Beli Hadiah Reunion Di Dekko Melawati Mall
Beli Hadiah Reunion Di DEKKO Melawati Mall | Idea nak buat reunion dengan kawan-kawan lama timbul lepas tengok 10years challenge yang tular dekat media sosial baru-baru ni. Jadi bersempena 10 tahun berkenalan, kami excited nak ajak berjumpa. Rasa macam dah tua sangat dan banyak benda dah berubah sejak kami tamat latihan bersama-sama. Ada yang masih dalam industri Perbankan, ada yang dah masuk industri lain dan ada yang dah jadi suri rumah sepenuh masa (Diah la tu). Apa pun perjumpaan kami memang seronok walau hanya beberapa jam sahaja. Maka bermulalah sesi membeli hadiah reunion di DEKKO Melawati Mall.
DEKKO Melawati Mall
Cadangan Hadiah Untuk Reunion
Macam biasa, setiap kali reunion kami akan adakan sesi gift exchange sebagai kenang-kenangan. Setiap orang kena beli hadiah bernilai sekurang-kurangnya RM50. Hadiah pula terpulang kepada minat dan citarasa masing-masing sebab masa hari kejadian nanti baru akan cabut nama untuk siapa hadiah tu akan diberikan.
Pillow
BoxesLama juga fikir tentang hadiah ni, dan banyak je idea yang timbul. Dari awal lagi dah terfikir nak beli macam-macam. Awal-awal lagi kawan-kawan dah ingatkan yang makanan tak boleh dijadikan sebagai gift, sebab nanti tak dapat jadikan kenangan katanya. Antara idea Cadangan Hadiah Untuk Reunion yang boleh dibeli ialah:
1. Set Pinggan Mangkuk
2. Set Penjagaan Diri
3. Barangan Elektrik
4. Hiasan Rumah / Ruang Tamu
5. Kelengkapan Tidur
6. Gajet
7. Tudung and the list goes on
Segala bentuk lampu
Beli Hadiah Reunion Di DEKKO Melawati Mall
Daripada senarai dekat atas Diah berkenan sangat nak beli bantal hiasan yang orang selalu letak dekat ruang tamu. Kebetulan Diah berada di Melawati Mall jadi sempat singgah ke DEKKO. Kedai DEKKO ni menjual pelbagai barangan untuk hiasan rumah. Memang cantik-cantik dan jadi rambang mata nak pilih. Kalau nak beli untuk rumah sendiri pun sesuai. Kebanyakan barangan yang dijual memang sesuai untuk dekorasi English concept. Ada hiasan dinding macam frame, hiasan ruang tamu macam kotak, dan macam-macam lagi lah.
Unicorn
Beach I Love You
Masa masuk je dekat kedai ni mata dah tertumpu pada bantal hiasan yang pelbagai warna dan bentuk. Suka sangat sampai dua biji bantal Diah beli. Satu yang ada hiasan Nenas dan satu lagi berbentuk Unicorn. Oleh sebab suka benda comel makan bantal la yang disambar dulu.
Almari Jam
Ayam Jantan
Dekat mana DEKKO ni?
DEKKO terletak di level 4 (L4-06,07,08) dalam Melawati Mall, berhampiran dengan escalator. Kedai ni agak luas dan banyak pilihan. Boleh tengok Instagram mereka DEKKO sebelum terjah ke sana ok. Staff kat sana pun friendly dan paling penting dia tak ikut korang masa dalam kedai. Jadi bebas la memilih. Lemah betul kalau masuk kedai sales girl asyik follow je.
DEKKO HOMEDah selesai beli hadiah baru seronok nak pergi reunion. Kami berjumpa sambil sembang santai di Restoran Steamboat Dkayangan Shah Alam. Diah pernah ceritakan sebelum ni kenapa kami pilih Dkayangan sebagai lokasi reunion yang best. Alhamdulillah kawan yang terima hadiah Diah happy dapat bantal tu. Kalau tak happy boleh pulangkan semula lol, dan Diah pula dapat barangan penjagaan muka
Everyday MaskApa pun majlis reunion kami berlangsung dengan jayanya. Masing-masing balik dengan gembira. Hati senang, perut kenyang, anak-anak dan suami masing-masing enjoy sepanjang majlis. Alhamdulillah mana tahu lepas ni buat reunion dengan kawan-kawan yang lebih ramai dan 20years challenge ke. Mana tahu kan?
DEKKO - Home deco . Home furnishing. Homeware
Visit us @
2F-45& 46 PARADIGM MALL, PJ
L4-06,07,08 MELAWATI MALL, KL
Online Contact 0175316880
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2019/03/beli-hadiah-reunion-di-dekko-melawati.html