Belasungkawa Zaharah Nawawi


 

Pertama kali saya menemui Zaharah Nawawi ketika itu dalam sebuah bengkel penulisan kelolaan beliau di pejabat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Kuala Lumpur berdekatan Medan Mara. Saya naik bas ekspres dari Kota Bharu dan tiba awal-awal pagi di hentian berdekatan PWTC. Malamnya saya berpulangan kembali ke Kelantan. Ketika itu saya masih menuntut di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri, Universiti Malaysia. Mungkin pada 1991, atau 1992.
Seharian kami didedahkan dengan cara-cara mengarang cerpen yang bagus. Ketika itu saya sudah mulai berkarya untuk majalah Tamadun, Dunia Islam, Harakah, dan Dewan Siswa. Akan tetapi saya belum punya ilmu menyeluruh tentang pengkaryaan. Kebanyakan karangan saya misalnya mentah dan tidak disunting dengan baik. Tumpuan saya ialah untuk ia lekas-lekas disiarkan.
Apa yang saya kesani, pada pagi bengkel tersebut; Zaharah tidak memilih-milih. Menurut kaca mata beliau, semua yang hadir memang punya potensi untuk lahir sebagai karyawan. Kerap kali dia menuturkan, belakang parang akan tajam jika diasah. Sasaran beliau ialah untuk membolehkan kami menerbitkan paling kurang, sebuah cerpen.
Selepas bengkel umum itu, beberapa bulan kemudian, Zaharah mengajak beberapa murid terpilih untuk mengisi bengkel lanjutan di Port Dickson. Saya teruja kerana dilamar, dan itu membawa saya ke alam penulisan yang penuh liku. Di bengkel khusus tersebut, antara yang hadir ialah Siti Jasmina Ibrahim (penulis cerpen terkenal), dan kalau tidak silap, ada juga Zamidah Hashim (pengarang drama radio tersohor).
Cara Zaharah mengajar kami mengarang cerpen ialah dengan menuntut supaya kami hadir membawakan dua karya untuk diejek, dihenyak, dihentak, diketawakan dan kemudian apabila kami sudah merawat hati yang luka dicalar-cakar; cerpen itu dibaiki dan dirapi. Lantas diberikan jiwa dan solekan baharu yang kira-kiranya layak untuk disiarkan. Pada tahap terakhir, Zaharah akan membantu anak didiknya untuk mencari wadah yang sudi menempatkan karya seni kecil itu. Kadangkala beliau memberikan borang sayembara. Tatkala itu belum ada internet. Jadi jikalau tidak disuakan maklumat apa-apa pertandingan cerpen atau novel kami pasti meraba-raba. Pesan Zaharah, kita menyertai pertandingan atau sayembara bukan sangat untuk menjadi juara tetapi supaya kita tahu ada yang membaca tulisan tersebut. Paling-paling juri akan menekuni karya kita meskipun tidak dimenangkan.
Ramai pengarang dibidannya demikian rupa. Lama kelamaan anak didik Zaharah makin ramai.
Zaharah mengajar saya supaya memburu editor di pejabat mereka, menyerahkan hasil kerja dengan serahan tangan; menegur sapa editor. Kata Zaharah, tiada editor yang akan menjerkah dan melayan buruk. Ini kerana mereka juga memerlukan bahan daripada penulis. Jika bernasib baik, editor itu akan menjadi kawan; bahkan kita barangkali mendapat ilmu mengarang. Saya mengotakan apa pesanan Zaharah tersebut. Saya melanggar pejabat majalah Kumpulan Utusan demi membolehkan karya-karya saya tersiar di majalah Al-Islam, Wanita, URTV, dan Mastika. Saya menabrak kamar editor di Dewan Bahasa dan Pustaka dan disambut dengan acuh tidak acuh (tetapi kemudian hangat) oleh Sutung Umar RS, Muhammad Shahidan, Padilah Ali, Rozninah Azib, dan ramai lagi. Saya menahan leteran Siti Rohayah Atan di Utusan Malaysia.
Perlahan-lahan saya membina nama dan kenalan. Memang petua Zaharah itu membantu saya menjadi pengarang. Macam-macam pengetahuan mengenai karya sastera saya belajar secara tidak langsung.
Seperkara lagi yang menjadi ingatan saya ialah pesan Zaharah agar menyunting karya mati-matian. Jika karya itu belum cukup diperam, jangan dilahirkan dulu. Jika baru sekali mengalir, jangan dihantar ke mana-mana tetapi dibiar masak dan matang. Zaharah menggesa saya mengedit karya tersebut berkali-kali. Biar sampai luluh. Segenap aspek karya mesti ditimbang; baik bahasa, alat kesusasteraan, fakta dan lebih munasabah dan penting ialah Zaharah meminta saya meneliti lojika. Ada banyak karya yang tidak lojik menurut Zaharah kerana tidak diproses dengan penyelidikan mendalam, dan disiapkan secara terburu-buru.
Lama selepas itu Zaharah mengasaskan Kelab Penulisan Zaharah Nawawi (KEPEZI). Ramai antara bekas graduan Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka turut menjadi anggota, membawa kesan Zaharah semacam mengukir di atas ukiran yang sudah disiapkan orang lain. Hal itu menjadi racun buat sesetengah kami. Walaupun menurut saya, adalah lebih indah seorang guru dan orang hebat seperti Zaharah mendakwa dan memperakukan kita sebagai anak didiknya, berbanding kita sendiri yang terhegeh-hegeh mengakukan di hadapan orang bahawa kita adalah anak didik si anu atau si polan, sasterawan hebat.
Saya tidak mahu mengenang Zaharah sebagai penulis “Anugerah”, novel terpanjang dalam kesusasteraan Melayu. Saya tidak mahu mengenang beliau sebagai penulis novel sejarah yang amat sinonim dengannya iaitu “Panglima Selempang Merah”. Saya juga tidak akan mengenang Zaharah sebagai orang yang menciptakan “Suara Ombak”, cerpen terkenal itu. Semua karya tersebut tidaklah cukup untuk menjelaskan kebolehan beliau. Menulis tentang keutamaan karya-karya itu tidak dapat mengangkat rasa terhutang budi saya buat beliau.
Dalam banyak-banyak karya Zaharah yang saya suka tentunya sebuah cerpen dengan judul “Kerusi Yang Patah”. Ia mengenai politik pejabat. Bagaimana seorang bos gagal mempertahankan orang bawahnya kerana mahu menjaga buntut sendiri. Politik pejabat sengit saling jatuh menjatuhkan. Ada majikan dan bos yang sedar dan tidak sedar menganiayai pekerjanya. Cerpen itu menurut saya amat berhantu dan membantu saya mendepani liku-liku hidup, bukan sahaja sebagai pengarang; tetapi juga sebagai penjawat awam di sebuah institusi Melayu; dan lebih penting selaku manusia. Watak Fi yang melawan kembali orang atas yang membulinya amat menyegar dan memberikan pembaca semangat.
Pemergian Zaharah Nawawi ke alam abadi pada 31 Mei lalu mungkin tidak dirasai ramai pengarang generasi baharu. Ini kerana Zaharah sudah agak lama menyepi kerana tidak sihat. Zaharah, usia 82 tahun, berasal dari Kampung Parit Jawa, Batu Pahat, Johor. Beliau juga antara tokoh wartawan wanita yang merintis jalan kepada majalah gaya hidup khusus untuk perempuan. Di bawah kepimpinan beliau lahirnya editor majalah wanita dan gaya hidup yang unggul seperti Wirda Adnan dan Rosie Haslinda Nasir.
Antara novel dihasilkan Zaharah termasuk “Sebelum Berhujungnya Musim Bunga”, “Bulan dan Mentari”, “Jalur Sinar Di Celah Daun”, dan “Hujan Sudah Teduh”. Terdapat khabar, sebelum meninggal dunia, Zaharah sempat menyiapkan sebuah novel. Tidaklah saya tahu kebenaran dakwaan ini.
Selamat bermusafir ke negeri sana bonda. Moga ditempatkan bersama orang-orang terpilih di sisi-Nya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/06/belasungkawa-zaharah-nawawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jgn Hina Artis Aznil Nawawi Beri Peringatan Pada Dr Rafidah

Jgn Hina Artis Aznil Nawawi Beri Peringatan Pada Dr Rafidah

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 139 hits
Aznil hormat tindakan Dr Rafidah memberi teguran kepada selebriti berhubung promosi produk kesihatan
Jokowi Ucapkan Belasungkawa Ke Ridwan Kamil Dan Perintahkan Kemlu Maksimalkan Pencarian

Jokowi Ucapkan Belasungkawa Ke Ridwan Kamil Dan Perintahkan Kemlu Maksimalkan Pencarian

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 108 hits
Sebelumnya sudah sepekan pencarian Emmeril Kahn Mumtadz atau akrab disapa Eril belum ditemukan usai terbawa arus di Sungai Aare Swiss Ridwan Kamil dan istri Atalia Praratya akhirnya sudah mengikhlaskan kondisi putranya Ridwan Kamil dan Istr...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri