siap Ada Sekolah Ikut Sukatan Pendidikan Dari Negara Jiran

67 Pati Dikesan Bina Perkampungan Haram Di Nilai Siap Ada Sekolah Ikut Sukatan Pendidikan Dari Negara Jiran

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 272 hits
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan mengesan satu penempatan haram yang dibina oleh pendatang tanpa izin di Nilai Spring 1 2 kilometer dari jalan utama yang turut menyediakan kemudahan sekolah nbsp Pengarah Imigresen Negeri Sembila
Pelajar Uthm Hanya Makan Nasi Putih Dan Kuah Dakwa Peniaga Kedai Makan

Pelajar Uthm Hanya Makan Nasi Putih Dan Kuah Dakwa Peniaga Kedai Makan

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 207 hits
oleh Amin Jagat Akibat kos sara hidup yang semakin meningkat kesannya turut dirasai dikalangan pelajar khususnya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dakwa seorang peniaga kedai makan Line Clear di Batu Pahat dalam tinjauan dilakukan krew...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord