Belajar Dari Universiti Kehidupan



“Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja” - Hamka

Satu perkara yang mungkin mereka dan kita terlupa akan kepentingannya dalam membina kehidupan ialah…
‘ILMU’
Keperluan ilmu adalah sangat penting pada hari ini berbanding zaman sebelumnya. Selepas kita meninggalkan zaman industri, kita sekarang berada di zaman informasi yang sentiasa bergerak laju ke hadapan. Pergerakan yang begitu pantas inilah menyebabkan nilai bagi sesuatu ilmu itu menjadi sangat tinggi. Jika tiada ilmu, maka kita akan ketinggalan.

Ramai yang mengejar gred akademik dengan cara menghafal ayat-ayat buku, soalan bocor dan formula lalu dimuntahkannya kembali di dalam dewan peperiksaan. Jika begini cara kita belajar maka percayalah masuk tahun atau semester hadapan, apa yang kita hafal itu semua akan hilang.

Seseorang yang berilmu itu bukan diukur dengan hanya sekadar menghafal teori-teori lama yang dipelajari di dalam kelas di sekolah atau teori-teori di dalam kelas pengurusan di universiti semata-mata.

Dalam dunia keusahawanan. Usahawan dan bakal usahawan perlu lebih didedahkan dengan ilmu-ilmu praktikal yang menjadi keperluan semasa kita pada hari ini. Perlu dipastikan juga ilmu yang dipelajari itu boleh dimanfaatkan dalam kehidupan. Dengan ilmulah seseorang itu akan lebih berani ke hadapan.

Persoalan saya, adakah institusi pendidikan hari ini sudah menyediakan persiapan yang cukup buat anak-anak muda bagi menghadapai dunia yang sebenar? Dunia yang penuh dengan cabaran, godaan dan kealpaan?

Sudah lengkapkah sistem pendidikan di sekolah dan universiti untuk mempersiapkan anak-anak muda bagi mendepani dunia sebenar yang kian lama kian mencabar? Sudah cemerlangkah sistem pendidikan kita dalam membina pemikiran manusia yang berwawasan, emosi yang mantap dan kerohanian yang suci?

Atau kita hanya sibuk membina generasi yang mengejar sijil? Yang suatu hari nanti mereka akan mula sibuk menjaja diri mereka dalam sektor-sektor swasta dan kerajaan? Jika tiada tawaran maka pengangguran akan menjadi pilihan. Apa yang malang lagi adalah apabila mereka membiarkan orang lain menentukan nilai diri sendiri dengan mengikut dan mempercayai kata-kata orang lain berbanding kata-kata hati yang ingin mendorong dan membangunkan diri.

Kita tidak boleh hanya bergantung kepada ilmu-ilmu yang diajar di sekolah mahupun di universiti semata-mata untuk berjaya di dunia dan akhirat. Hari ini kita perlukan ilmu-ilmu yang lebih praktikal, ilmu yang boleh dimanfaatkan pada situasi kita sekarang, ilmu yang mampu menjadi bekalan untuk seseorang itu membina sebuah kehidupan.

Namun ilmu semata-mata tidak mampu menjadikan kita tahan lasak dengan sepak terajang ujian kehidupan. Elemen utama selepas ilmu ialah elemen pentarbiyahan diri. Pentarbiyah atau dalam kata lain ‘latihan’ ialah elemen yang akan menguatkan diri seseorang itu saat diuji dan kental jiwanya untuk berani melangkah kehadapan kembali.

Kita sebenarnya memerlukan ilmu-ilmu dan pentarbiyahan kehidupan yang berjaya membentuk insan-insan luar biasa seperti tokoh-tokoh Islam seperti Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Salahuddin Al Ayubi, Ibnu Khaldun, Ibnu sina dan banyak lagi.

Kita perlu mencontohi tokoh-tokoh perniagaan seperti Steve Job, Antony Robbin, Oprah Winfrey, J.K Rowling, Bill Gates, Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary, Sulaiman Ar Rajhi sebagai inspirasi dan panduan membangunkan empayar perniagaan sendiri.
Kita juga perlu menjadikan pemimpin-pemimpin kerohanian yang hebat seperti Sheikh Yusuf Al Qaradawi, Hassan Al Banna dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz sebagai pedoman.

Ilmu dan pentarbiyahan ini tidak dapat kita miliki daripada sistem pendidikan sekolah dan universiti yang sedia ada semata-mata kerana banyaknya polisi dan silibus pendidikan hari ini dipegang ketat oleh orang politik yang mempunyai kepentingan peribadi. Tetapi kita mampu mempelajarinya melalui sistem pendidikan yang diatur oleh Allah s.w.t.

Sistem pendidikan yang mengajar kita erti susah dan senang, cabaran dan dugaan, pemurah dan bakhil, bijak dan jahil, melalui pengalaman sebenar dan kita merasainya melalui kehidupan. Maka, saya namakan ia sebagai Universiti Kehidupan.

Realitinya, kita semua sedang melalui sebuah Universiti Kehidupan. Sama ada seseorang itu sedar atau tidak, hidup ini ialah sebuah ‘universiti’ yang besar yang tiada sempadan. Tidak kiralah kita belajar di UiTM, UTM, UTHM, UTP, UUM dan sebagainya. Hakikatnya anda, saya dan semua berpijak di sebuah universiti yang sama iaitu Universiti Kehidupan.

Di Universiti Kehidupan inilah tokoh-tokoh hebat yang saya nyatakan seperti di atas mendapat pendidikan utama mereka dan berjaya. Kita juga mampu menjadi seperti mereka. Memiliki kejayaan hebat seperti mereka. Tetapi, persoalannya ialah sanggupkah kita menempuhi ujian-ujian dalam Universiti Kehidupan?

Di Universiti Kehidupan kita akan mempelajari tentang dunia sebenar. Dunia yang penuh dengan pembelajaran, pengalaman dan warna-warni kehidupan. Dunia yang kadang-kala bercanggah dengan logik akal.

Saya ingin mengucapkan selamat datang ke Universiti Kehidupan.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://catatanusahawan.blogspot.com/2019/02/belajar-dari-universiti-kehidupan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Papar Realiti Kehidupan Sebenar Seorang Yang Bergelar Tentera Leftenan Zana Berjaya Tarik Perhatian Jutaan Netizen

Papar Realiti Kehidupan Sebenar Seorang Yang Bergelar Tentera Leftenan Zana Berjaya Tarik Perhatian Jutaan Netizen

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 553 hits
Kami pasti ramai yang dan tengok Leftenan Zana sejak drama tersebut ditayangkan pada 8 Februari yang lalu Karakter lakonan Janna Nick sebagai Zana yang terpaksa menghadapi cabaran dalam mencapai impiannya untuk menjadi askar pasti membuatka...
Duit Sebagai Nadi Perniagaan Dan Kehidupan

Duit Sebagai Nadi Perniagaan Dan Kehidupan

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 360 hits
Duit merupakan penggerak dan matlamat utama aktiviti harian atau untuk jangka pendek Senangkan hati majikan Mudahkan kerja mereka mengurus dan mengembangkan perniagaan Kurangkan kos Perelokkan kualiti Kurangkan reject Naikkan produktiviti P...
Kehidupan Seorang Guru Melalui Drama Bersiri Quot Stranger Things Quot

Kehidupan Seorang Guru Melalui Drama Bersiri Quot Stranger Things Quot

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 260 hits
Mengajar dan drama bersiri Stranger Things berkongsi beberapa perkara yang sama Ok bukan intipati drama tersebut tetapi beberapa babak di dalam drama tersebut Sebagaimana drama 10 episod tersebut mengisahkan pencarian Will Byers yang hilang...
Lapan Tanda Seseorang Itu Sudah Matang Dalam Kehidupan

Lapan Tanda Seseorang Itu Sudah Matang Dalam Kehidupan

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 223 hits
as salam Saya sekadar berkongsi apa yang diterima moga bermanafaat 1 Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain tetapi fokus untuk merubah diri sendiri 2 Kita boleh menerima orang lain seadanya Kita faham makna perbezaan pendapat Tidak ...
Media Hubungi Universiti Nottingham Di England Nak Check Ijazah Najib Jawapan Universiti Menghampakan

Media Hubungi Universiti Nottingham Di England Nak Check Ijazah Najib Jawapan Universiti Menghampakan

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 468 hits
Saya terbaca satu laporan media pagi ini Media menulis kepada Universiti Nottingham di England dan tanya jika saya benar benar graduan dari sana Bersungguh mereka Tak pula mereka menulis kepada National University of Singapore dan Australia...
Bantahan Mahasiswi Universiti Malaya Terhadap Auku

Bantahan Mahasiswi Universiti Malaya Terhadap Auku

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 227 hits
KAMI MAHU HAK KAMI BERSATU HAPUSKAN AKTA HIDUP PMUM Gambar perarakan protes mahasiswi menentang AUKU yang dianjurkan oleh PMUM pada tahun 1972 Sumber gambar Buku Panduan PMUM 73
Guna Eyeliner Lebatkan Bulu Mata Belajar Caranya

Guna Eyeliner Lebatkan Bulu Mata Belajar Caranya

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 230 hits
Hey Swinging 60 s are back on the runway girls Jika kamu suka mengikuti perkembangan fesyen sudah tentu aspek kecantikan juga tidak kamu endahkan melihatkan fesyen dan dunia kecantikan bergerak seiring dalam aliran yang sama Keratan katalog...
Pelajar Universiti Terjun Bunuh Diri Selepas Didesak Oleh Orang Ramai

Pelajar Universiti Terjun Bunuh Diri Selepas Didesak Oleh Orang Ramai

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 715 hits
The ReporterPelajar universiti yang hanya dikenali sebagai TSR berusia 21 tahun mati selepas terjun dari bumbung sebuah pasar raya di Bandarlampung Indonesia Jumaat lalu sekitar jam 4 petang Video kejadian yang dirakam orang awam itu terseb...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku