Belasungkawa Pak Subky Pergi Buat Selamanya




TARIKH yang sama dengan pemergian Almarhum Tuan Guru Dato’ Fadzil Mohd Noor dan Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik, hari ini tanggal 22 Jun,  Ahmad Subki Abdul Latif atau Subky Abdul Latif pergi menemui Penciptanya.

Almarhum meninggal di rumahnya di Padang Balang, Gombak pada jam 11.05 pagi dan meninggalkan seorang balu serta lima orang anak.

Ia satu kehilangan besar buat dunia penulisan khasnya kewartawanan, apatah lagi Pak Subky adalah ‘guru’ kepada ramai penulis khsusunya di Harakah ketika ini.

Pak Subky yang merupakan kolumnis Harakah dan HarakahDaily adalah seorang penulis dan beliau merupakan kolumnis tetap ruangan Mens Sana in Corpore Sano dalam akhbar Harakah terbitan PAS, dan kolumnis bagi portal HarakahDaily.

Di peringkat parti, beliau merupakan Pengerusi Sidang As-Sabiqun PAS, platform yang menghimpunkan veteran parti ini.

Beliau dilahirkan di Setiawan, Perak pada 28 Julai 1940[2]. Beliau berkahwin dengan Hajah Naznah binti Taha dan anak-anak iaitu Dang Fatiha, Hang Muhammad Iftitah, Abdul Latif Rahbar, Muhammad Ramadhan Subky dan Ahmad Huzaifah.[3]

Subky Abdul Latif pernah menjadi pemberita Utusan Melayu dan Warta Negara di Pulau Pinang mulai 1963. Beliau pernah menyertai Kursus Diploma Kewartawanan di Internationales Institut für Journalismus, Berlin Barat, Jerman.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang wartawan di Utusan Melayu. Beliau merupakan mantan wartawan kanan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu yang sangat disegani dan popular dengan tulisannya yang sangat berwibawa selaku pengarang tajuk rencana dan penulis pojok.

Pada masa itu, beliau berada di barisan ketiga dalam hierarki pimpinan Utusan Melayu, iaitu Mazlan Nordin (Tan Sri), Osman Abadi dan beliau di tempat ketiga.

Hal ini demikian kerana, dalam kalangan wartawan kanan yang telah lama bertugas di Utusan waktu itu, termasuk Zainudin Maidin (kini Tan Sri), Ali Salim (Jiro) dan lain-lain, Subky Latif lah yang ada latar belakang pendidikan yang agak tinggi iaitu MCE dan pelajaran agama di Gunung Semanggol, Perak.

Beliau kerap mengikuti kursus sambil belajar di negara-negara luar khususnya di negara Eropah yang ditaja oleh pejabat kedutaan asing di Kuala Lumpur. Beliau turut menjadi pengasas beberapa buah akhbar seperti dwi mingguan ‘Suara Rakyat’ dan ‘Suara Merdeka.’ Begitu juga dengan beberapa majalah yang ‘diciptanya’ seperti ‘Sarina’, ‘Keluarga’, ‘Kisah Cinta’ dan ‘Kritik’.

Pada tahun 1976, Tan Sri Mohd Khir Johari melancarkan akhbar ‘Harian Watan’ yang tujuannya untuk menjadi suara bebas. Akhbar dwibahasa itu adalah untuk menjadi alternatif kepada akhbar arus perdana.

Bagaimanapun, akhbar yang dipimpinnya itu gagal dan kemudian menjadi tabloid politik mingguan.

Beliau merupakan pengasas akhbar lidah rasmi PAS iaitu Harakah pada tahun 1978.[5]

Sebelum memasuki PAS, beliau pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada mantan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein

Dalam arena politik, Subky Abdul Latif pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 1983 hingga 2005. Beliau memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Pusat bermula tahun 1988[8]. Beliau pernah juga menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan (2007) dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Kini beliau merupakan Pengerusi Sidang As-Sabiqun PAS, platform yang menghimpunkan veteran parti Islam tersebut.[1]

Almarhum Subky pernah menjadi calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pelabuhan Kelang 1979 menentang calon MIC, DAP dan Bebas. Pilihan raya tersebut diadakan berikutan kematian Tan Sri V. Manikavasagam.

Walau bagaimanapun, beliau tewas. Sebaik sahaja kalah, beliau telah menulis buku Anak Jawa Pelabuhan Kelang : Analisa Awal Pilihanraya Kecil.[9] Selain itu, beliau turut bertanding dalam siri pilihan raya umum Malaysia bagi tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.

Harakah mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum, dan sama-sama menyedekahkan al-fatihah kepada Almarhum – HARAKAHDAILY 23/6/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/belasungkawa-pak-subky-pergi-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pergi Tak Kembali Nyang Shahidan

Pergi Tak Kembali Nyang Shahidan

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 315 hits
Pagi tadi Master hantar kereta Proton SAGA BLM 1 3 IAFM tu ke bengkel untuk tukar cakera klac Balik sahaja dari bengkel Tok Mak hubungi Master untuk memaklumkan mengenai kematian Nyang Shahidan Daripada Allah kita datang dan kepada Nya kita...
Dah Boleh Pergi Holiday Jangan Lupa Bawa Beg Makeup Guna Tips Makeup Ni Supaya Lebih Glam

Dah Boleh Pergi Holiday Jangan Lupa Bawa Beg Makeup Guna Tips Makeup Ni Supaya Lebih Glam

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 298 hits
Sebaik sahaja Perdana Menteri umumkan dah boleh melancong dalam negeri ramai yang berkobar kobar buat tempahan hotel Ada yang terus packing barang Eh jangan lupa masukkan sekali beg makeup sebab pergi holiday pun kena jaga penampilan Jangan...
Pergi Mamposlah Ph Jadi Pembangkang Sampai Kiamat Itu Kata Kata Paling Sesuai

Pergi Mamposlah Ph Jadi Pembangkang Sampai Kiamat Itu Kata Kata Paling Sesuai

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 336 hits
Pergi mamposlah PH jadi pembangkang sampai kiamat Itu kata kata sesuai untuk PH yang hari hari tak ada berita lain berebut sispa CALON PM Nombor pun tak ada kencing 129 Kalau P RU pun boleh kalah Ahli makin lari Pemimpin makin hari makin ra...
Jbr Bundle Klang Pusat Bundle Terbesar Di Sekitar Lembah Klang Mesti Kena Pergi

Jbr Bundle Klang Pusat Bundle Terbesar Di Sekitar Lembah Klang Mesti Kena Pergi

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 588 hits
Salam to all readers Time Raya haritu sempat aku keluar pergi ke kedai JBR Bundle area Johan Setia sana Kalau ikutkan setiap kali balik Klang aku memang melepak dekat rumah je tak keluar mana mana pun Balik Klang tak macam dulu area rumah a...
Benjol Kepala Terhantuk Di Kerusi Adik Iman Akhirnya Pergi Temui Ilahi

Benjol Kepala Terhantuk Di Kerusi Adik Iman Akhirnya Pergi Temui Ilahi

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 317 hits
Selepas sembilan bulan menderita Muhammad Iman Al Khausar Ismail yang terhantuk kepala di kerusi sehingga mengalami benjolan disahkan meninggal dunia semalam Berita sedih tersebut dikongsi ibunya Nursasabila Kamarulzaman di laman Facebook y...
Akhirnya Aku Tahu Kenapa Ibu Tak Cari Pengganti Setelah 21 Tahun Ayah Pergi

Akhirnya Aku Tahu Kenapa Ibu Tak Cari Pengganti Setelah 21 Tahun Ayah Pergi

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 338 hits
Cinta hingga akhir hayat Pasti ini yang dijanjikan dan diimpikan setiap pasangan berkahwin Tetapi cinta itu tidak hanya boleh diungkap ia mesti disertakan dengan perbuatan dan usaha yang terbaik kepada pasangan untuk sentiasa menyemarakkann...
Mana Pergi Duta Khas Ke Timur Tengah Senyap Sepi

Mana Pergi Duta Khas Ke Timur Tengah Senyap Sepi

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 291 hits
Dua bulan lalu kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional melantik Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang Namun selepas dilantik duta ini menghilang dan tidak kelihatan apakah pekerjaan yang dilakukannya Menurut P...
Tukar Niat Pergi Kerja Kalau Ibu Ibu Pergi Kerja Dengan Rasa Terpaksa Kat Situ Hilang Tenaga

Tukar Niat Pergi Kerja Kalau Ibu Ibu Pergi Kerja Dengan Rasa Terpaksa Kat Situ Hilang Tenaga

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 269 hits
Soalan Saya pilih untuk terus bekerja Walaupun saya rasa kesian pada anak anak saya tak ada pilihan Saya terpaksa terus bekerja Ramai ibu ibu yang memilih untuk bekerja demi anak anak walaupun hati berat memilih untuk menjaga anak anak sepe...
Rasa S4kit Perut Tidak Trtanggung Wanita Pergi H0spital Utk Periksa Sekali D0ktor Sendiri Terkedu Lihat

Rasa S4kit Perut Tidak Trtanggung Wanita Pergi H0spital Utk Periksa Sekali D0ktor Sendiri Terkedu Lihat

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 480 hits
Kehadiran bayi perempuan berusia lapan hari disifatkan keluarganya sebagai anak ajaib kerana ibunya tidak pernah menyedari hamil bayi berkenaan sebelum ini Tiada siapa menyangka Sanisah Abu Bakar 45 mengandvng Nur Iman Amani Widodo sebelum ...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Lanwuu Imagine By Aurora Design In Yunnan China

Raffa Affar Pelita Dalam Doa Chord

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Ringgit Closes Higher As Investors Shift From Safe Haven Currencies

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Traditional Seats No More A Factor In Pn Says Gerakan