Belajarlah Redha Walau Dalam Keperitan


Kadang-kadang hidup ini tak berjalan seperti yang kita rancang. Kita usaha bersungguh-sungguh, kita doa siang dan malam, tapi hasilnya tetap tak seperti yang diharapkan. Rasa kecewa itu hadir, rasa putus asa pun mula menjelma. Hati bertanya, "Kenapa aku? Apa salah aku?"
Tapi di saat itu, jika diberi pilihan, pilihlah untuk sabar. Pilihlah untuk redha. Meskipun kita punya seribu satu sebab untuk marah, untuk kecewa, untuk putus asa tetaplah belajar untuk tenang. Kerana apa yang sedang berlaku ini bukanlah satu hukuman. Ia adalah ujian. Ujian daripada Allah SWT yang Maha Tahu apa yang terbaik buat kita

Kadang kita rasa doa kita tak dimakbulkan. Tapi sebenarnya, Allah sedang beri sesuatu yang lebih besar daripada yang kita pinta iaitu kekuatan. Kita mungkin rasa lemah, namun dalam diam, Allah sedang membina hati kita, mendidik jiwa kita agar lebih tabah dan kuat


Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, semuanya telah ditulis sejak azali. Bukan sia-sia. Bukan tanpa sebab. Allah tak pernah silap dalam mengatur kehidupan hambaNya. Mungkin kita belum nampak sekarang, mungkin jalan yang kita lalui sekarang penuh onak duri tapi suatu hari nanti, kita akan memandang ke belakang dan bersyukur. Kita akan faham, "Oh, inilah hikmah yang aku tak nampak dulu."
Jadi, tenanglah. Teruskan melangkah, walau perlahan. Jalani hidup ini dengan sabar, walau dalam linangan air mata. Redhalah walau dalam keterpaksaan. Kerana dalam redha itu, ada kekuatan yang luar biasa. Dan yakinlah Allah SWT sentiasa ada. Dialah sebaik-baik perancang, dan lukisan hidup yang Dia coretkan untuk kita adalah yang paling indah, paling sempurna, walau kadang-kadang tak seindah yang kita harapkan

Wallahualam. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2025/07/belajarlah-redha-walau-dalam-keperitan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umany Calls Out Um For Defending Direct Intake System

Akmal Urges Expelled Leaders To Set Aside Ego And Rejoin Party

Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Sayuran Berkilat Dan Nampak Segar Bila Di Masak