Bekerja Dari Rumah Impian Yang Menjadi Kenyataan Kah


assalamualaikum & salam sejahtera 😃
pagi Jumaat nan indah di Melaka ni. mentari pagi naik cantik. waktu saya sedang menaip entri ni, anak-anak sedang sarapan pagi - nasi lemak dan keropok lekor. work station saya sememangnya di penjuru sini, meja makan 😄. mr.asben di ruang tamu

so, sungguh indah suasana bila kita bekerja dari rumah (BDR) sambil lihat anak-anak sarapan pagi hingga kenyang. sebenarnya tu la impian saya dulu kala, sewaktu masih bekerja swasta. balik belakang sekitar tahun 2008. masa tu bernekad, kalau di usia 40 tahun saya masih bekerja swasta, saya plan untuk jadi rakan kongsi kepada mana-mana firma guaman yg bersesuaian dan lebih bekerja dari rumah. gitu gini mcm kerja separuh hari saje la di pejabat 😀 gitu lah. dan plan utk buka bakery! wow sgt kan impian dulu kala. memang saya plan utk buka cabang bisnes makanan. 
tapi tu la, kita merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. rezeki saya di cabang yang lain. jalan cerita hidup saya tidak seperti yang dirancang itu, tapi lebih baik. alhamdulillah..

bosan BDR dalam rumah, tukar melepak di laman
buat slide presentation untuk meeting online 👌

apa yang penting bila BDR?jangan nak keluar rumah dalam waktu bekerja. terlalu perlu? silalah gunakan waktu rehat iaitu jam 1 - 2 petang. ataupun lebih senang, selepas jam 5 petang.BDR sinonim dgn bekerja secara online. maka, silalah alert dengan telefon. urusan kerja semua melalui online. nak tidur sekalipun, tidurlah bersama telefon ye 😆. bila kita mempunyai masa 24 jam di rumah, pergerakan dikawal, paling penting ialah siapkan task tepat masa. deliver sebaiknya. ikut KPI. tiada alasan ia ditangguhkan dek kerana apa-apa yg tidak munasabah.
berguna sgt meja jepun yg dibeli di Mydin ni di kala PKP 3.0
BDR di sini. sarapan di sini. minum petang pun di sini

BDR ni impian saya yang menjadi kenyataan, kah?yes 😀. yes. yes. impian saya memang utk bekerja dari rumah sewaktu anak-anak masih kecil dulu. agar pengurusan mereka lebih teratur terutama bila mereka tidak sihat. apapun keperluan mereka saya boleh penuhi. 
sebab tu bila arahan utk BDR di era PKP ni, sejak tahun lepas, saya memang the happiest person in the world. tidaklah bersyukur sebab ada pandemik covid 19. tidak begitu. just sedikit bersyukur kerana Allah makbulkan impian saya yg dulu tu meskipun hanya seketika. masa ni lah dapat bermesra berlebihan dgn anak-anak. masa ni lah dapat bersama mereka lebih lama... tu saje

anak-anak saya sememangnya telah saya 'tinggalkan' untuk bekerja sepanjang hari sejak mereka berumur 61 hari (kakak-kakak) dan Izzat sejak berumur 91 hari. hanya malam masa bersama. maka, kini dapatlah saya seolah-olah ganti masa itu. semamngnya BDR ni lebih kepada melayan anak-anak

bagaimana susun masa utk BDR dan urusan anak-anak?mudah aje ni. semua mak-mak memang pakar dlm hal susun masa ni. separuh masa kekadang ikut plan. separuh masa lagi biasanya plan ke laut 😆 ha ha ha ha... sesungguhnya sukar nak jadi sempurna, kan. so, just go with the flow je lah

BDR saya bermula seawal 7.30 pagi. daftar kehadiran dulu. buka email rasmi jabatan. cek whatsapp conversation dari semalam and ambil tindakan terus utk yang belum dilaksanakan. sehingga jam lebih kurang 8.30 pagi, sambil-sambil set up sarapan keluarga, saya dgn cepat uruskan BDR. what to do now. what to do next. laptop ni adalah kepunyaan saya sehingga lebih kurang jam 10.00 pagi. selepas itu, PdPR Izzat bakal bermula sehinggalah jam 4.00 petang

bila Izzat dah mula PdPR, saya kena beri laluan 👌

sekiranya saya ada webinar, ia akan bersiaran langsung di phone. ke dapur memasak, ke laman menyidai baju atau sedang melipat baju di ruang tamu, mendengar perkongsian ilmu di webinar melalui phone. tv rumah saya memang off sehingga lewat petang. masing-masing semua sibuk dgn BDR dan PdPR. 
lebih kurang jam 4.00 petang, anak-anak dah pun relaks. PdPR telah selesai... baru la saya mula bekerja semula. 3 laptop da kosong, pilih je mana-mana utk saya gunakan ha ha ha ha 😄. itu yg lajak hingga kul 6.00 petang, baru selesai. ada kala sambung skit di malam hari. tak nyusahkan pun. laptop boleh dibawa ke depan tv. sambil tonton movie boleh siapkan kerja, no problem! 👌
tu la dia cabaran bekerja dari rumah. bekerja tiada limit masa. bila tiada kerja, ok la. bila ada kerja yang betul-betul perlu disiapkan, hmmmmm tidur pun dgn laptop


"KEKAL DI RUMAH : manfaatkan masa terbaik di rumah dengan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga."
kelemahan bekerja dari rumah.sangat banyak! gangguan diri sendiri, anak-anak atau lain-lain. kalau kita tak betul-betul uruskan masa, memang kita takkan dpt siapkan kerja kita. mana lagi nak siapkan hidangan utk keluarga, anak-anak pula masih kecil dan ada yg perlukan bimbingan PdPR. line internet pula tidak berapa bagus 😓

pada saya, jika ini benar-benar mengganggu samada BDR atau PdPR, kena la maklumkan pihak pejabat ataupun sekolah. jgn dipendam. jgn diamkan diri dan stress! tiada perkara yang tidak boleh diselesaikan jika berunding, kan


"TINDAKAN TATATERTIB jika pegawai ingkari arahan kecuali mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan"
bila nanti arahan BDR da dimansuhkan, kembali la saya ke pejabat. bekerja sebagaimana biasa. in shaa Allah. bekerja dalam norma baharu. jika anak-anak masih di rumah, kemungkinan besar Izzat terpaksa saya bawa ke pejabat untuk kemudahan PdPR dia. kak Nurin dan Syuhada sibuk dgn PdPR masing-masing, takkanlah nak dibiarkan Izzat tanpa pembimbing. mujurlah pejabat saya tiada akses untuk orang awam. kami-kami sahaja. selamat la sikit jika perlu bawa anak ke pejabat 👌

apapun, di dalam pandemik covid 19 yg masih belum reda ni, kita sama-sama doakan agar kita semua dipermudahkan dalam pelbagai segi. cukup makan. cukup pakai. in shaa Allah. ramai yg terkesan dek kerana PKP. saya faham, namun yg merasai kesukaran tu lebih tahu seksanya 😔. bertabahlah ye..

akhir kata, have a nice day 😍

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adianiez.com/2021/07/bekerja-dari-rumah-impian-yang-menjadi-kenyataan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aduan Buruh Majikan Tidak Benarkan Bekerja Dari Rumah

Aduan Buruh Majikan Tidak Benarkan Bekerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 243 hits
Sebanyak 1 878 daripada 4 267 aduan diterima Kementerian Sumber Manusia melibatkan majikan tidak membenarkan bekerja dari rumah SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astro...
Sindiket Judi Turut Bekerja Dari Rumah

Sindiket Judi Turut Bekerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 372 hits
SINDIKET JUDI TURUT BEKERJA DARI RUMAH JOHOR BAHRU Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 ketika tempoh kejohanan bola sepak Euro 2020 berlangsung tidak menghalang sindiket pertaruhan judi sukan berkenaan beroperasi secara bekerja dari...
Hiburan Kami Serius Mahu Berumah Tangga Dini Cari Duit Untuk Beli Rumah Impian Dengan Janna Nick

Hiburan Kami Serius Mahu Berumah Tangga Dini Cari Duit Untuk Beli Rumah Impian Dengan Janna Nick

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 736 hits
Siapa sahaja yang tak tahu mengenai pasangan dua merpati sejoli iaitu Dini Schatzmann dan Janna Nick Sentiasa berkongsi gambar bersama pasangan itu nyata sedang hangat dilamun cinta BACA AdvertisementBagi membuktikan bahawa dia serius dalam...
Hancur Hancur Hancur Umno Doa 22 Tahun Dulu Kini Makin Menjadi Kenyataan

Hancur Hancur Hancur Umno Doa 22 Tahun Dulu Kini Makin Menjadi Kenyataan

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 234 hits
Dalam mesyuarat MT menteri2 UMNO setuju tarik sokongan terhadap Mahiaddin tapi dalam mesyuarat kabinet mereka setuju pula terus sokong Mahiaddin kekal sebagai PM Apa patut kita gelar mereka itu JAGA PERUT DAN BAWAH PERUT
10 Cara Brilian Menjadi Orang Yang Jujur

10 Cara Brilian Menjadi Orang Yang Jujur

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 302 hits
Jujur adalah suatu sifat yang ditandai dengan ucapan dan tindakan sesuai kenyataan Meski definisinya sederhana namun pada kenyataannya sama sekali tidak mudah menjadi pribadi yang jujur Tak percaya Ingat ingatlah momen saat Anda harus menge...
Ivermectin Dinilai Bisa Menjadi Harapan Baru Penanganan Covid 19

Ivermectin Dinilai Bisa Menjadi Harapan Baru Penanganan Covid 19

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 314 hits
Dia menilai persetujuan perluasan Ivermectin menjadi salah satu obat untuk mendukung penanganan terapi Covid 19 merupakan wujud sinergi antara semua lembaga dan kementerian
Kerja Sampingan Untuk Ibubapa Yang Tinggal Di Rumah

Kerja Sampingan Untuk Ibubapa Yang Tinggal Di Rumah

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 348 hits
Sebilangan ibu bapa mungkin mempunyai keinginan untuk mempunyai kerjaya dan pada masa yang sama mahu ada anak anak mereka di rumah Mempunyai pekerjaan yang fleksibel adalah pilihan terbaik seiring dengan jadual ibu bapa yang tinggal di ruma...
Hiburan Senarai 5 Item Wajib Ada Setiap Rumah Yang Last Paling Berguna

Hiburan Senarai 5 Item Wajib Ada Setiap Rumah Yang Last Paling Berguna

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 204 hits
Zaman sekarang kalau boleh semua orang nak kekal up to date dengan trend semasa Apa sahaja yang terbaru mesti ramai nak ambil tahu beli dan gunakan Kami kongsikan 5 item paling trendy setakat ini pada 2021 Tikar yoga bermotifAdvertisementUn...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin